CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wahlava

[Jenayah] pemimpin PH : nabi pun tak tunai janji

  [Copy link]
Post time 16-12-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 16-12-2018 04:23 PM
maksud aku xkemana tumpahnya kuah kalau xke nasi

PAS borek PAN rintik...penonggang agama sejak ...

Jgn lupa isu Tuhan pun mencarut...pada aku sama jer dgn kisah Khalid ni

Btw cuba baca balik sirah kisah Perjanjian Hudaibiyyah ni, tgk btol x dakwaan Khalid ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba translatekan nabi tu kepada english, terus mahacai kata takde silapnya kata2 tu spt di thread malaikat i
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni sape2 pon takyah tunaikan janji..

Atas alasan nabi pon tak buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan khalid gereja ni menyebabkan orang kapir pandang serong ke atas junjungan besar nabi saw yang kita kasihi..

Sekarang baru mereka tau nabi saw seorang yang mungkir janji.. bodo punya khalid
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 16-12-2018 05:26 PM
Cuba translatekan nabi tu kepada english, terus mahacai kata takde silapnya kata2 tu spt di thread m ...

ooo jgn translate secara literal ek haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 16-12-2018 02:18 PM
Mungkin bawaan dari dalam PAS dulu kot....

Cuba compare kes Khalid Samad yg bawa kisah perbalah ...

eh eh xpsl psl nak kaitan kan dgn parti lain sendiri yg salah ckp

dasar ph sendiri salaj suke salah kan org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2018 06:49 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-12-2018 07:01 PM
axl_bach replied at 16-12-2018 02:18 PM
Mungkin bawaan dari dalam PAS dulu kot....

Cuba compare kes Khalid Samad yg bawa kisah perbalah ...

u nak samakan fathu mekah sebgai hikmah raslullah saw menerima perjanjian hudaibiyyah tu ke?

ke macam mane?

i know depa nak kerjakan haji tahun tu tapi mereka dihalang.

ini i rasa patut ditangguhkan haji thn tu sebab securty threats

i tebgah buka buku sirah nabawiyyah ni

dan bagaimanaa KHalid boleh justify the excuses dengan perjanjian Hudaibiyyah tu diambil sebagai ibarat?

sedangkan ygpoint utama ialah - yg terlibat dalam perundingan perjanjian itu adalah rasulullah saw - so this individual is representing Islam and the TRUTH dan pihak yg lagi satu ialah pembesar Quraisy .

dan i mean of course Umar 'al farouk ' being ' Umar' beliau confront  TAPI kena tengok  hujah ABu Bakar pulak dan forman Allah dalam  Al Fath : 1

Rasulullah SAW tak pernah mungkiri janji dan bagi alasan as manusiawi kini yg lain benar .....
beliau hanya humbly bagi pernyataan yg humble . ALlah pembantu ku dan Aku tidak sesekali menderhakai ALlah , ini akhlak org yg  u know dinamakan  Rasulullah saw ....


takkan nak justify tak nak tunaikan janji dengan ambil citer Rasulullah saw yg menjaga security umat islam yg nak kerja haji tapi tak jadi sebab ugutan dan tndakan Quraisy...??? ini maqasid based judgment and Allah endorsed this event.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mufti taknak komen apa2 ke???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu aku rasa agama Yahudi perfect...orang Yahudi adalah amanah sebab tu mampu kuasai dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:54 PM | Show all posts
Remyda replied at 16-12-2018 02:12 PM
Ini bahaya Kalau berpolitik sambil selitkan isu macam
ni. Nak politik sangat no hal tapi kau jangan ...

itu sifat nabi secara general kesemuanya atau muhammad saja?

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:57 PM | Show all posts
edee_91 replied at 16-12-2018 06:54 PM
itu sifat nabi secara general kesemuanya atau muhammad saja?

semua rasul ada sifat itu.rasul semestinyalah nabi

bukan semua nabi  itu rasul

ada beza




Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 06:58 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 16-12-2018 06:52 PM
Sebab tu aku rasa agama Yahudi perfect...orang Yahudi adalah amanah sebab tu mampu kuasai dunia.

well, depa banyak sangat pantang larang, kita ni pun dok bising tang HALAL itu ini , kosher depa lagi ketat
dan perayaan depa you dah tengok?

hmm....


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-12-2018 06:58 PM
well, depa banyak sangat pantang larang, kita ni pun dok bising tang HALAL itu ini , kosher depa l ...

Memang la kosher mereka ketat...daging dengan cheese tak boleh campur dlm hidangan.

Tapi kerana Amanah mereka ikut jugak. Bukan macam Muslim...dah tahu arak tu haram tapi kerja jugak kat kedai arak.

Btw arak tu kosher dlm agama Yahudi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:10 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 16-12-2018 07:04 PM
Memang la kosher mereka ketat...daging dengan cheese tak boleh campur dlm hidangan.

Tapi kerana ...

dalam Muslim dah agama tu disempurnakan maka kita tak melebih lebih ap ayg diharamkan dan tak mengharamkan apa yg dihalalkan . tak menyusahkan, kena beza amalan penganut dengan agama.





Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-12-2018 07:10 PM
dalam Muslim dah agama tu disempurnakan maka kita tak melebih lebih ap ayg diharamkan dan tak meng ...

Dah itu hukum taurat macam tu apa yg menyusahkan ???

