CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Zahid serah tugas Presiden Umno pada Tok Mat, UPDATED : Petanda UMNO bakal berku

  [Copy link]
Post time 19-12-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-12-2018 10:43 PM
Pastu Tok Mat jual ameno kat atok ker?

Tanya jer.

Adoii.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:44 PM | Show all posts
sayang betul
tak ada langsung semangat juang
time berkuasa dulu...julang keris setinggi awan ...harkk puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga UMNO terus kukuh menjadi pembangkang yg berjaya.... Aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam budak2 siap left group bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita left group pun dia membawang kat wartawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2018 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjuanglah Abis abisan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 19-12-2018 07:55 PM
bila tiba waktunya, i akan buat tajuk tered ini mcm bang totok habaq tu

Hahahaa.. Bagus.. Bagus syd... Kabarkan kat situ... Sesiapa nak belajar dan masuk politik, jangan jadi macam umno... Tunjuk sejarah dia...kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 20-12-2018 12:01 PM
Hahahaa.. Bagus.. Bagus syd... Kabarkan kat situ... Sesiapa nak belajar dan masuk politik, jangan  ...

Ya bang totok.

Nanti saya buat tered kat bod history jugek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuburkan pengkhianat dan pengadai Tanah Rizab Melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:54 PM | Show all posts
ingat mampu hidup seribu tahun lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:01 PM | Show all posts
umngok bungkus pun... ada umngok version 2.0 tengah muncul cuma bertukaq logo ...

Baru tahu level IQ macai2 ni.. seronok kununnn umngok nak berkubur laa jadi sejarah laa... kalo berkubur 100% takpa... ini tukaq kulit isi tetap sama... level budak2 sekolah pun boleh pikiaq... dah besaq panjang pun bengap memanjang ..  

Alang2 nk sembang pasal perubahan, kubur kan sekali umngok version 2.0 yang berselindung di celah2 kuntuman bunga sebagai lambang baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 01:22 PM | Show all posts
Bekas ADUN Ayer Hangat keluar UMNO

Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman
cnews@nstp.com.my


ALOR SETAR: Bekas EXCO Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid mengumumkan keluar UMNO bersama tujuh ketua cawangan di sini, hari ini.

Mohd Rawi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat selama dua penggal, manakala satu penggal bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian sebelum ditewaskan Datuk Nawawi Ahmad bagi jawatan ketua bahagian pada pemilihan lalu.

Dalam sidang media hari ini, Mohd Rawi ditemani Naib Ketua Puteri Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan; Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lalang, Abdul Razak Mohd Rafie; Ketua Cawangan Kampung Teluk, Mohd Saiful Mustafa.

Mohd Rawi berkata, beliau sudah memikir secara mendalam demi kepentingan Melayu dan Islam kerana keputusan terbabit sukar dibuat selepas berjuang dengan UMNO sejak 1990.

Beliau berkata, pihaknya mahu menjadi kumpulan pertama yang mengumumkan keluar UMNO Langkawi bagi memastikan ia menjadi pencetus keberanian kepada ahli yang lain.

“Saya tahu ramai yang akan sokong begitu juga yang akan marah tetapi perjuangan Melayu dan Islam perlu diteruskan dan jika penggerak perjuangan lemah maka sudah tiba masanya, kita berpindah.

“Ia umpama saya yang diamanahkan menjaga bungkusan yang menumpang sebuah kapal berusia 60 tahun di mana dalam kapal terbabit terlalu banyak perkara yang menyukarkan perjalanan kapal yang turut usang kerana sudah reput. Di sini, saya perlu memikirkan keutamaan bungkusan itu.

“Apabila sebuah kapal baharu menawarkan ruang kosong untuk saya... saya perlu membuat pilihan yang bijak demi amanah yang diberikan.. itulah sebab kenapa saya keluar UMNO hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Rawi berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan kerana mahu memikirkan parti mana dalam Pakatan Harapan yang selari dengan perjuangan Melayu dan Islam.

“Parti yang akan saya pilih adalah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas bahawa UMNO Langkawi mempunyai 17,000 ahli, Mohd Rawi berkata, ia hanya nombor bukannya realiti dalam bentuk ahli kerana selama ini, belum pernah ada pemutihan dibuat ke atas ahli.

“Biarpun pimpinan UMNO Kedah kata apa yang berlaku (lompat parti) adalah proses pemutihan... adakah ia benar-benar sebegitu... jika benar UMNO Langkawi masih kekal ahli seramai itu, ke mana perginya mereka ini pada Pilihan Raya Umum lalu yang jelas menunjukkan UMNO hilang lebih 50 peratus undi ahli di Langkawi hingga tewas semua kerusi,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 05:51 PM | Show all posts
Ismail Sabri pangku tugas Timbalan Presiden UMNO
By Bernama -  20 Disember 2018 13




KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan akan memangku jawatan Presiden UMNO selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas kepada timbalannya itu Selasa lepas.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan UMNO hari ini.

“Bagi memastikan kelancaran gerak kerja, parti bersetuju untuk Mohamad memangku jawatan Presiden sepanjang Ahmad Zahid bercuti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tugas timbalan presiden akan digalas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku naib presiden paling kanan.

Menurutnya, UMNO kini memberi keutamaan kepada mengukuhkan kepimpinan dan fokus dengan agenda parti.

Ahmad Zahid mengumumkan Mohamad akan menjalankan tugas presiden susulan kemelut yang melanda parti itu. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2018 06:39 PM | Show all posts
BERITA&#187olitik
Jumaat, 21 Disember 2018 | 2:56pm




Keluar UMNO, berita main-main - Ali Rustam

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@nstp.com.my



MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam menafikan desas-desus laporan mendakwa beliau akan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Bekas Naib Presiden UMNO itu turut menyanggah laporan berita terbabit yang disifatkan sebagai ‘berita main-main’ kerana sehingga saat ini perjuangannya masih lagi bersama UMNO.

“Itu berita main-main. Mana ada saya mahu meninggalkan UMNO. Sehingga saat ini, saya masih lagi ahli UMNO.

“Perjuangan saya terus bersama parti ini, tidak timbul saya hendak meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Laporan sebuah portal berita yang memetik sumber, mengaitkan Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka kesembilan dikatakan akan menyertai BERSATU petang ini.

Sumber laporan itu turut menyebut penyertaan Mohd Ali menambahkan bilangan bekas Ketua Menteri Melaka yang keluar UMNO selepas Datuk Seri Adib Adam dan terbaharu, Tan Sri Rahim Tamby Chik, baru-baru ini.

Ahad lalu, Rahim mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan keluar UMNO dan menyerahkan borang keahlian bersama dengan 100 borang keahlian BERSATU kepada Ketua Pimpinan Negeri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di Ayer Keroh D’ Village, di sini.

Malah, Rahim turut mengumumkan gerakan ‘Hijrah Politik’ bertujuan untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Beliau turut berhasrat untuk bertemu dengan Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron bagi memberi penjelasan mengenai hala tuju BERSATU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.484630 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list