CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 4

[Tempatan] Cikki gundu dihukum denda RM4,111,992.95

  [Copy link]
Post time 19-12-2018 11:56 AM | Show all posts |Read mode



Shah Alam: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihukum penjara serta didenda RM4,111,992.95 selepas didapati bersalah dengan 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM1 juta, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh mengarahkan Noorazlina Shamsudin, 44, dipenjara setahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya namun mengarahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Beliau juga mengarahkan Norazlina dihukum penjara selama 35 bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Noorazlina pada 12 November 2014 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.59 melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor Core Entity Sdn Bhd serta Excellent Spring Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai bayaran bagi kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Pejabat TM MSC Cyberjaya Complex, Cyberjaya antara 17 April 2012 hingga 3 Januari 2013.

Terdahulu, Rozilah berkata, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika membacakan penghakiman dan hukuman, Rozilah berkata, hukuman di dunia bersifat sementara namun hukuman di akhirat kelak lebih teliti dan kekal.

Beliau berharap Noorazlina dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Dalam tempoh setahun antara 2012 hingga Januari 2013, dalam masa itu tak tahu apa yang Norazlina fikirkan. Rasuah ini penyakit akhir zaman,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili dua peguam, Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar.

Arik Zakri ketika memohon hukuman dikurangkan berkata, Norazlina mula berkhidmat di TM sejak 1995 di Johor Bahru sebagai pembantu jualan selain pernah mendapat anugerah Pengurus Jualan Terbaik TM SME pada 2013.

Katanya, tertuduh kini menanggung suaminya yang mempunyai pelbagai penyakit selain hilang pekerjaan dan rakan sejak kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 10:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 12:23 PM | Show all posts

macamana kejadian itu hanya tempoh setahun antara 2012 hingga Jan 2013 ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:31 PM | Show all posts
rasanya kt malaysia ni double standard kalau kes rasuah politician kejap je keluar denda pun murah2 .. moga undang2 digubal tanpa bezakan kasta politik dan tahap kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:45 PM | Show all posts
rasa sektor awam ada je yg buat cmni

dh terbiasa buat, lama2 jadi tamak

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:54 PM | Show all posts
mati-mati i ingat gundu yang itew @friedfishsoup

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.060471 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list