CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43891|Reply: 80

Villa zaiton port dickson rm12j

  [Copy link]
Post time 11-12-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Azizul345 at 11-12-2018 09:49 AM

Salam forumer masih igt lagi jenama ubat gigi Zaiton, sabun yg top dulu? Ini dia Villa Zaiton kt Pd,besar betol. Tp sayang terbiar mcm tu.

https://iluminasi.com/bm/bangun-jatuh-ubat-gigi-zaitun-jenama-ubat-gigi-popular-satu-ketika-dahulu.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 09:18 AM | Show all posts
takde cerita detail ke TT..sayangnya rumah cantik terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Brand zaiton tu mmg dh stop terus ke? Bankrap ke? Kalau pegi PD lalu depan rumah ni mesti ada rasa kagum. Xsangka pulak dlm dia gini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 11-12-2018 09:18 AM
takde cerita detail ke TT..sayangnya rumah cantik terbiar

Boley klik link video tu ataupun klik link bangun jatuh ubat gigi zaiton.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
misznwal replied at 11-12-2018 09:25 AM
Brand zaiton tu mmg dh stop terus ke? Bankrap ke? Kalau pegi PD lalu depan rumah ni mesti ada rasa k ...

Yup bankrap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bau sabun zaitun tu pun masih boleh ingat smpai skrg! Heh

Tak tau pula i, ada villa zaitun. Besar betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2018 10:10 AM | Show all posts
besar betul villa zaitun nih... macam manalah rupa dia masa gah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dulu suka tgk villa ni. Bapak selalu bawak gi avillion pd .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dlu mcm pernah nmpak ubat gigi zaitun sekitar 2010-2012 gitu. Kt mydin rasanya......... bankrup sebab anak diorg tk pndai urus n control zaman ekonomi gawat ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:43 AM | Show all posts
tahun bila villa ni booming ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 11-12-2018 10:43 AM
tahun bila villa ni booming ?

Tahun 80-90an mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:51 AM | Show all posts
la x tau wujudnya bangunan ni
kenapa anak2 x duduk? atau bg sewa???????
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:53 AM | Show all posts
sayang bila jadi mcm ni, especially business orang melayu....naik mencanak2, founder kumpul harta sebanyak mungkin, pastu brand jatuh begitu saja smpi bangkrap.

Brand x sustain, bina empire perniagaan yang boleh di sambung oleh anak cicit zaitun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:02 PM | Show all posts

lama gila..

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Villa ni kat tepi laut kan.. kat pd..
Org kata berhantu.. sian, dulu glamour leh muflis

Lagi satu sos cili aminah hassan.. sampai oversea export.. skrg x tau camna
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 11-12-2018 12:02 PM
lama gila..

Dalam cerita badul pagar2 cinta ada kilang zaitun ni.. bapak badul owner kilang zaitun.  Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 12:11 PM | Show all posts
Edited by Sazida at 11-12-2018 12:13 PM

Suatu ketika dahulu, jenama ubat gigi Zaitun begitu popular sekali di Malaysia. Dengan memfokuskan kepada segmen pelanggan Muslim dengan penawaran produk ubat gigi halal, jualan syarikat ini begitu memberangsangkan. Malangnya, momentuk syarikat ini tidak kekal lama dan lama kelamaan semakin menyepi. Di mana silapnya?



Pihak Iluminasi telah mendapat kebenaran daripada Tuan Zayed Zulfikli untuk mengulangsiar tulisan beliau mengenai perkara ini di halaman Facebook beliau. Bagi kami, kisah jenama Zaitun ini bolehlah dijadikan sebagai pengajaran terutamanya sekiranya anda merupakan seorang pemilik bisnes dan menguruskan perniagaan.
Latar belakang syarikat Zaitun Berhad

ubat gigi zaitun

Zaitun Industri ditubuhkan oleh pengasasnya Dato Seri Hj Mohammad Eusuff Tehdengan mengambil sempena nama anak perempuan beliau pada tahun 1978. Pada awal penubuhannya memang agak hebat. Mereka menjadi perintis produk halal muslim dengan slogan halal gunakan tanpa was-was dalam sektor kelengkapan peribadi (toiletries) dan kosmetik.

Produk mereka dieksport ke Brunei, Singapore, Indonesia dan sebagainya. Antara produk yang laris ialah ubat gigi Zaitun sehingga dikatakan Colgate Malaysia pun “terancam” dengan kehadiran pemain baru ini. Prospek Zaitun dianggap cerah dan mempunyai harapan yang agak tinggi untuk maju ke hadapan. Tetapi apa sebenarnya yang telah terjadi? Banyak spekulasi yang keluar mengatakan kejatuhan Zaitun disebabkan ada orang dengki.
Penyenaraian dalam bursa saham



Permulaan cerita sebenar terdedah bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di papan kedua KLSE pada June 1997 oleh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian Zaitun, dalam unjuran keuntungan yang disebut prospektus dikatakan Zaitun RM5.7 juta dan pasca penyenaraian dalam lebih kurang RM4.3 juta untuk tahun kewangan 31 December 1997.

