CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8345|Reply: 93

[Politik] Nurul Izzah, Khairy minum sama ditemani Rafizi. ke PKR nak lompat UMNO?

[Copy link]
Post time 18-12-2018 04:57 PM | Show all posts |Read mode








NURUL Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilihat bersama dua ahli politik terkenal di sebuah restoran di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Mereka ialah bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Tiga pemimpin muda itu antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.

Mereka menghormati antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat serta negara.

Semalam, Nurul Izzah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan dua jawatan berkenaan. Beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tiba dulu di Restoran Alexis di Bangsar Shopping Centre (BSC) kira-kira jam 12 tengah hari diikuti Rafizi.

Tidak lama kemudian, Khairy muncul dan mereka dilihat memesan minuman.

Sehingga jam 1.30 tengahari mereka dilihat hanya minum, tetapi tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.

“Saya melihat Nurul tiba dulu, kemudian Rafizi disusuli Khairy tidak lama selepas itu. Tidak pasti sama ada mereka makan tengahari bersama.

“Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengah hari, mereka masih di sana.

“Mereka kelihatan ceria sambil berbual,” kata seorang pembaca Berita Harian yang turut merakam gambar mereka.

Selepas riuh berita Nurul Izzah meletak jawatan semalam, Khairy tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu,seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggal dunia politik.

Dalam entri yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, Khairy memuji ketokohan Nurul Izzah sepanjang berkecimpung dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.

Khairy juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi’.

Rafizi pula dilaporkan berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan arena politik negara.

Beliau juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai reformis dan pejuang serta hanya melepaskan jawatan dalam politik, tetapi kekal dengan idealisme serta perjuangan dalam arena politik negara yang ‘bercelaru’ ketika ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata tindakan Nurul Izzah dipercayai untuk memudahkannya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sekali gus bebas menyuarakan aspirasi rakyat tanpa kongkongan politik.

Katanya, Nurul Izzah memiliki idealisme tersendiri dan ingin memenuhi harapan rakyat dengan pantas.

Beliau ada bertemu Nurul Izzah semalam, malah berkesempatan berbual panjang berhubung isu terbabit.

Katanya, Nurul Izzah memaklumkan beliau turut melakukan solat istikharah dan percaya tindakannya itu adalah langkah terbaik bagi membolehkannya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, The Star melaporkan Nurul Izzah ada memaklumkan keputusan itu kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah Ismail.

Mereka dan keluarga dikatakan sedang bercuti di Filipina. Nurul juga akan menyertai percutian keluarga itu, yang pertama selepas sejak sekian lama.

Sementara itu, menurut laporan media, tindakan Nurul Izzah itu dikatakan akibat beberapa perkembangan dalam politik negara, termasuk hasrat ramai bekas pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti, dilaporkan mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau dikatakan tidak setuju dengan cadangan mana-mana parti dalam PH menerima mereka.

Nurul Izzah juga dikatakan tidak setuju beberapa keputusan oleh kerajaan PH yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, punca sebenar keputusan drastik itu terus menjadi tanda tanya sehingga beliau sendiri mendedahkannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jatuhkan Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk Filem : Cinta politik 3 segi




Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skali kj masuk meminang izzah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak.jauhlah.pls
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:15 PM | Show all posts
cinta lama berputik kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 05:17 PM | Show all posts
jangan cinta lama berputik kembali
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x bercinta dengan Hadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg bayar? Siapa belanja?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nk g letak peranti kt situ...hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:23 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-12-2018 05:21 PM
Siapa yg bayar? Siapa belanja?

susah ati pulak ko ye sapa belanja...hahaha...di luar kotak pemikiran betul soalan ko ni...ahaha

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 18-12-2018 05:23 PM
susah ati pulak ko ye sapa belanja...hahaha...di luar kotak pemikiran betul soalan ko ni...ahaha
...

Ke bayar asing2?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kj nak ajar guna filter
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:27 PM | Show all posts
alah..gathering biasa2 je tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:29 PM | Show all posts

hahahah... satu resit tapi lepas tu masing2 keluar kalkulator, tolak sendiri punya expenses...kikiki...

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-12-2018 05:17 PM
jangan cinta lama berputik kembali


Serius diaorg pernah couple ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-12-2018 05:24 PM
Ke bayar asing2?

Kat kaunter berbaris bayar.

Abg kj nak tackle tolong bayo kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi third wheel
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kj nk masuk pkr?

X mungkin nurul ijah nk masuk parti yg xde hala tuju..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:39 PM | Show all posts
Mungkin juga Izzah tak setuju dengan politik dalaman PKR, contohnya isu presiden melantik pengerusi2 negeri, isu kartel dari kumpulan azmin,isu lompat parti dr pembangkang.. statement2 u turn pimpinan pakatan harapan.. semua tu jauh dr aspirasi asal PH dari rakyat kepada rakyat.


Izzah, KJ, shahril hamdan, rafizi ramli, nik nazmin,dr afif,akmal nasir, hannah yeoh, yeo bee yi antara pemimpin politik muda yg boleh pergi jauh especially utk anak2 muda.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093851 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list