CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22353|Reply: 211

Rita sedia digelar gila talak demi anak

  [Copy link]
Post time 17-12-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara memuat naik sekeping foto anak-anaknya bersama bekas suami, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, kisah rumah tangga pelakon Rita Rudaini kembali menjadi buah mulut peminat sejak kebelakangan ini.

Dahulu isunya adalah berkenaan tuntutan nafkah dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang dibuat oleh Rita kepada bekas suami. Kini timbul pula khabar angin bahawa Rita sengaja melakukan tindakan tersebut (memuat naik gambar) untuk memancing Aidil yang merupakan pemain bola sepak negara kembali kepadanya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar ketika ditemui pada pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Dewan Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui sudah lelah untuk memberi penjelasan.

Katanya, apa sahaja yang dilakukan sejak dahulu sering dipandang negatif dan membuatkan dia menerima pelbagai tohmahan sedangkan hanya dia dan Aidil yang tahu perkara sebenarnya.

“Saya pelik juga mengapa ramai sungguh orang yang cuba masuk campur dalam urusan anak-anak kami sedangkan apa sahaja yang saya lakukan adalah berdasarkan persetujuan bersama di mahkamah.

“Mungkin mereka berasa tidak senang duduk apabila saya semakin terbuka membenarkan Rayyan dan Qaqa mengenali bapa mereka. Itu (Aidil Zafuan) bapa kandung mereka, jadi saya tidak nampak apa yang salah dengan keputusan tersebut,” jelasnya panjang lebar.

Kalis cemuhan

Saat ditebak mengapa baru sekarang hatinya berubah menjadi lembut untuk mendekatkan anak-anak dengan Aidil, pelakon yang popular dengan filem Mami Jarum itu menjawab kerana masanya yang tepat.

Selain anak-anak semakin membesar dan memahami situasi yang berlaku antaranya dan Aidil, Rita enggan kedua-dua cahaya matanya beranggapan bapa mereka sudah tiada.

“Sewaktu kami bercerai, Rayyan dan Qaqa masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Pada pemahaman mereka pada waktu itu, sayalah ibu dan sayalah bapa, jadi tiada guna menerangkan sesuatu yang sangat rumit kerana saya tidak mahu anak-anak trauma atau sedih.

“Sekarang apabila kedua-duanya telah bersekolah, mereka mula bertanya siapakah bapa mereka. Berdasarkan pertanyaan tersebut saya dapat lihat anak-anak telah bersedia untuk mengenali siapa sebenarnya Aidil,” terangnya.

Tambah wanita berusia 42 tahun itu lagi, dia mengambil sikap tidak peduli apabila dituduh gila talak atau menggunakan anak-anak untuk melepas rindu pada Aidil apabila memuat naik gambar kenangan bekas suaminya bersama anak-anak dalam akaun Instagramnya.

Meskipun kalis cemuhan dan tidak kisah pandangan orang ramai terhadapnya kerana sedar bukan semua pihak menyenangi tindakannya, Rita bagaimanapun lebih mementingkan perasaan anak-anaknya dalam isu terbaharu ini.

“Biarlah orang mahu bercakap apa sahaja, saya lakukan semua ini demi Rayyan dan Qaqa. Mereka wajib tahu siapa bapa mereka walaupun sudah lebih empat tahun tidak berjumpa. Saya pesan kepada mereka, jika tidak boleh berjumpa di dunia, berdoalah agar dapat bertemu Aidil di syurga,” katanya.

Sokong minat

Selain mula bercerita berkenaan bekas suami kepada anak-anak, Rita juga memberi kebebasan kepada mereka untuk mengikut jejak langkah Aidil menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.

Selepas melihat potensi dan bakat yang ada pada dua orang anak lelakinya, Rita mengambil inisiatif menghantar mereka menjalani latihan bola sepak dan turut menubuhkan kelab bola sepak kanak-kanak, RR Cougras sebagai tanda sokongan.

Tidak pernah timbul istilah mengharamkan bola sepak terhadap anak-anak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini. Menurutnya, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan sebagai ibu, dia akan menyokong apa sahaja minat Rayyan dan Qaqa.

“Mereka mula meminati bola sepak kerana pengaruh rakan sebaya di sekolah, jadi baru sekarang saya turutkan permintaan untuk menghadiri kelas latihan, malah menubuhkan kelab bola sepak demi mereka.

“Saya dapat lihat kesungguhan mereka dalam menjalani latihan bola sepak sehingga sanggup tidak bercuti ke luar negara kerana enggan terlepas latihan. Namun, saya sering berpesan, meskipun meminati bola sepak pelajaran tetap nombor satu,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri bicara, Rita sempat mengulas berkenaan kontroversi tidak membawa anak-anaknya ke stadium menonton perlawanan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tegasnya, jika Aidil yang memberikan tiket tersebut barulah dia akan membawa Rayyan dan Qaqa menontonnya.

