CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3006|Reply: 6

Awas Perokok Tegar! Larangan Merokok Di 10 Tempat Ini Mulai Januari 2019

[Copy link]
Post time 20-12-2018 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Ramai warga Malaysia sudah mendengar mengenai penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2018 di mana kerajaan telah mengisytiharkan beberapa tempat sebagai kawasan larangan merokok. Tapi sejauh mana anda mengetahui tempat-tempat larangan tersebut?





Kredit foto: Carian Google




Sebelum ini umum sudah sedar mengenai larangan merokok di premis-premis seperti hospital, sekolah dan kenderaan awam. Tetapi pengetahuan orang awam mengenai larangan merokok di beberapa tempat termasuk yang baru disenaraikan mungkin masih kurang.



Kredit foto: Carian Google




Berikut disenaraikan tempat-tempat larangan merokok mulai Januari 2019;



1. Kompleks Membeli Belah: Larangan termasuk semua jenis kompleks membeli-belah yang dikunjungi orang awam, sama ada mempunyai penghawa dingin atau tidak.

2. Kedai Makan: Larangan berkuatkuasa untuk kedai makan yang mempunyai penghawa dingin.
  


Kredit foto: The Star





3. Tempat Kerja: Larangan berkuatkuasa di semua ruangan tempat kerja (termasuk syarikat swasta) yang mempunyai penghawa dingin dengan system berpusat.

4. Kaunter Perkhidmatan Bank, Telekom, Tenaga atau Pos: Larangan berkuatkuasa hanya untuk tingkat bangunan di mana terdapatnya kaunter perkhidmatan bank, Pos, Tenaga atau Telekom.

5. Kawasan Bersukan Awam : Larangan meliputi stadium, gimnasium, pusat sukan atau trek larian di taman awam.
  


Kredit foto: Carian Google





6. Bangunan Keagamaan: Termasuk di perimeter bangunan dan kawasan berpagar.

7. Lapangan Terbang:Sudah dikuatkuasakan sebelum ini tetapi masih ada ruang kawasan merokok. Mungkin akan diharamkan sepenuhnya.

8. Premis Kerajaan: Larangan sebelum ini termasuk Hospital, IPTA dan Sekolah, kini meliputi semua bangunan dan pejabat kerajaan persekutuan.



Kredit foto: Carian Google




9. Dewan Awam: Semua tempat di mana perjumpaan atau perhimpunan diadakan.


10. Taman Asuhan Kanak Kanak-Kanak: Peringatan untukbapa-bapa yang menghantar anak ke taman asuhan




Mereka yang didapati melanggar larangan ini akan didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324) yang boleh mengenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun. Bagi larangan merokok di restoran, tindakan juga akan dikenakan terhadap pemilik premis tersebut. Walaupun begitu, tidak jelas bagaimanakah penguatkuasaan akan dilakukan kerana selama ini hanya pegawai Jabatan Kesihatan yanga da kuasa mengenakan tindakan.

Nampaknya ruang dan kawasan untuk perokok semakin mengecil. Apa kata perokok tegar cuba menghentikan tabiat ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 12:51 PM | Show all posts
kat airport memang kawasan larangan merokok da lama da..

adik meollss penah kne saman sebab smoking kat luar airport kuching sana..tu la degil lagi da ckap nak smoke tggu sampai homestay xpsal2 kne saman..thun 2015..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 01:52 PM | Show all posts
IPTA pun dah lama diharamkan tapi masih ada staff yg merokok
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 02:16 PM | Show all posts
ini diskriminasi, geng2 LBGT pun buleh buat mcm2. Buat parti, masuk TV, pakai baju kecik. Org yg merokok pulak yg jadi buruan.
Tak adil, tak adil. Nak bagi tempat khas pun tak buleh. Bukan nak hisap rokok depan muka kau,
Siuttt... betul, Perokok bukan bodo, yg bodo yg buat peraturan berat sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh merokok kat kedai mkn tg xde aircond???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 05:25 PM | Show all posts
alhamdulillah semoga perokok belajar utk jadi seorang yg tak pentingkan diri sendiri sajork yach.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2018 11:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.095076 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list