CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4579|Reply: 4

Mengapa Air Laut Surut Mendadak? Fenomena Perihelion

[Copy link]
Post time 28-12-2018 09:13 AM | Show all posts |Read mode


1. Bumi sekarang akan melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari bagi melengkapkan satu tahun kalendar dan akan berada pada kedudukan Perihelion.

2.Ramai yg bertanya dan tak biasa dengar apa itu Perihelion. Perihelion adalah kedudukan bumi yang terhampir sekali dengan matahari iaitu pada 3 Januari setiap tahun. Perihelion ini memberi impak kpd graviti bumi dan memberi kesan kpd arus aruhan magma dlm perut bumi.

3. Antara kesannya adalah:

A. Arus magma dlm perut bumi mungkin menjadi aktif lalu menyebabkan ia terpaksa keluar melalui gunung berapi spt yg berlaku pd Anak Krakatoa dan Mount Etna dan ada beberapa letusan kecil di volkano lain.

B. Arus magma juga memberi kesan kpd plat2 atau kerak2 bumi yg terapung di atasnya menyebabkan kerapnya berlaku gempa bumi yg kadang2 berskala kuat (gempa Sumatra @ 26 Dis. 04).

C. Panas pada waktu siang yg terik dan memeritkan sbb kedudukan bumi yg hampir dgn matahari. Menurut NASA, ketika Perihelion, suhu bumi meningkat dengan purata 2.3 selsius dengan intensiti 7% cahaya matahari. Kita jarang rasa sebab Disember selalu mendung dan hujan. Kalau kebetulan panas... boleh la try berdiri tgh panas dalam 30 minit.. hehe

D. Akan berlakunya air pasang besar dan air susut mendadak di luar kebiasaanya di beberapa kawasan di dunia spt yg berlaku di Johor baru-baru ini dan sekarang air susut mendadak di beberapa kawasan di Terengganu. Ia adalah normal. Masih ingatkah dengan peristiwa banjir besar di Kelantan pd Disember 2014? Keadaan semakin buruk apabila air bah drpd Sungai Kelantan tersekat dek air pasang besar lalu menyebabkan air melimpah ke tebing sehingga ke kawasan hulu. Aliran anak2 sungai ke Sg. Kelantan juga terjejas menyebab air 'sebak'.

4. Ketika ini bumi condong dengan maksimum drpd paksinya. Menyebabkan kutub utara sentiasa mlm dan kutub selatan sentiasa siang.

5. Hemisfera utara mempunyai malam yg pendek dan mengalami musim sejuk sebaliknya hemisfera selatan mempunyai siang panjang dan mengalami musim panas.

6. Dengan wujudnya 2 musim yang berbeza di kedua-dua bahagian hemisfera ini menyebabkan berlakunya perubahan tekanan udara yang berbeza.

7. Tekanan udara yg rendah di Hemisfera utara ini bergerak ke Hemisfera selatan dan inilah yang menghasilkan angin Monsun Timur Luat yang kadang-kadang membawa kadar kerpasan yang tinggi yang sedang kita alami sekarang ini pada bulan November hingga Februari sepanjang tahun.

8. Kesemua fenomena yang berlaku ini adalah sifat tabii alam dan bumi. Kita seharusnya melihat kejadian alam ini dengan penuh ketakjuban dan kekaguman terhadap ciptaaNya bukan mengaitkan dengan dosa-dosa atau kemaksiatan manusia semata-mata.

Semoga berpengetahuan! Kenali bumi!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pencerahannya yunk. Akaq is kagum dgn maklumat ni tp pada msa sma semua sama2 mendekatkan diri kpd Allah okeys. Dunia ni indah! Orang Malaysia jgn sikit2 nak kaget sikit2 nak panik. Benda dah berlaku banyak kali sebelum ni pada banyak zaman. Kita ja perlu lebih memahami alam & kematian tu lebih dkt dgn kita Kita semua hamba yg lemah. Allah sayang hamba2nya yang mengalah. aaapanjang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 10:19 AM | Show all posts
good info//////////////
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 10:43 AM | Show all posts
bagus info nih..kipidap
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 12:35 PM | Show all posts
ooooooooooooooooooooooooooooooo


haa, pnjg tak o?
baru ku tau

dh 3 hari xhujan di putrajaya ni
even langit selalu nmpk mendung
tp panas yahamat



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076090 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list