CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Nurul Izzah quits as PKR vice president

  [Copy link]
Post time 18-12-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dramanya ko kak.x kan si latipah koya tegur sikit dah shentap...memang nepotism pon khuennnnn.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2018 01:17 PM | Show all posts
Sanggup 'hilang' Nurul Izzah?

Firdaus Alauddin, Astro Awani |  Diterbitkan pada Disember 17, 2018 16:45 MYT



PELETAKAN jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang mencetuskan beberapa persoalan mengenai situasi dalaman PKR pasca Pilihan Raya Umum ke-14.

Di sebalik usaha untuk merungkai jawapan kepada persoalan itu, ruang awam terutama di media sosial telah menyaksikan pelbagai pendapat dan analisis diskusi dari pemerhati politik.

Jika dilihat kepada sisi pertentangan politik dalaman PKR, langkah pengunduran oleh ‘Puteri Reformasi’ itu dibaca sebagai tindakan yang berjiwa besar.

Meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan, prinsip serta idealisme perjuangan tersemat kemas di dada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, saat ini adalah momen yang memerlukan perhatian dan sentuhan ‘magis’ Presiden PKR dan bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Secara tidak langsung, langkah mengejut Nurul Izzah ini menguji kepimpinan dalam mencatur saf serta mengurus bakat yang diperlukan dalam membawa obor perjuangan dalam arena politik tempatan.


“Kalau kita lihat dalam konteks Malaysia Baharu, PKR sungguh berlainan dengan parti-parti politik lain.

“Masih terdapat perpecahan yang berlaku kerana wujudnya dua blok berbeza antara penyokong Datuk Seri Azmin Ali dan juga Rafizi Ramli dalam pemilihan lepas,’’ jelas Tawfik ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.


Menurut Mohammad Tawfik yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik itu juga menyifatkan sekiranya ‘ribut dalam secawan kopi’ ini tidak dibendung dengan bijaksana, ia dibimbangi bakal melarat menjadi barah dan mengheret parti itu ke kancah krisis.

“Ia boleh menjadi menjadi ‘penyakit’ yang cukup besar kepada PKR,” ujarnya.

Kebolehan Nurul Izzah adalah aset penting

Dimensi yang mengisi pertimbangan masyarakat sivil dalam menilai kekuatan 'Puteri Reformasi' itu tidak hanya berkisar soal politik mahu pun seni ‘sepak terajang’ yang mendominasi tajuk berita.

Ramai yang menyuarakan pandangan mengenai keupayaannya mencipta impak dalam mempengaruhi keputusan berdasarkan agenda perubahan Pakatan Harapan.

Persoalannya, mampukah landskap sosio-politik dan pemerintahan era baharu sanggup ‘kehilangan’ seorang tokoh wanita dan muda yang mewakili suara progresif dan segar?

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Fuad Othman melihat jenama atau ‘branding’ Nurul Izzah sangat dekat serta memikat hati anak muda di Malaysia.

“Dia bersesuaian dengan apa yang disebut sebagai ‘Malaysia Baharu’ dan melihatkan bagaimana nurul izzah yang mempunyai sokongan yang amat besar khususnya di kalangan anak anak muda,” katanya.

Pada masa yang sama, politik yang sarat dengan seni segala kemungkinan ini tidak boleh mengenepikan faktor-faktor lain yang mendominasi keputusan beliau.

“Mungkin beliau ada perancangannya yang tersendiri seperti mengukuhkan akar umbi di kawasan beliau sendiri.

“Mungkin juga perancangan lain yang sendiri tidak tahu,” ujarnya.

Nurul Izzah, 38 tahun, dalam kenyataan media mengumumkan pengunduran beliau pada Isnin turut menyatakan kekesalan mengenai masa. Pada hematnya, adalah lebih baik jika pengumuman berkenaan dibuat lebih awal.

