CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2365|Reply: 5

Jangan Tiru Aksi Tiga Kanak-kanak Berkejaran Atas Bumbung Khemah Di Masjidil Har

[Copy link]
Post time 28-12-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode


Kredit foto: Step Feed




Tindakan sekumpulan kanak-kanak berlari di atas bumbung khemah di Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini, telah mencetuskan kegemparan dalam kalangan rakyat Arab Saudi.


Memetik laporan Step Feed, perbuatan mereka itu dapat disaksikan melalui rakaman video yang tular di Twitter sejak 23 Disember.






Dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu, tiga kanak-kanak dilihat berlari sambil bermain di atas bumbung khemah berkenaan. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar kejadian itu dirakam tidak dapat dipastikan.


Netizen yang bimbang dengan keselamatan semua kanak-kanak berkenaan menyuarakan reaksi masing-masing menerusi Twitter.




Seorang netizen mempersoalkan bagaimana tiga kanak-kanak itu boleh naik ke atas bumbung khemah
Kredit foto: Step Feed




Sebahagian daripada netizen menyalahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau tanpa sebarang pengawasan.




Seorang netizen meminta ibu bapa bersikap lebih bertanggungjawab ketika mengawasi anak-anak mereka di Masjidil Haram
Kredit foto: Step Feed




Ada juga yang menggesa agar pihak berkuasa memperketatkan pemantauan bagi memastikan keselamatan di situ.


Hairan juga, bagaimana tiga kanak-kanak itu boleh memanjat ke atas bumbung khemah tanpa disedari sesiapa pun. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud komen tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 28-12-2018 12:01 PM
Apa maksud komen tu?

Ahlan wasahlan..... na am.... Halasss !!!

Kih...kih..kihh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik: Apa maksud komen tu?

Komen first pic tu dia tanya mcm mana budak2 tu boleh smpai kat bumbung tu.

Yg second lebih kpada mengapa parents diorang xawas dengan anak2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:16 AM | Show all posts
mcam mana budak2 tu bleh ada kat ats tu
mana parents  dia org..
mcam mana bleh biar ank2 mcam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 05:25 PM | Show all posts
Kat mana2 ada je jenis mak pak biarkan je anak2 tampa pengawasan sebegitu bila jadi sesuatu baru nak salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.163975 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list