CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3374|Reply: 43

[Tempatan] Menjadi atau Lebur juga ? : Eksklusif: Khairy, Nurul Izzah, Rafizi bentuk parti

[Copy link]
Post time 19-12-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Zainudin Isa dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bh.com.my
Share

Tweet

Share
Kuala Lumpur: Gandingan tiga pemimpin muda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli, dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Ia selepas tiga ikon orang muda ini dilihat semakin akrab berkongsi pandangan menerusi pertemuan, serta komen balas sesama mereka di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Spekulasi lebih kuat apabila Nurul Izzah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan Naib Presiden PKR kelmari manakala Khairy Jamaluddin semakin terbuka mengkritik kepemimpinan tertinggi UMNO.


Rafizi yang tewas dalam perebutan Timbalan Presiden PKR, baru-baru ini semakin mendekati pengundi muda, khususnya menerusi platform INVOKE yang diterajuinya.

Bekas Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor, Jaafar Samsuddin, tidak menolak kemungkinan itu berkata, kerjasama mereka boleh jadi hanya satu gerakan atau bernaung di bawah sebuah parti politik baharu, berteras pengundi dan sokongan orang muda.

Gabungan tiga pemimpin

Beliau berkata, desas-desus kemungkinan gabungan tiga pemimpin itu pernah didengarnya kebelakangan ini dari kalangan orang politik, namun sama ada ia menjadi realiti atau tidak, hanya mereka sahaja yang tahu.

“Sejujurnya, saya menyokong jika tiga pemimpin muda ini menggerakkan satu wadah politik baharu. Mungkin fokusnya hanya untuk orang muda.

“Ketiga-tiga mereka memiliki pengaruh serta pengikutnya sendiri di media sosial, terutama dari kalangan anak muda. Sudah pasti kerjasama di antara mereka boleh mendatangkan hasil (dapat sokongan) dari orang muda,” katanya.

Beliau berkata, biarpun berlainan parti, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan pernah menganggotai Kabinet semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Rafizi bekas Ahli Parlimen Pandan, mempunyai keupayaan untuk bekerjasama dalam satu pasukan bagi membawa mesej Malaysia baharu.

“Saya tidak nampak mereka ada masalah besar membawa mesej politik masa depan. Perbezaan politik bukan halangannya, kerana dalam politik hari ini pemikiran masyarakat sudah berubah.

“Rakyat hari ini mahu masalah mereka diberi perhatian. Bukan kemelut keluar masuk parti, janji manifesto tidak dipatuhi serta isu pendakwaan pemimpin semata-mata.

“Ini mungkin perkara yang diambil perhatian tiga pemimpin muda ini,” katanya.

Jaafar yang sebelum ini berjuang atas parti UMNO dan Semangat 46 serta menyertai PAS, sebelum akhirnya menyokong AMANAH berkata, mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, ketiga-tiga mereka memang mempunyai tempat untuk melebarkan pengaruhnya.

“Pengundi muda semakin ramai. Sudah pasti ini kelebihan buat Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah dan Rafizi untuk mendapatkan sokongan,” katanya.

Pengundi muda 7.09 juta

Berdasarkan rekod pecahan pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU-14 lalu, golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 39 tahun merekodkan bilangan paling ramai, iaitu 7.09 juta daripada keseluruhan 14.9 juta pengundi.

Ramai penganalisis politik menjangkakan peratusan pengundi muda dalam lingkungan usia itu akan terus bertambah menjelang PRU-15, sekali gus menjadi penentu kepada politik negara pada masa depan.

Pertambahan mendadak pengundi muda pasti akan berlaku, selepas Kabinet pada September lalu bersetuju untuk menurunkan had umur layak mengundi di negara ini, kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini berkata Peguam Negara, Tommy Thomas serta SPR menyatakan persetujuan dalam pindaan had umur itu, yang kini usulnya akan dibentang dalam Dewan Rakyat, bagi membolehkan klausa pindaannya dibahas, sebelum dipersetujui Ahli Parlimen.

Sementara itu, kenalan rapat kepada salah seorang pemimpin muda itu ketika ditanya mengenainya, tidak mengetahui kemungkinan sebuah parti khusus untuk orang muda ditubuhkan.