Orang Islam dapat hukum Al-Quran pon masih kerja kat kedai jual arak....tu la pasal tak Amanah. Tak boleh nak tunaikan janji pada Allah. Camne nak tunaikkan janji pada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:23 PM | Show all posts
khalid khalid.. nampak teruk kau ni
apa nak harapkan...dah lah dlm ucapan dgn coverage media xde respek langsung kat Tun mahathir
main sebut mahathir mahathir mcm org tu xde apa apa makna
agaknya dulu pakai bapak dia pun dulu.. samad samad...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 07:24 PM | Show all posts
Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto PH mereka dengan Junjungan Nabi SAW. Hakikatnya Nabi SAW tidak pernah mungkir janji. Sedarlah bahawa Nabi SAW membuat apa jua tindakan dan keputusan bersandarkan WAHYU, sedangkan manusia membuat tindakan dan keputusan bersandarkan NAFSU. Beradablah dengan Nabi SAW. Usahlah terlalu rakus berpolitik sehinggakan mahu diheret Nabi SAW dalam menutupi kelemahan diri dan terus menerus menipu rakyat.

Nabi SAW sendiri dalam hadith yang sahih melarang kita daripada sewenangnya mengaitkan sesuatu tindakan dan ijtihad kita atas nama hukum Allah. Pernah satu ketika Baginda melarang Panglima perang baginda bernama Buraidah untuk tidak menjatuhkan (menamakan) hukum Allah ke atas musuhnya apabila dia mengepung mereka.

Nabi saw bersabda:
فَإِنَّكَ لَا تَدْرِي أَتُصِيبُ فِيهِمْ حُكْمَ اللَّهِ أَمْ لَا؟ وَلَكِنْ أَنْزِلْهُمْ عَلَى حُكْمِكَ وَحُكْمِ أَصْحَابِكَ

"Maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui adakah kamu menepati dengan hukum Allah ataupun tidak ke atas mereka, tetapi jatuhkanlah kepada mereka hukum kamu sendiri dan hukum sahabat-sahabat kamu".

(Hadith riwayat at-Tabrani dalam al Mu'jam al Ausat)

Maka renungilah bagaimana Nabi SAW membezakan antara hukum Allah dan hukum panglima perang yang sedang berijtihad. Baginda juga melarang untuk dinamakan hukum orang-orang yang berijtihad sebagai hukum Allah.


/www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:29 PM | Show all posts
1. YB Khalid dilaporkan berkata bahawa kegagalan mereka menunaikan janji manifesto adalah disebabkan kerana terdapat halangan. Namun apabila mengaitkan perkara ini dengan Umrah Rasulullahﷺ pada tahun Hudaibiyyah, ia adalah analogi yang tidak tepat.

1.1 Kata Khalid: "Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat. “Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa."

2. Khalid dilihat sebagai mengaitkan janji manisfesto dengan Umrah Rasulullah. Analogi ini adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, keluarnya Rasulullahﷺ untuk menunaikan Umrah pada waktu Hudaibiyyah tersebut dikira sebagai Umrah. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya yang menyebutkan:

عن أنس رضى الله عنه: "أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ اعْتَمَرَ أَرْبَعَ عُمَرٍ، كُلُّهُنَّ فِى ذِى الْقَعْدَةِ إِلَّا الَّتِى مَعَ حَجَّتِهِ: عُمْرَةً مِنَ الْحُدَيْبِيَةِ، أَوْ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ فِى ذِى الْقَعْدَةِ...

“Daripada Saidina Anas, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah menunaikan Umrah sebanyak empat kali, kesemuanya di dalam bulan Zulqaedah melainkan Umrah yang dilakukan bersama ibadah Haji Baginda. Umrah yang pertama adalah Umrah daripada Hudaibiyyah, atau Umrah ketika waktu Hudaibiyyah pada bulan Zulqaedah…” (HR al-Bukhari)

3. Dalam menghuraikan hadith ini, al-Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa Umrah pada hari Hudaibiyyah tersebut juga dikira sebagai salah satu Umrah yang empat yang dilakukan oleh Rasulullah. Kata Ibn Hajar:

لم تكن فسدت حتى يجب قضاؤها، بل كانت عمرة تامةً

“Umrah tersebut tidak dianggap sebagai Umrah yang rosak yang perlu di qadha. Bahkan ia adalah Umrah yang sempurna."

Atas sebab itu Umrah Hudaibiyyah dianggap sebagai Umrah yang empat yang pernah ditunaikan oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan dalam hadith al-Bukhari di atas.

4. Pendapat yang sama turut disuarakan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam Kitabnya Zad al-Maad yang meletakkan Umrah Hudaibiyyah sebagai Umrah yang pertama Baginda setelah hijrah. Beliau seterusnya menjelaskan:

فصدَّه المشركون عن البيت فنحر البُدْن ( أي هديه من الإبل ) حيث صُدَّ بالحديبية وحلق هو وأصحابه رؤوسهم وحلّوا من إحرامهم ورجع من عامه إلى المدينة .

“Apabila Qurasyh menghalang Rasulullah, Baginda menyembelih al-Budn (unta Baginda), kemudian Rasulullah mencukur kepala, dan bertahallul dari ihram mereka dan pulang ke Madinah.

5. Jelas melalui huraian Ibn Hajar dan Ibn al-Qayyim ini menunjukkan bahawa Rasulullah menunaikan Umrah pada tahun Hudaibiyyah tersebut. Dakwaan yang menyatakan Rasulullah tidak menunaikan janji kerana dihalang oleh Quraysh tersebut adalah dakwaan yang tidak tepat.

6. Akhir sekali, janganlah kerana kesilapan kita, bebanan ini diletakkan kepada Rasulullahﷺ.

Moga Allah merahmati kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2018 07:34 PM | Show all posts


jahanam punya PHundek









Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg qatari nak invest 400biliun hangpa tak up ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070566 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list