CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 11

Ya Allah, sedihnye --> Kejam sangat tu!

[Copy link]
Post time 10-12-2018 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Humans r cruel creatures



Kuala Terengganu: Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) menyangkal dakwaan gambar kerbau patah dua kaki dan cedera teruk pada badan yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu berlaku di negeri ini.
Pengerusinya Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada penternak berkaitan kes berkenaan.
“Berpandukan pada gambar itu, memang tidak wajar binatang diperlakukan seperti itu dengan apa alasan sekalipun.
“Orang yang bertanggungjawab menyeksa dan mencederakan ternakan itu perlu dibawa ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Pihak berkuasa perlu menyiasat dan PPNT sedia memberi kerjasama jika kes itu terbukti berlaku di negeri ini,” katanya di sini, semalam.
Abdul Hamid berkata, tindakan mencederakan kerbau tidak patut dilakukan dan dikategorikan sebagai zalim.
“Masih banyak cara dan jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk memberi pengajaran kepada penternak tidak bertanggungjawab.
“Jangan kerana marahkan penternak yang melepaskan ternakan berkeliaran, ternakan tidak berakal itu diseksa.
“Menjadi lumrah ternakan yang dilepaskan tertarik dengan makanan iaitu rumput di halaman rumah, justeru cukup sekadar menghalau ia keluar tanpa menyeksanya,” katanya.
Beliau berkata, masalah haiwan ternakan berkeliaran boleh diselesaikan bersama secara baik dan penternak perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran sehingga mengganggu orang ramai.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes itu.
“Perbuatan itu menyalahi peraturan di bawah Akta Kebajikan Haiwan dan pemilik ternakan serta pelaku kedua-duanya boleh didakwa kerana kesalahan berkenaan.
“Pemilik didakwa kerana tidak menyediakan tempat sesuai yang berada dalam pemantauan atau kawalannya.
“Pelaku pula boleh didakwa melakukan kezaliman kepada haiwan dan mereka boleh dihadapkan ke mahkamah yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sejak Jumaat lalu, gambar seekor kerbau tular didakwa sengaja dicederakan kerana menyelinap masuk ke halaman rumah.
Kerbau berkenaan patah dua kaki selain kesan kelar pada badan, sekali gus mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 11:59 AM | Show all posts
ni kerbau lah bukan lembu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 12:09 PM | Show all posts
Bela kerbau tapi main lepas tampa kawalan masuk pulak kebun orang mau tak macam tu jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Trengganu.....

Apa nk heran.....bapak & nenek pun di parangkannya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 12:54 PM | Show all posts
kesiannya
kenapa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 01:18 PM | Show all posts
siapalah yang kejam sangat ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pepasal kerbau jadi mangsa dek kebodohan tuan sendiri. Orang yang buat kerbau cenggini pon sangat kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak nampak gambar...
Adakah hijab sis tertutup..huuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayunya mata kerbau tu,  sakit kut weyy
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriously.. my friend yg duk trg penah masuk lokap because of lembu yg berkeliaran. Accident sbb nk elak lembu. Dan accident tu membunuh org lain. Patut semua lembu yg dibela ni kene ade lesen. Pastu lembu2 tu sume kene ade cop atau tanda di badan tu kepunyaan sape. Bila jd kemalangan maut, yg tuan empunye lembu patut dikenakan hukuman seberat2 nya kerana menyebabkan kematian org.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:32 AM | Show all posts
ak geram kat penternak haiwan x reti jaga binatang peliharaan tp takde sampai nak aniayakan haiwan mcm ni yach!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat trg memang haiwan2 brkeliaran.lembu,kerbau,kambing.pelik sgt2
Tmpat lain pon membela jgk,tp xde la lepas bebas sgt smpai tepi trafik light pon ada
Tp yg pukul haiwan2 ni pon spesis xberakal,baran
Ko halau je la.ni xcukup dgn kelar ko patahkan lg kaki dia.mna perasan perikemanusiaan?kejam!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074900 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list