"Kekesalan saya hanyalah pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya," kata Nurul Izzah dalam kenyataan itu.

Keputusan Nurul Izzah disambut pelbagai reaksi dari rakan sejawat mahu pun ahli-ahli parti dari cabang Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa kagum beliau dengan keputusan Nurul Izzah, namun beliau pasti wanita berjiwa kental itu pasti akan kembali mewarnai lanskap politik tanah air.

Teman sejawat Rafizi Ramli yang merupakan Naib Presiden PKR berkata tindakan Nurul Izzah merupakan tindakan berprinsip untuk membolehkan beliau kekal bersuara secara objektif membawa isu-isu rakyat yang selari dengan idealisme reformasi.

Apa jua harapan Nurul Izzah, keputusan itu membuktikan bahawa idealisme perjuangan itu lebih penting dari jawatan, pangkat atau kuasa.

Maka, keputusan beliau pada hari ini, walaupun mengejutkan, adalah sesuatu yang wajar diteladani mesejnya.

Selamat maju jaya, Nurul Izzah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 01:18 PM | Show all posts
sesungguhnya senario politik malaysia amat menggelikan hati  sedikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 01:20 PM | Show all posts
Jangan komen bagi pihak saya! - Nurul Izzah

Azyyati Ahmad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Disember 17, 2018 17:05 MYT





KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar memuat naik tweet berbaur peringatan agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Ia sebagai respon kepada komen menerusi Twitter yang dibuat oleh Ketua Strategi Bersatu Dr Rais Hussin.


Dr Rais sebelum ini berkata beliau percaya Nurul Izzah sangat komited untuk pembaharuan holistik dan untuk itu Nurul Izzah mesti menarik balik peletakan jawatannya.


Mohd Shah bin Mohd Yusof
@MohdShahbinMoh2
· 22h
@n_izzah afterall, this so called #malaysiabaru is just an illusion, we all have been deceived, cc @rafiziramli @Khairykj @raishussin @SyedSaddiq


Dr. Rais Hussin
@raishussin
@n_izzah is also a human being. Strong as she is, sometimes do have its ups and downs. She is very committed to holistic reforms. To make it happen she must retract her resignation. I believe she will, and come back stronger and refreshed. For now let us give her some latitude

2:52 PM - Dec 17, 2018
Twitter Ads info and privacy
See Dr. Rais Hussin's other Tweets
Twitter Ads info and privacy


Nurul Izzah
✔
@n_izzah
Kindly refrain from ever commenting on my behalf. @raishussin

malaysiakini.com
✔
@malaysiakini
Bersatu leader @raishussin believes @n_izzah  will retract resignation, return strongerhttps://www.malaysiakini.com/news/456537



Bagaimanapun, jawab Dr Rais beliau tidak berniat untuk menjawab bagi pihak Nurul Izzah, tetapi beliau hanya mengharapkan Nurul Izzah untuk kembali semula bagi meneruskan pembaharuan holistik yang diperjuangkannya.



Dr. Rais Hussin
@raishussin
It is my view, not commenting on behalf. I hope she will, InshaAllah, come back stronger to take up the holistic reforms that she is committed to.


Pada Isnin, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan kepada media, Nurul Izzah mengesahkan perkara ini dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga pemilihan seterusnya diadakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 01:21 PM | Show all posts
Hormati keputusan Nurul Izzah - Zuraida

Bernama |  Diterbitkan pada Disember 18, 2018 07:11 MYT



KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghormati keputusan dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, beliau percaya keputusan Nurul Izzah itu telah difikirkan secara mendalam dari pelbagai aspek.

"Jika kita menghormati keputusan beliau untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti yang lepas, kini keputusan beliau untuk melepaskan jawatan tersebut juga perlu dihormati seluruh kepimpinan dan anggota Keadilan.

