CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4204|Reply: 43

Niat sokong bisnes kawan bertukar musibah, kulit wanita ini mereput sampaikan an

  [Copy link]
Post time 17-12-2018 09:33 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan wajah Inazalina sebelum dan selepas insiden tersebut.

PETALING JAYA: Ibu dua anak berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.
Semasa kejadian pada tengah hari Ahad lalu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Inazalina Zalina memberitahu pakar kecantikan itu yang juga rakannya tertumpah air panas daripada alat stim muka tepat di wajahnya.
"Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.
"Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.


"Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.
"Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Sejurus selepas insiden itu, Inazalina berkata rakannya itu hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku.
"Dia hanya cakap sorry, sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.
"Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya," katanya.




Inazalina sebak memikirkan mengenai masa depan kariernya selepas insiden itu

Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, wanita berusia 34 tahun itu menghubungi suaminya untuk menemaninya ke hospital.
"Suami saya balik dan kami pun turun sama-sama. Kawan saya tu masuk kereta dia dan tak ikut sekali ke hospital.
"Kawan saya kemudiannya balik tanpa ikut kami ke hospital. Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.
"Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.
"Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah  Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah," katanya.
Inazalina yang bekerja di sebuah syarikat insurans tidak menduga luka melecur yang dialaminya akan menjadi lebih serius.
"Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.
"Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.
"Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat," katanya.
Memandangkan karier Inazlina yang menuntutnya untuk berhadapan dengan orang ramai, keadaan emosinya terganggu selepas insiden itu.
"Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner," katanyadalam nada sebak.
"Doktor cakap saya tak boleh kena cahaya matahari sekurang-kurangnya sebulan. Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.
"Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher," katanya.


Luka Inazalina mengalami luka melecur yang agak teruk di bahagian muka dan leher.

Lebih memilukan, wanita berasal dari Pelabuhan Klang itu sebak apabila wajah terbaharunya itu menyebabkan anak bongsunya enggan mendekatinya.
"Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.
"Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut," katanya.
Dalam pada itu, Inazalina turut terkilan dengan kecaman netizen yang menyifatkan dia sengaja mencari fasal dengan mencari spa bergerak yang murah untuk mendapatkan rawatan wajah.
"Orang cakap saya gila cari spa murah, bukan... mereka ingat saya gila bayar murah... bukan. Sebenarnya saya memang tak suka pun sebab kulit muka saya sensitif. Seumur hidup saya pergi spa sekali dua sahaja.
"Demi Allah saya hanya mahu sokong bisnes kawan-kawan. Lagipun saya kenal anak-anak dia (perunding kecantikan). Dia dah ajak banyak kali, itupun saya dah tolak berkali-kali tapi mungkin nasib saya, Allah nak uji," katanya.
Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
"Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.
"Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.


Keadaan wajah Inazalina membuatkan anak bongsunya takut untuk mendekatinya

"Saya juga bersyukur kerana hospital swasta terima kes saya. Kalau orang lain yang tak ada duit macam mana. Dapatkan rawatan wajah dengan pakar kecantikan yang bertauliah dan bukannya mereka yang sertai kursus sehari kemudian boleh buka spa bergerak sendiri," katanya.
Inazalina berkata dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas insiden tersebut.
"Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. Itu pun mungkin selepas dia terbaca posting saya di Facebook sebelum jadi viral.
"Dia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya. Dia juga 'bising-bising' dekat suami saya tanya kenapa saya pergi hospital swasta dan bukannya hospital kerajaan.
"Keluarlah macam-macam cerita. Dia jadi lepas tangan. Saya bukannya nak minta duit dia pun. Duit tu bukan boleh kembalikan wajah saya tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sikap bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya yang masih lagi menerima rawatan di hospital.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 10:04 AM | Show all posts
ya ampunnnn kesian nya... dh macam tu kawan x kawan baik ko saman je
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:42 AM | Show all posts
kawan dia tu langsung tak bertanggungjawab.. sikit tak rasa bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:58 AM | Show all posts
perghh dasyat betul dugaan dia ni
aku yg jari tercelop air panas pon dok teriak mcm nak nanges
inikan kena kat muka, ya rabbi
semoga cepat sembuh dan semoga so call kawan dia aka spa bergerak atau devil bergerak tu cepat2 dpt karma


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 11:18 AM | Show all posts
kahkahkahh salah baca wakakakakakaka buka produk timbang kati ropa spaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:06 PM | Show all posts
Sebab tu jangan fikir asalkan murah je atau sebab kawan2 terus nak cuba takut hasilnya nanti tak macam yang disangkakan malah dapat masaalah pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 12:25 PM | Show all posts
ishhh saman je la kawan tu.. kang buat naya kt org lain pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:39 PM | Show all posts
Dalam pada itu, Inazalina turut terkilan dengan kecaman netizen yang menyifatkan dia sengaja mencari fasal dengan mencari spa bergerak yang murah untuk mendapatkan rawatan wajah.
"Orang cakap saya gila cari spa murah, bukan... mereka ingat saya gila bayar murah... bukan. Sebenarnya saya memang tak suka pun sebab kulit muka saya sensitif. Seumur hidup saya pergi spa sekali dua sahaja.
"Demi Allah saya hanya mahu sokong bisnes kawan-kawan. Lagipun saya kenal anak-anak dia (perunding kecantikan). Dia dah ajak banyak kali, itupun saya dah tolak berkali-kali tapi mungkin nasib saya, Allah nak uji," katanya.



bengong tahu nk kecam je tanpa usul periksa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk kawan dia...lps tgn.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:56 PM | Show all posts
kesiannya ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo kes mcm ni boleh saman baik saman jah.buat apa nk kesiankn org tp org xkesiankn kita.Kdg2 dlm idup ni mmg kena jd kejam supaya org xlepas tangan n pijak2 atas kebaikan kita
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 07:59 PM | Show all posts
tak report polis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
erkkk...serius juga tp cara ayat penceritaan nampak lembut sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 17-12-2018 11:41 AM
Klo kes mcm ni boleh saman baik saman jah.buat apa nk kesiankn org tp org xkesiankn kita.Kdg2 dlm id ...

Betul..siap laki bini kutuk pompuan ni balik.. Lepas tu deleted komen..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 08:27 AM | Show all posts
lepas ni nak tolong bisnes kawan2 pun kena pilih jugak lah kan. kalau dah jadi macam ni, member tu pun buat dek je
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmulutpuaka replied at 17-12-2018 10:21 PM
Betul..siap laki bini kutuk pompuan ni balik.. Lepas tu deleted komen..

Ntahnye.Kdg2 org keliling mmg suka ambik kesempatan atas kebaikan kita.Tp setengah org suka pegang konsep tkpe la org buat kita,jgn kita buat org.Dah tu bila je nk kasik org jahat ni sedar diri jap g deme ulang2 buat kt org lain plk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 09:37 AM | Show all posts
haiskkk x psl2
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:35 AM | Show all posts
kesian hah.. sebab nk tlg kawan..kawan lak lepas tu leh buat tak taw..haishhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:38 AM | Show all posts
deal ngan kawan tu suh sponsor pulihkan balik muka tu.. klo takde persetujuan.. saman!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 12:01 PM | Show all posts
apa brand spa bergerak tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082149 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list