“Mereka mempunyai bapa yang boleh mendapatkan tiket tersebut, jadi apabila orang lain yang bersusah payah, saya berasa ralat. Saya tidak mahu anak-anak berkecil hati kerana bukan Aidil yang memberikan tiket tersebut,” tuturnya.

Selepas lima tahun bercerai, aktres Rita Rudaini berasakan sekarang adalah waktu yang terbaik untuk dua anak lelakinya mengenali bapa kandung mereka, Aidil Zafuan. Biar dituduh gila talak, Rita akan terus berkongsi kisah bekas suami kepada anak-anaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat drama
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on, kawen lain then jd big family mcm abby norman memey.. Cukup2 la kisah lama. Muak dah org baca. Dari simpati terus loya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:20 PM | Show all posts
Ego mengatasi segalanya... menyesal tiada guna.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 lah tu rit rude.. anak2 mkin berakal.. malulah esok lusa baca apa yg kau paparkan kat soc media ... takut esok lusa karma tu dari anak2 sendiri pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:32 PM | Show all posts
xtau nak kesian ke idak..
kesian kat anak2 jelah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 17-12-2018 12:17 PM
Move on, kawen lain then jd big family mcm abby norman memey.. Cukup2 la kisah lama. Muak dah org ba ...

Kann.. Kawen lain lah,, buka lembaran baru
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ble aku ckp psl ni..ad seseorg yg ngaku sedara rr ni ckp..kita x duduk dlm situasi rr ni..hina sgt ke janda..ya rabbi..smpi ke situ dia kata..pdhal bg aku..pompuan ni kena ad classy dia..dia dok wat cmni..sori la..mmg drama byk sgt dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 01:16 PM | Show all posts
Move on plisss kat rit
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknye thread acik ni...

Mcm dia plak yg main bola...kemain org bg limelite

Kalo dia kawen baru, tp still aidil tak jumpa2 gak anak....rasanya dia patut tak bising2 lgn
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:21 PM | Show all posts
berapa banyak thread pasal pompuan ni
citer hal menda yang sama
tak leh merge aje ke mod

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:40 PM | Show all posts
belum move on rupanya dari aidil hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu bkn dia mrh ke bila ada yg komen kemana tumpah nya klu tak ke nasi..bila anak2 nya mula main bola..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tengokjerrr at 17-12-2018 02:11 PM

Dia dah boleh jilidkan dah jdi buku setiap isu yg dia cipta sbb xkatam2 lgi cerita dia ni ... boleh buat buku 1 pastu buku 2 dan seterusnya ... pjg sgt dah. Cerita dia lmbt lgi nak abis sbb dia belum temui pintu penyesalan, keinsafan dan pintu rumah keluarga Aidil, minta maaf.

Kagum dgn tukang soraknya ... diaorg ni mmg hidup xde kebahagiaan ke ape ... Maka dgn ini kami mendoakan kalian semua diberi ketenteraman jiwa dan hati, rutin hidup yg sihat,  minda yg baik dan hobi yg bermanfaat. Insyaalah  Amiiiin
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 02:31 PM | Show all posts
tak abis2 ler cerita dia...
buku da keluar da... ini nak keluar buku jilid kedua ler pulak ya...

move on ler...
ramai yg lagi yg bercerai berai tapi leh move on dan happy2 aja...
kalau ko nak sgt jumpa anak2 ko tu dengan daddy dia..
p ler ntar anak2 tu kat rumah daddy ker camtu..
ini kebam kebom kat IG...

ya la.. ko la sorang wanita yg kuat..
wanita yg semangat.. wanita yg hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 17-12-2018 01:21 PM
berapa banyak thread pasal pompuan ni
citer hal menda yang sama
tak leh merge aje ke mod

Takde fungsi merge threads lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 02:46 PM | Show all posts
Dia nak suduk grand stand...
So bila habis match, aidil boleh aa amik anak dia pegang tangan pusing padang sambil say thanks kat pennyolong bola..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:05 PM | Show all posts
friedfishsoup replied at 17-12-2018 02:35 PM
Takde fungsi merge threads lagi

oh.. camtu yer fried... sorry i missed out that..

jenuh lah camni kalau cerita artis yang sama sampai 3-4 thread kan
ya ampunnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:21 PM | Show all posts
dia ni kalau tak melalak sangat takde la orang menyampah. elok-elok orang nak side kat dia, terus kensel tengok ketingtongan dia. sian kat anak-anak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hohhh.. x stop2 ppuan ni lalu d timeline..  dan berbakul bakul kutukan utk edel..  seronok wartawan layan sakit ritrud ni..  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.086042 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list