CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2438|Reply: 6

Pakar Perubatan UKM pelopori rawatan arthritis lutut guna sel stem mesenkima dar

  [Copy link]
Post time 21-12-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CHERAS – Pasukan pakar bedah ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Pensyarah Kanan dan Pakar Ortopedik & Arthroskopi, Datuk Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff telah berjaya mempelopori rawatan arthritis lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat.

Kajian sejak tahun 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaannya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan.

Datuk Dr Badrul Akmal Hisham berkata, tali pusat yang digunakan untuk rawatan tersebut adalah tali pusat yang didermakan oleh pesakit yang telah melalui saringan dan ujian darah yang tertentu bagi memastikan tisu yang diperoleh mengikut piawaian yang ditetapkan dan disahkan selamat.

“Sel stem itu akan dikulturkan dan dibiakkan di dalam makmal yang disertifikasi oleh Agensi Pengawalan Famaseutikal Kebangsaan. Sel-sel tersebut kemudiannya dibawa ke HCTM untuk di masukkan ke dalam sendi lutut pesakit menggunakan kaedah intra-articular injection,” katanya.

Beliau berkata, semua pesakit dalam kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ketiga dan tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan atau permasalahan sepanjang tempoh kajian dilakukan.


“Pasukan kami bersama sebuah syarikat swasta iaitu Cytopeutics Sdn Bhd telah menyaring pesakit terlebih dahulu dan menjalankan pemeriksaan dan uji kaji makmal serta pengimejan sebelum pembedahan artoskopi lutut dilakukan.

“Sel stem akan dimasukkan ke dalam sendi lutut dan pesakit dikehendaki menjalani rawatan susulan selama 12 bulan.“Keseluruhan proses ini disahkan sebagai patuh syariah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,” jelasnya.

Ujar Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, sebagai penyelidikan translasi klinikal yang pertama yang menggunakan sel stem alogenik ke atas pesakit dalam bidang Ortopedik di HCTM, ia telah mengorak langkah untuk lebih banyak lagi kajian klinikal seumpamanya dijalankan memandangkan aspek kesesuaian, keselamatan serta tanpa kesan mudarat telah dikenal pasti daripada hasil pemerhatian.

“Kita telah membentangkan hasil kajian ini di persidangan antarabangsa International Cartilage Repair and Regeneration Society (ICRS) Focus Meeting di Milan, Itali pada 13 dan 14 Disember tahun lalu bertemakan “I am not ready for metal“. Lebih 400 peserta dari 46 negara telah menghadiri persidangan ini.

“Kejayaan UKM membentangkan satu-satunya penyelidikan klinikal dari Malaysia amat menggembirakan pihak ICRS. Mereka meneliti perkembangan dan perkongsian hasil kajian terkini di Malaysia dan seterusnya menjemput UKM bagi menyertai rangkaian antarabangsa kumpulan penyelidik rawan artikular dan sel stem,” ujar beliau.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna injection maknanya surgical free lah kan? Iols sanggup jadi bahan uji kaji. Boleh mohon tak?
Doc @ipes2 minat ortopaedik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp artikel tu tulis ade pembedahan artoskopi lutut dijalankan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 08:14 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 22-12-2018 11:05 AM
sharlenetexas replied at 21-12-2018 08:45 PM
Guna injection maknanya surgical free lah kan? Iols sanggup jadi bahan uji kaji. Boleh mohon tak?
D ...

mekasih for the tag sharlene

article tu ada mentioned ''intra-articular injection''
having said that it also kata that ''sebelum pembedahan dilakukan''
i take it that ''pembedahan'' tu arthroscopy lah
jika ya, maka ianya bukanlah non-surgical

ye ke nak jadi bahan uji kaji
cord blood mesenchymal stem cell (ini lah yg bahasa melayu kat atas itu maksud kan) ini amat new

sy pernah lah buat orthopaedics, pernah lah buat arthroscopy dan hip replacement dgn boss tgk tgk over my shoulder etc dan dapatlah MRCS dan AFRCS, tetapi ianya bukanlah area yg sy specialized in; now sy physician dan guna MRCP



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 08:15 AM | Show all posts
mr_cool5885 replied at 21-12-2018 11:01 PM
Tp artikel tu tulis ade pembedahan artoskopi lutut dijalankan.

i saw that too
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-12-2018 08:14 AM
mekasih for the tag sharlene

article tu ada mentioned ''intra-articular injection''

Ala...ada surgery juga ke?
Dedulu ada tercedera pas tu buat acl repair. Consultant kata kat sendi lutut tu mmg rasa ketat skit asyik nak bergeser. Iols nak lambatkan kehausan tulang rawan jadi rasa berminat dengan rawatan di atas.
Dalam ramai2 doktor ortopaedik iols suka sorang lady doctor. Suka dengan cara dia investigate dan bagi tips jaga lutut. Exercise apa yg boleh dibuat. Do's and don'ts.
Ada sekali tu appointment, rasanya dia md aje kot cuma attach dengan orthopaedic department. Dia mcm pandang lekeh kt iols. Iols cakap tak kerja at this moment. Malas nk cakap what I'm doing now buat online selling. Pastu dia tanya dulu kerja apa. Terus berubah nada percakapan dia. Manusia pandang status, nk wat macamana kan
Iols pergi dua hospital dan dapat dua jawapan berlainan. Iols lagi trust that lady doctor.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2018 03:46 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-12-2018 12:31 AM
Ala...ada surgery juga ke?
Dedulu ada tercedera pas tu buat acl repair. Consultant kata kat send ...

sy rasa, rawan tu = inflammation

doctors tak boleh pandang status
malah bukan saja doctors, org2 lain pon gitu jugak lah ie takleh pandang status
(sy rasa seseorg itu sgt rendah kelas nya jika dia pandang status)

oh, pandangan berbeza.. itu samalah.. 2 org pilots, cara mereka landing lain2 tau
****
ACL rupture ye? adoiii sakit nya dan ngilu nye sy tak boleh nak bayang kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.111697 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list