Tetapi sebaliknya berlaku selepas penyenaraian. Pada tahun kewangan yang sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sebanyak RM14 juta berbanding unjuran RM4.3 juta. Ia merupakan perbezaan yang sangat besar berbanding unjuran dan laporan sebenar (Forecast versus Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi (loss) RM14 juta.

Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.
Punca kejatuhan syarikat Zaitun Berhad



Antara puncanya ialah tadbir urus korporat yang sangat lemah. Bayangkan bila disenaraikan pada June 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff – adik beradik).

Pada 31 Disember 1997, 50% deposit telah dibayar. Walau bagaimanapun, perjanjian jual beli dibatalkan dan deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dalam tempoh 6 bulan tetapi setakat Ogos 1998, hanya RM345,000 sahaja dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) dan tidak mendapat persetujuan dari Pemegang Saham.

Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997. Tiada pendedahan (Disclosure requirement) atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. Tiada pengumuman, jadi pemegang saham tidak maklum akan transaksi ini.

Walau bagaimanapun setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterpris (GCE). Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.

Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan. Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk pasaran ACE untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).
Pengajaran daripada kes skandal syarikat Zaitun



Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan:

1. Pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham.

2. Kegagalan lembaga pengarah menjalankan tanggungjawab fidusiari (Fiduciary responsibilities) – Pengarah Eksekutif dan Pengarah Bukan Eksekutif (Executive Directors dan Non-Executive directors) yang sepatutnya menjadi penjaga ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat (guardian of transparency, accountability and corporate governance).

Pada era 1997, banyaknya berlaku tadbir urus korporat yang sangat teruk. Ketidakfahaman lembaga pengarah dalam tanggungjawab mereka. Sebab itu, kita tengok kejatuhan banyak syarikat yang disenarai dalam Bursa Saham selepas krisis kewangan 1998. Naib Pegerusi Zaitun ketika itu adalah Mutiara Rokiah binti Abdullah yang mana beliau adalah ibu kepada Pengarah Zaitun sendiri.

Masalah Zaitun bukan terhenti pada tadbir urus korporat sahaja tetapi ia termasuk masalah pengurusan dan model perniagaan Zaitun sendiri seperti isu pengedar dan cuba menceburi bidang MLM untuk pengedaran produk mereka. Antara punca utama kerugian ialah masalah pengedaran produk mereka.

Antara pengedar mereka seperti Boustead trading, Harrison, Harpers dan Sime Darby Marketing. Mereka menghadapi masalah dengan pengedar dan kebanyakannya terpaksa diselesaikan di mahkamah. Zaitun juga dikatakan memberi jualan credit yang agak longgar, hutang pelanggan (credit sales) adalah 95% jumlah jualan. Dan Zaitun membuat pinjaman hutang yang melebihi dari jualan syarikat.

Pra-1998, banyak syarikat yang disenaraikan di KLSE adalah kebanyakan syarikat milik keluarga yang kebanyakannya tidak faham bila mana disenaraikan pasaran saham, segala transaksi yang besar mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu walaupun majoritiLembaga Pengarah adalah adik beradik sendiri. Dalam kes Zaitun, Mutiara, Aisha, Faridah, Kamal adalah anak beranak.
Perubahan dalam sistem urus tadbir korporat



Pasca 1998, kita dapat lihat banyak berlaku perubahan dalam tadbir urus korporat terutamanya MCCG2017 di mana, separuh daripada Lembaga Pengarah mesti terdiri dari pengarah bebas, dan tidak dibenarkan memegang jawatan Pengerusi dan CEO dalam masa yang sama. Tempoh untuk Lembaga Pengarah dihadkan selama 9 tahun sahaja. Bagi tempoh 9-12 tahun mesti mendapat kebenaran dari pemegang saham dan bagi tempoh 13 tahun ada pengundian 2 peringkat (2-tier voting).

Selain itu, perlantikan jawatankuasa audit (audit committee), jawatankuasa imbuhan (remuneration committe), jawatankuasa penamaan (nomination committee) untuk memberi menyemak kedudukan Pengarah Eksekutif syarikat di bursa.


https://iluminasi.com/img/upload/ubat-gigi-zaitun.jpg




Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Founder zaitun ni ke ada related dgn boyfriend cousin neelofa,tania tu?adik bradik teh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 siap ada rusa berlari2 kelilung banglo ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
saitun, kembali kesucianmu,aneka jenihs barangan bermutuuuu.. lagu tahun 93 masa iols kecil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.396090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list