CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1694|Reply: 3

Bagaimana Antivaksin Merosakkan Negara

[Copy link]
Post time 29-12-2018 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Kenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka?

Beliau adalah pemenang hadiah global John Maddox Prize for Standing up for Science pada tahun 2017. Kemenangan beliau terhadap hadiah berprestij ini adalah disebabkan usaha beliau MEMBONGKAR PENIPUAN KAJIAN DI JEPUN yang mencetuskan pergerakan ANTIVAKSIN.

Pada tahun 2013, kadar vaksinasi HPV di Jepun menurun dengan mendadak. Ianya berpunca dari video viral yang tidak diketahui kesahihannya. Video itu adalah kompilasi gadis-gadis yang kononnya menerima vaksinasi HPV dan menjerit-jerit kesakitan. Video ini rupanya dibuat dan dikompilasikan oleh pergerakan antivaksin.

Dr Muranaka mengambil keputusan untuk menyelami punca sebenar video itu. Akhir siasatan beliau mendapati ianya bermula dari seorang doktor tidak beretika, Dr Shuichi Ikeda.

Dr Ikeda adalah dekan sebuah universiti di Jepun dan beliau mempunyai pangkat dalam Kementerian Kesihatan Jepun serta merupakan salah seorang pembuat polisi. Di samping itu, beliau juga mempunyai klinik yang merawat pesakit yang kononnya terkena kesan sampingan vaksin.

Dr Ikeda telah mengeluarkan satu keputusan kajian kononnya vaksin HPV telah menyebabkan masalah otak. Dan, pernyataan beliau ini mencetuskan pergerakan antivaksin serta menyebabkan kerajaan Jepun menarik kembali vaksinasi HPV.

Namun, hasil siasatan Dr Muranaka mendapati, Dr Ikeda telah mengeluarkan pernyataan tersebut berdasarkan satu kajian yang tidak boleh diterima sains!

Dr Ikeda menyuntik vaksin ke dalam seekor tikus dan mengkaji otak tikus tersebut. Dan tikus itu rupanya telah diubahsuai secara genetik. Hasil kajian lanjut menunjukkan bukan vaksin yang menyebabkan kerosakan otak tikus itu, tetapi hasil ubahsuai genetik tersebut. Dan lebih mengejutkan lagi, hanya SEEKOR TIKUS sahaja yang disuntik vaksin itu, tanpa ada kajian atau subjek lain. Walhal di negara-negara lain, vaksin HPV telah terbukti SELAMAT DAN BERKESAN!

Dek kerana pangkat dan reputasi Dr Ikeda, kerajaan dan masyarakat mudah mempercayai beliau. Hasilnya, pergerakan antivaksin menular dan kerajaan menghentikan suntikan vaksin HPV.

Selepas penemuan penipuan itu, Dr Muranaka melaporkan keputusan kajian tidak beretika itu kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian akhirnya memohon maaf atas tindakan tidak beretika Dr Ikeda. Namun, disebabkan ketakutan masyarakat masih tersisa, kerajaan Jepun juga tidak dapat membuat keputusan bagi memperkenalkan semula vaksinasi itu hingga kini.

Dr Ikeda, juga mempunyai hubungan baik dengan kakitangan media dan ahli politik, menggunakan hubungan itu bagi menjatuhkan Dr Muranaka. Dr Ikeda juga mengemukakan saman sivil kepada Dr Muranaka kerana telah menjatuhkan reputasi beliau. Akibatnya, Dr Muranaka dihalang dari bercakap di media dan diserang dengan pelbagai ugutan.

Namun beliau tidak berputus asa, beliau tetap menyampaikan maklumat sains yang sahih melalui facebook https://www.facebook.com/rikomuranaka dan laman internet http://www.rikomuranaka.com/. Dan kesungguhan beliau ini menjayakan beliau dalam memenangi hadiah global tersebut.

Jepun dahulu telah membuat keputusan politik yang salah memberhentikan vaksinasi MMR kerana kesan sampingan yang tidak terbukti. Akibatnya wabak Rubella masih bersisa. Dan kini sekali lagi mereka tersalah langkah. Tatkala negara lain menikmati penurunan kanser pangkal rahim oleh sebab vaksinasi HPV, insiden kanser pangkal rahim di Jepun terus tinggi. Dijangka kan 3000 kematian berlaku dan 10 000 rahim hilang akibat kanser pangkal rahim selama setahun di Jepun. Dan akibat tekanan politik yang diterima kerajaan hanya disebabkan satu kajian tidak beretika, mereka kini sukar memperkenalkan semula vaksinasi itu.

Semoga Malaysia tidak terjebak dalam kesilapan seperti ini.
Dr Amirul Amzar

Sumber rujukan
1. https://allianceforscience.cornell.edu/blog/2017/11/japanese-doctor-wins-global-prize-for-standing-up-to-anti-vaccine-activists/
2. https://www.vaccineconfidence.org/japan-stopping-the-spread-of-japans-antivaccine-panic/
3. https://www.sciencemag.org/news/2017/11/qa-japanese-physician-snares-prize-battling-antivaccine-campaigners
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5557250/
5. https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(13)61831-0/fulltext


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara yang baik di halang kenapa? Ego betul.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 06:39 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 29-12-2018 04:57 PM
Perkara yang baik di halang kenapa? Ego betul.

iya, sy setuju dgn rungutan awak
jika vaccine tidak diambil, anak2 akan di exposed kepada penyakit yg membawa padah eg polio, atau yg membawa maut.
jika anak2 ini selamat, mereka akan menjadi sekelompok dimana mereka tidak bervaccine, dan boleh menjadi tempat dimana penyakit2 tadi tersimpan di dalam society dan dimasa depan boleh menimbulkan epidemic

mereka ini tidak faham. risiko crossing a double-lane the road adalah tinggi dari risiko mendapat complications dari vaccination
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 06:40 PM | Show all posts
buah fikiran utk tidak mengambil vaccine adalah sgt unethical dan sangat selfish
penilaian semula kepada pendapat bahawa ambil vaccine adalah unnatural dan melawan qadha dan qadr adalah amat salah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.097362 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list