CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 1

Bilitec, inovasi kesan penyakit kuning tanpa perlu ambil sampel darah

[Copy link]
Post time 14-12-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh: Azman Zakaria
Foto: Noor Azreen Awang

SERDANG - Terkesan dengan kesakitan yang dialami bayi ketika darah diambil secara suntikan bagi pemeriksaan penyakit kuning (jaundice), seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan inovasi yang boleh mengesan penyakit itu tanpa menyentuh atau menyakitkan bayi.
Produk yang diberi nama bilitec (Bilirubin Detector) yang direka cipta itu mengukur tahap bilirubin tanpa menggunakan sampel darah.
Dengan menggunakan teknologi ‘spectrophotometer’ yang ada pada bilitec, tahap bilirubin diukur dengan melakukan imbasan pada kulit bayi atau mata bayi.
Teknologi itu akan mengesan tahap bilirubin berdasarkan warna pada kulit atau mata bayi, sekali gus mengurangkan pengambilan sampel darah untuk tujuan pemeriksaan atau saringan.

Penyelidik, Nadiah Rozlan, pelajar alumni Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM dalam bidang reka bentuk perindustrian berkata, malahan bilitec direkabentuk untuk memudahkan penggunaan dan dikendali oleh pihak institusi kesihatan ataupun ibu bapa.
“Bentuknya yang kompak dan ringan, memudahkan ia dipegang dan digunakan dengan cara sentuhan skrin.
“Ia didatangkan dengan aplikasi mobile (mobile app) yang membolehkan pengguna merekodkan tahap bacaan (bilirubin) terus ke penyimpanan cloud dan catatan rekod itu boleh dilihat semula oleh doktor atau pegawai perubatan mahupun ibu bapa,” katanya.
Beliau juga berkata, doktor dan jururawat tidak perlu menulis atau mendokumentasikan data secara manual kerana semuanya direkod secara automatik dalam aplikasi berkenaan.
“Keputusan pemeriksaan juga diketahui dengan pantas…dalam beberapa saat sahaja boleh dapat tahu sama ada seseorang bayi itu menghidap penyakit kuning atau tidak, berbanding cara menggunakan sampel darah yang memerlukan temu janji dengan doktor beberapa hari kemudian untuk mengetahui keputusannya,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan tele-kesihatan masa sebenar (real time telehealth service) antara pengendali bilitec dan doktor juga boleh dilakukan melalui aplikasi itu, yang membolehkan komunikasi antara kedua-dua pihak dan pemantauan dilakukan dari jauh.
Menurutnya, kajian oleh seorang doktor sebuah hospital pakar di Kajang, Selangor, mendapati antara 60 dan 70 peratus bayi yang baharu lahir menghidap penyakit kuning. Oleh itu, ia telah menarik minatnya untuk menjadikan sebagai isu utama dalam projek tahun akhir beliau di UPM sehingga terhasilnya rekabentuk bilitec.
Nadiah juga berkata, berdasarkan pemerhatiannya bayi yang darahnya diambil berulang-ulang di tangan dan tapak kaki untuk mengukur tahap penyakit kuning akan mengalami trauma kerana kesakitan yang dialami ketika suntikan mengambil darah, manakala tempat suntikan itu pula boleh menjadi lebam atau bengkak.

“Dengan menggunakan bilitec, bayi langsung tidak akan melalui pengalaman seperti itu,” katanya.
Katanya, penyelidikan untuk menambah baik dan membangunkan lagi produk itu sedang dilakukan.
Bilitec memenangi anugerah Best Internet of Things (IOT) di pameran Sustainable Environmental Exploration Design (SEED) 2018 anjuran UPM bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang bertemakan ‘Industrial Revolution 4.0’ tahun ini, dan terpilih menyertai pameran Sustainable Tropical Environmental Design Exhibition (STEdex) 2018 di Galeri Serdang, UPM. - UPM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesetengah klinik persendirian sudah pun menggunakan teknologi ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.069100 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list