CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3617|Reply: 10

Awas Scam Beli Syiling Lama! Ini 9 Cara 'Kantoikan' Scammer

[Copy link]
Post time 18-12-2018 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anda mendapat komen-komen di Instagram, kononnya seseorang dari Amerika Syarikat atau United Kingdom ingin membeli wang syiling lama anda dengan harga yang lumayan? Jangan terpedaya!  Memang ada pasaran yang lumayan dan sah bagi penjual dan pembeli wang syiling, tetapi tidak kurang juga penipu-penipu atau scammer yang mengambil kesempatan daripada kejahilan kita untuk membuat penipuan.



Kredit foto: Carian Google




Berikut 9 cara untuk mengenali para scammer ini.



1. Agresif Dalam Pengiklanan


Kredit foto: Twitter






Orang yang sama akan membuat beratus-ratus komen di banyak Instagram dengan harapan ada 1-2 orang yang terjebak. Jika anda membuat komen balasan seperti 'how much'? mereka akan direct message (DM) anda serta merta.

2. Akaun Instagram Palsu



Kredit foto: Carian Google





Mereka menggunakan akaun Instagram palsu. Jarang menunjukkan muka atau ahli keluarga dalam gambar. Jika ada yang mempunyai gambar wajah, sebenarnya bukanlah milik mereka tetapi gambar yang diambil dari carian Google. Akaun mereka hanya ada beberapa gambar berulang-ulang dan sering dormant (tidak dikemaskini)

3. Menggunakan Bahasa Melayu Yang Salah



Kredit foto: Carian Google





Walaupun dalam biodata mereka kononnya dari Eropah atau Amerika, mereka akan membuat iklan dalam Bahasa Melayu, malahan ada yang akan memulakan dengan 'Assalamualaikum' untuk menarik perhatian anda. Begitu juga dengan kapsyen di Instagram mereka. Apabila anda cuba berbual dalam Bahasa Melayu, mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris.

4. Mengaku Orang Inggeris Tetapi Bahasa Inggeris Lintang Pukang



Kredit foto: Carian Google





Anehnya, bila anda cuba berbahasa Inggeris dengan mereka, terlalu banyak kesalahan tatabahasa, termasuk yang mudah, ini  tidak sepatutnya dibuat oleh penutur Bahasa Inggeris yang asli. Menurut rekod siasatan polis, ada scammer ini berasal dari Afrika (bukan semua), kerana reputasi negara mereka yang buruk, mereka menyamar sebagai orang Barat.

5. Menawarkan Harga Tidak Munasabah


Kredit foto: Carian Google








Antara tanda yang paling mudah dikenali, mereka akan menawarkan harga yang tidak munasabah ataupun mereka akan menerima berapa sahaja tawaran anda tanpa bersoal jawab. Mereka kemudiannya akan meminta nombor akaun anda untuk membuat pembayaran tanpa ingin memeriksa keaslian syiling yang anda ingin jual.

6. Mahu Segerakan Transaksi



Kredit foto: Carian Google





Satu lagi tanda mudah dikenali adalah mereka akan membuat transaksi pembayaran secepat mungkin. Beberapa minit selepas anda memberi nombor akaun , mereka akan hantar bukti kononnya telah membuat pembayaran kepada anda. Malangnya, wang itu tidak wujud!

7. Konon Wang Ditahan atau Ada Wang Proses Tambahan


Kredit Foto: Carian Google




Kemudian, di sinilah, mereka akan memasang jerat, kononnya duit yang mereka hantar telah ditahan oleh imigresen / bank / pihak berkuasa dan anda perlu bayar yuran tambahan . Mereka mendakwa wang yuran itu akan dikembalikan semula kepada anda setelah selesai`. Kini, giliran mereka pula yang memberi nombor akaun untuk anda bayar yuran tambahan atau wang proses itu, dengan harapan anda terpancing umpan palsu ini.




8. Guna Akaun Bank Tempatan


Kredit Foto: Carian Google



Bila anda meminta akaun mereka untuk membayar yuran tambahan tersebut, mereka akan berikan akaun tempatan yang berpangkalan di Malaysia. Milik rakyat Malaysia. Menurut polis, kemungkinan scammer ini bersubahat dengan warga tempatan, atau telah menipu warga tempatan dengan menyewa akaun bank mereka untuk kerja haram ini.

9. Mengugut Jika Anda Batalkan Urusniaga


Kredit Foto: Carian Google



Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan cuba mengugut kononnya anda telah melanggar undang-undang.




Jadi kenali scammer sebelum anda menjadi mangsa! Kongsikan artikel ini dan tag saudara-mara anda supaya mereka juga tidak terjebak dengan tawaran yang tidak masuk akal. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 06:18 PM | Show all posts
Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan terus report ke FBI.. tanpa menunggu lama tiba tiba FBI terjongol di whatsapp anda dengan profile logo FBI.  hello..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 07:12 PM | Show all posts
dubuk replied at 18-12-2018 06:18 PM
Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan terus report ke FBI.. tanpa menunggu lama tiba tiba FBI te ...

Kan? Serta merta FBI tercegat depan pintu lah kononnya?

macamlah FBI banyak masa nak datang rumah lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 menipu skg
Iols suka dengar yg orang rakam kt youtube tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bodoh tu yg tertipu.  Begini punya obvious masih lg ada yg tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I sell tahi hidung for living {:laugh Jenuh ko mining pepagi dekkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 08:02 AM | Show all posts
akaun atas nama kenching kuat ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 08:30 AM | Show all posts
x kuasa nk layan scammer bangang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 08:48 AM | Show all posts
haha..bersepah scammer ni kat ig..ntah gambar org putih mana dy rembat ntah..xleh blah hr tu nampak pakai gambar gordon ramsey..ingat org bangang mcm dy agak eh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:52 PM | Show all posts
yg terbaru scammer kat FB marketplace guna signage tulisan ereb
igt aku boleh termakan ke dgn skill penipuan yg lapok tu
bila aku ugut nak report polis terus de-active wassap/fb
kelakar gak bila layan depa nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgelak meols bc conv tu tahik idung segala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070069 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list