CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 9

Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

[Copy link]
Post time 31-12-2018 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dapat dinafikan, plastik adalah antara ciptaan manusia yang paling bermanfaat. Ianya mempunyai pelbagai kegunaan, tahan lama, murah, mudah disimpan dan mudah didapati di mana-mana. Bagaimanapun plastik yang suatu ketikanya menjadi ciptaan berguna kini menjadi bahan pencemar planet nombor satu.



Kredit Foto: newscientist.com


Sebab itulah kebanyakan kempen alam sekitar berkisar tentang pengurangan penggunaan plastik. Yang terkini, pengharaman penggunaan penyedut minuman (straw) yang dipelopori oleh banyak syarikat gergasi contohnya Starbucks, Hotel Marriot dan American Arlines.




Kenapa anda perlu sokong kempen anti plastik? Berikut 8 fakta menurut National Geographic:


1.       18 Billion Pounds Plastic Dibuang ke Lautan Setiap Tahun


Kredit Foto: National Geographic




2.       40% Daripada Sampah Jenis Plastik Hanya Digunakan Sekali Sahaja Sebagai Pembungkus




Kredit Foto: National Geographic




       3. Secara Purata Setiap Rakyar Denmark Guna Hanya 4 Beg Plastik Setahun, Setiap Rakyat Amerika Syarikat Guna 365  Beg Plastik Setahun




Kredit Foto: National Geographic




4.       44% Daripada Plastik Di Pasaran Dikilang Pada Tahun 2000-kini




Kredit Foto: National Geographic




5.       Separuh Daripada Plastik Dunia Dikeluarkan di Asia, 29% Daripadanya di China


Kredit Foto: National Geographic




6.       Kurang 20% Plastik Global Dikitar Semula


Kredit Foto: National Geographic




7.       1 Juta Botol Plastik Dijual Setiap Minit.  Secara Purata rakyat Amerika membeli 346 botol setahun.


Kredit Foto: National Geographic




8.       8% Daripada Keluaran Minyak Dunia digunakan Untuk Membuat Plastik


Kredit Foto: National Geographic




Di Malaysia, persatuan-persatuan pengguna telah mendesak pengharaman plastic dan rangkaian McDonald telah mengumumkan tidak akan menyediakan penyedut minuman plastik sekiranyya tidak diminta pelanggan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamarudin juga menyebut akan memperkenalkan pengharaman beg plastik mulai pertengahan tahun 2019.


Jadi sokonglah pengurangan penggunaan plastik. Kerana semuanya bermula dari rumah kita sendiri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 01:21 PM | Show all posts
Bodoh. Plastik juga macam bahan lain . Memudaratkan hanya jika diguna atau diperlakukan dengan cara yang salah. Maka rajin rajin la menyedarkan sesama sendiri. Bukan gampang main haramkan saja macam tarak otak
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Plastik supik rokrak banyak datang dari Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 02:24 PM | Show all posts

bukan ke petrol & diesel  penyebab pencemaran  nombor satu ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 02:27 PM | Show all posts

kes plastik macam serupa kes minyak sawit
ada kesan kepada environment

tapi alternatifnya tak sebaik plastik & minyak sawit
dari segi ekonomi & long term
betul tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kan ada biodegradable plastic. boleh je guna yg ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2019 12:21 PM | Show all posts
Dah banyak je alternative lain yang boleh digunakan selain menggunakan bag plastic zaman sekarang ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 3-1-2019 12:21 PM
Dah banyak je alternative lain yang boleh digunakan selain menggunakan bag plastic zaman sekarang ni ...

Betul sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 03:40 AM | Show all posts
ai tertarik dgn solution salah sebuah bandar di australia dlm menangani masalah pencemaran. dia org letak jaring kat sewers, sampah yg dikumpul akan dikitar semula atau diproses jd baja.




https://www.surfertoday.com/environment/14509-city-of-kwinana-collects-815-pounds-of-garbage-using-drainage-nets
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:45 PM | Show all posts
lagi bagus kalau ganti semua beg plastik dgn beg kertas kalau agak2 barang byk mcm beli kat pasar raya tu elok guna kotak/ plastik yg senang kitar semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063098 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list