"Sebarang tindakan lanjut berkenaan perkara ini haruslah berpandukan perencanaan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan mengulas tindakan Nurul Izzah meletak jawatan pada Isnin.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi mengakui terkejut dengan tindakan Nurul Izzah itu namun katanya, beliau menyokong apa jua keputusan yang dibuat rakan seperjuangannya.

Dalam pengumumannya, Nurul Izzah berkata kepimpinan parti telah dimaklumkan mengenainya.

Beliau turut berkata tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atas sebarang kapasiti selain menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 04:26 PM | Show all posts


NURUL Izzah dilihat bersama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, di Restoran Alexis, di Bangsar, tengah hari tadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2018 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan Izzah Letak Jawatan

*RSS Sinar Harian: Politik*
""""""''''''''''''''''""""""""""""""""""""""""""""

*KUALA LUMPUR - Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.*

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.

"Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR... tetapi lebih kepada PH itu sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau," katanya.

Saifuddin berkata Nurul Izzah telah memilih jalan terbaik dengan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.

"Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

"Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat jika terus mengekalkan jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," kata Saifuddin.

Ditanya mengenai pengganti bagi jawatan yang dilepaskan Nurul Izzah, Saifuddin berkata Nurul Izzah adalah Naib Presiden yang dipilih maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembangaan parti sama ada  kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

"Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang bercuti sekarang, saya baru memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalankan tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung (baharu) dilantik," katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang serta sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. *- Bernama*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 01:28 PM | Show all posts

PERLETAKAN JAWATAN SAUDARI NURUL IZZAH ANWAR

DECEMBER 17, 2018 RAFIZIRAMLI        LEAVE A COMMENT



Saya menerima panggilan yang tidak putus-putus dari kalangan pendokong KEADILAN, wartawan dan orang ramai mengenai berita perletakan jawatan Saudari Nurul Izzah dari jawatan kepimpinan.

Berikut adalah pandangan saya:

1. Saudari Nurul ada berkongsi pandangan dengan saya secara berterusan, terutamanya yang bersabit komitmen reformasi kepada rakyat. Beliau sangat komited dengan idealisme reformasi dan sudah tentu ada beberapa perkembangan yang perlu diperhalusi dari semasa ke semasa.

2. Beliau bukan mengundurkan diri dari politik. Beliau kekal memainkan peranan penting di Parlimen dan persada politik tanahair. Beliau hanya mengundurkan diri dari jawatan kanan parti.

3. Saya ingin mengambil sudut positif dari keputusan tersebut. Saya membacanya sebagai satu tindakan berprinsip untuk membolehkan beliau kekal bersuara secara objektif membawa isu-isu rakyat yang selari dengan idealisme reformasi.

4. Saya berharap beliau mempertimbangkan keputusan itu. Beliau tahu saya merasakan beliau boleh mempertahankan idealisme reformasi dengan kedudukan kanan beliau di dalam kepimpinan KEADILAN.

5. Saya juga menghormati keputusan beliau. Kami sudah melalui masa muda membina KEADILAN, sejak kali pertama kami sepentas dari tahun 1999 lagi (di London), maka saya juga faham pandangan beliau. Oleh itu, saya akan menyokong segala keputusan yang dibuat oleh Saudari Izzah kerana saya percaya itu datang dari hasrat beliau untuk memainkan peranan dengan lebih berkesan.

6. Saya berharap anggota KEADILAN menerima keputusan Saudari Izzah itu dengan memberi sepenuh galakan dan sokongan. Ia juga menjadi bukti bahawa idealisme reformasi tetap segar di dalam KEADILAN.

7. Jawatan kanan di dalam parti hanyalah satu jalan untuk menyumbang. Saudari Izzah telah dan akan buktikan bahawa idealisme perjuangan itu lebih penting dari jawatan, pangkat atau kuasa. Maka, keputusan beliau pada hari ini, walaupun mengejutkan, adalah sesuatu yang wajar kita teladani mesejnya.

Rafizi Ramli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054375 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list