CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 10

Rambut Palsu Ada Kutu, Peluh Dan Darah. Tak Geli Ke Pakai?

[Copy link]
Post time 19-12-2018 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Dengan teknologi yang semakin canggih, kadang-kala agak sukar mengenal pasti rambut tulen dan rambut palsu. Kalau sekali pandang, kita sangkakan memang rambut asli tapi rupa-rupanya si polan mengenakan rambut palsu.


Sumber foto: Google


Ramai selebriti yang memilih untuk menggayakan rambut palsu kerana ia lebih mudah dan cepat.


Tahukah anda terdapat dua jenis rambut palsu yang ada di pasaran? Jenis yang pertama ialah rambut manusia asli, manakala yang kedua ialah rambut sintentik.


Rambut palsu yang diperbuat daripada rambut manusia asli kelihatan lebih semulajadi, bercahaya, lembut dan beralun. Ia boleh dipotong mengikut citarasa pemakai serta tahan lebih lama sehingga setahun!


Ada 4 jenis rambut asli yang digunakan iaitu rambut dari bangsa Cina, India, Indonesia dan Eropah/Kaukasian. Majoriti rambut palsu diperbuat daripada rambut Asia. Dua negara yang menjadi sumber utama pembuatan rambut palsu ialah China dan India.


Rambut palsu Cina lebih lurus dan tidak mudah dikerintingkan, oleh itu agak susah untuk menggayakan rambut Cina. Setiap helai rambut orang Cina lebih tebal dan lurus, berbanding rambut orang India yang halus tetapi lebat.


Rambut Indonesia pula mudah didapati dan banyak sumbernya, maka ia lebih murah. Rambut Eropah paling mahal kerana sumbernya sangat terhad di pasaran.




Sumber foto: Google



Di India misalnya, orang awam  mencukur rambut mereka sehingga botak dalam proses penyucian ritual keagamaan. Helaian rambut itu kemudiannya dikutip oleh pihak kuil dan dijual semula secara lelongan. Namun begitu, helaian rambut yang dijual secara murah ini biasanya terdapat darah, peluh dan kutu yang melekat pada rambut asal pemilik. Kalau difikirkan semula, memang menggelikan!


Proses pembuatan rambut palsu menggunakan rambut manusia asli bermula dengan pengasingan helaian rambut satu demi satu. Kemudian, sekiranya ada kutu, kutu akan dicabut satu persatu. Seterusnya barulah proses membasuh, mengeringkan dan mewarnakan rambut tersebut. Disebabkan prosesnya yang rumit, harga rambut manusia asli tentunya lebih mahal di pasaran.


Berbeza dengan rambut palsu asli, rambut palsu sintetik diperbuat daripada fiber. Rambut sintetik boleh terus dipakai tanpa perlu penggayaan terlebih dahulu. Fesyen rambutnya tidak mudah terjejas atau rosak, justeru ia lebih sesuai dipakai apabila cuaca berangin.


Namun begitu,  fesyen rambut sintetik terhad kepada yang sedia ada. Susah untuk mengubah fesyen rambut sintetik yang telah siap dibentuk kerana sifat asal fiber yang tidak mudah berubah bentuk. Rambut sintentik ini biasanya tahan selama 4-6 bulan sahaja.


Sumber foto: Google




Biasanya, pemakai akan mempertimbangkan harga, masa dan keperluan sebelum memilih jenis rambut palsu yang dikehendaki.


Bagaimana kalau anda harus memilih rambut palsu, yang mana satu yang anda akan pilih?  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 11:58 AM | Show all posts
kan ada sebut dalam artikel yang mereka buang kutu dan cuci rambut tu sebelum dibentuk jadi rambut palsu..
so dah jadi rambut ia bersih la dari sebarang kutu etc..
jadi gunakan la tanpa was was
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:01 PM | Show all posts
eiii geli kutu……..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat ibu yang pakaikan babynya rambut palesu ittew
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringt kt bod mps sane psl rambut plesu nti org yg beli tu memalam asik kne ganggu sbb tuan punye rambut dtg kacau suh pulangkn.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:09 PM | Show all posts
Tak minat guna yang palsu sebab yang semulajadi dah ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 04:13 PM | Show all posts
dh bersih boleh la pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:33 PM | Show all posts
geliiiii..
xpnh try...
xde sbb nk pakai pun yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg baru je beli wig tp sintetik punya. Gelinya bila imagine entah rambut siapa2. Baru nk buat collection wig byk2 sbb tak nak rosakkan rambut color and style kn mcm2 gaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:57 AM | Show all posts
kat mesia penah ada bekas ratu pengumpul rambut pelesu.
alhamdulillah sekarang dh berhijob, apa la agaknya nasib rerambut pelesu sheols tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
{:laugh kutj mati hidup semula ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077971 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list