CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1021|Reply: 4

Ibu Singa

[Copy link]
Post time 19-12-2018 09:04 AM | Show all posts |Read mode



CAPE TOWN: Seorang wanita mendapat gelaran ‘Ibu Singa’ apabila dia menikam seorang lelaki hingga mati dan mencederakan dua yang lain dalam usaha untuk menyelamatkan anaknya yang dirogol tiga lelaki berkenaan.
Kejadian itu yang menggemparkan Afrika Selatan berlaku pada September tahun lalu dan ibu berusia 57 tahun juga gembira dua lelaki yang terselamat itu dihukum penjara 30 tahun kerana merogol baru-baru ini.
Mail Online melaporkan, ketika kejadian, wanita itu sedang memotong sayur di rumahnya di sebuah kampung berhampiran Zwartwater sebelum seorang penduduk memberitahu anak perempuannya yang berusia 27 tahun ditarik tiga lelaki ke dalam sebuah rumah.
Selepas gagal menghubungi balai polis berhampiran, wanita itu yang memegang pisau berlari sejauh hampir tiga kilometer ke rumah berkenaan dan terdengar suara anaknya meminta tolong.
Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya segera menyerbu ke dalam rumah dan terkejut melihat tiga lelaki yang dalam keadaan bogel sedang bergilir-gilir merogol anaknya.
Kerana berang wanita itu bertindak menyerang lelaki berkenaan menyebabkan seorang daripada mereka mati dan dua lagi cedera parah dan terbaring berlumuran darah di lantai.
Keberanian wanita itu menyebabkan dia digelar ‘Ibu Singa’ tetapi dia turut didakwa atas tuduhan membunuh sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Satu dana bagi membantu wanita itu berjaya mengumpul wang hampir £10,000 (RM52,800) dan seorang peguam menawarkan perkhidmatannya secara percuma.
Bagaimanapun, tiga minggu kemudian, Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan menggugurkan tuduhan berkenaan.
Dua perogol yang terselamat terlepas hukuman penjara seumur hidup kerana hakim berpendapat kecederaan parah yang mereka alami dalam serangan berkenaan sudah cukup untuk menginsafkan mereka.
Wanita itu berkata, seseorang ibu sanggup mengorbankan nyawa demi anak dan dia berharap kejadian itu memberi pengajaran kepada orang ramai.
Secara keseluruhan, 110 kes rogol dilaporkan setiap hari di Afrika Selatan tetapi pakar percaya jumlah sebenar mungkin empat kali ganda kerana kebanyakan mangsa takut atau malu untuk membuat laporan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas auntie rasa bangga & terharu bila baca..seorang mak memang akan buat apa saja utk keselamatan anak2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:03 AM | Show all posts
seorang ibu sanggup berkorban nyawa utk anak2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:04 AM | Show all posts
Sebak i baca
Begitu besar pengorbanan seorang ibu demi anak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:10 AM | Show all posts
Ibu yang benar2 jadi hero untuk anaknya syabas buat beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052633 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list