CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6002|Reply: 0

[Edisi Math] Cikgu cipta 'Azimat Matematik'

[Copy link]
Post time 19-12-2018 02:58 PM | Show all posts |Read mode

AZIZ Mamat menunjuk ajar pelajarnya bagi menguasai mata pelajaran Matematik menerusi sistem Azimat Matematik

KOTA BHARU: Seorang guru mencipta sistem perisian memudahcara sukatan pelajaran matematik bagi pra sekolah dan sekolah rendah yang diguna pakai di empat negara.
Modul ciptaan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Aziz Mamat, 54, digunakan di India, Korea, Amerika Syarikat serta Malaysia itu turut diiktiraf Pendidik Inovatif Microsoft (MIE) oleh Microsoft Antarabangsa pada tahun 2014.
Aziz berkata, idea mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (PDP) matematik dalam bentuk digital direka pada tahun 2003 hasil pengalaman menjadi guru matematik selama 30 tahun.
Katanya, melalui modul yang dikenali sebagai Azimat Matematik, beliau memudahcara sukatan pelajaran matematik bagi pra sekolah usia antara 4 hingga 6 tahun dan mata pelajaran matematik bagi peringkat sekolah rendah iaitu darjah satu hingga enam.
“Sistem ini diperbuat daripada Microsoft Multimedia dan diadaptasi dengan perisian mengikut sukatan mata pelajaran terkini Kementerian Pendidikan dengan cara lebih seronok dan interaktif,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

MODUL interaktif Azimat Matematik boleh dipelajari menggunakan papan putih bagi pembelajaran dan pengajaran (PDN) di sekolah-sekolah


Katanya, modul itu boleh dimuat turun dalam video, portal, pemacu pena (pendrive), cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD), diajar secara atas dan luar talian, kelas digital selain boleh dimuat di dalam android bagi menggunakannya melalui telefon pintar.
Beliau berkata, modul dalam bentuk interaktif dan multimedia itu merangkumi 6,000 aktiviti PDP matematik bagi setiap darjah pelajaran.
“Modul ini bukan saja dapat menukar pembelajaran matematik daripada membosan kepada menyeronokkan malah memudahkan guru dan murid mahir menguasai teknik pengiraan, menyelesai masalah selain menjimatkan penggunaan kertas kerana guru dan murid hanya perlu tekan pada tetikus saja untuk belajar Matematik,” katanya.
Bagi pencapaian itu, Aziz turut mendapat pengiktirafan ‘Certificate of Achievement in Microsoft Digital Literacy oleh Microsoft Malaysia pada tahun 2014; Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan pada 2015 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Johan Pertandingan Jejak 1001 Inovasi 2013.

Aziz juga memuatnaik modul Azimat Matematik di Youtube dan azimate.blogspot.com yang boleh dilayari secara percuma.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.401900 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list