“Saya tidak pasti. Tidak pernah dibangkitkan (dia). Mungkin hanya spekulasi orang sahaja. Setakat ini, dia kekal dengan partinya,” katanya ketika ditanya sama ada pemimpin itu sedang menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu berteraskan orang muda.

Beliau bagaimanapun berkata, rakannya itu kini memang mempunyai cara dan idealisme politik yang sedikit berbeza dengan pemimpin dalam partinya sendiri.

“Jiwa mudanya lebih tebal,” katanya sambil menegaskan pemimpin itu mahu landskap politik negara diubah dan tidak berteraskan sentimen kaum semata-mata.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 10:17 AM | Show all posts
terpaksa aku kasi hidup umno sendirian...KJ bagus lompat lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:21 AM | Show all posts
alah nak tarik orang muda Melayu yang semakin menjauhi PH...lah tu....yg tolak PKR dan bersatu
lepas tu jadi ahli PH...
akal abg non mudah dibaca....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:23 AM | Show all posts
Boleh ke 3 stooges ni duduk dlm satu parti?

Nanti tak habis habis cerita orang itu cucuk orang ini .. orang ini cucuk orang itu .. orang itu nak boikot orang ini blah blah blah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib orang Melayu

Jika benar bagai di kata, semakin berpecah belah wahai anak - anak Melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 10:48 AM | Show all posts
ok, tapi janji jangan ambil kak long jadi ahli eh...kompang lebih tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tubuhkan parti baru.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Parti baby nak lawan parti atok ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 11:22 AM | Show all posts
lampor replied at 19-12-2018 11:18 AM
Parti baby nak lawan parti atok ke

atok 93 aman aman je tengok drama  sambil makan garret popcorn caramel
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:12 PM | Show all posts
Ko  nak bentuk ape pun bentuk la

tp harga brg masih naik, petrol tak turun2, ptptpu masih kena bayaw

bla bla bla ni ape citer kimakkkk

mane pergi perubahan nye utk rakyat  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni perebutan kuasa orang - orang besar sahaja


Rakyat awam sila nganga mulut
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah freshhhhhh , another movement since UMNO jatuh selepas berkuasa berpuluh2 tahun, im all for changes
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:31 PM | Show all posts
mampukah kalau setakat pemimpin2 dan pengundi muda sahaja mahu menerajui negara...Menjadi pemimpin bkn stkt berkisar tentang pendidikan dan pengetahuan, maka pengalaman luas jg amat penting...ko ingat boleh nak lawan Dap yg ada otai Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dll pemimin Dap yg sangat licik..setakat ini hanya atok shj yg mampu menanganinya..
rapiji tu apa pengalaman yg dia ada...setakat ceramah berdegar-degar bolehlah.
Orang muda ni lagi kuat nak berbalah...mula2 memanglah nmpk cantik< mcm org baru kahwin< lps tu mulalah nk bertelagah..kalau teda org lama, siapa yg nk mendamaikannya...
last-last parti pun berkubur
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:53 PM | Show all posts
ade lagi ke yang nak caya kat fizi sotong gemuk.

bukan main pandai kira2 rege minyak, sekali dah dpt putrajaya, terus diam.

sebelum ni sembang even dia dlm gov pun , dia akan hentam gov tapi nan hadoo.

ptptn jgn cakaplh, belajaq freelh konon...

hang 3 ekoq mmg dh dikenali lapaq jawatan , nk melingkup ke hape..lantak..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:04 PM | Show all posts
PAM? ......
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:07 PM | Show all posts
hmm tadi piji baru tweet time lunch tu diorang tak bincang politik pon. tapi taktau la propah ke idok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 01:07 PM | Show all posts
lampor replied at 19-12-2018 11:18 AM
Parti baby nak lawan parti atok ke

parti atok pun baby juga
kira ko budak darjah 4 hormat skit org darjah 5


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pung pang pung pang tapi kerja satu pun tak jalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah jgk dgn pemimpin2 muda ni. Tgk sadiq n mb slangor tu dh la. Sorg mcm nk glemer, sorg lg kena kepit telor dgn exco belit2. Umur bkn takat number je....asam garam hidup tu yg pentng
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompang pompang pompang je lebih....hujung2 lingkup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.082861 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list