CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2689|Reply: 12

Edisi Pick Your Fighter: 24 Gambar Wanita Yang Berani Walaupun Bersendirian

  [Copy link]
Post time 31-12-2018 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dani-rox at 31-12-2018 05:46 PM

"Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia."

Kaum wanita selalu dikaitkan dengan imej makhluk yang lemah dan tidak berdaya, namun ada masanya mereka akan bangkit dan berada di barisan paling hadapan apabila keadaan mendesak. Mereka akan mempertahankan hak, prinsip dan keadilan walaupun hanya berseorangan. Berikut adalah gambar-gambar beberapa orang wanita (dan kanak-kanak perempuan) dahulu dan sekarang yang berhati waja dan cekal, mendapat perhatian media-media sosial.



Salah seorang penunjuk perasaan mencabar polis anti rusuhan ketika demonstrasi jalanan di Santiago, Chile pada 2016, memperingati rampasan kuasa tentera ke atas negara itu yang berlaku pada 1973.



Tess Aplund menunjukkan isyarat "black power" kepada ahli demonstrasi neo-Nazi yang seramai 300 orang di Borlänge, Sweden pada Mei 2015



Wanita ini duduk di hadapan polis anti rusuhan, yang sedang menutup jalan di Seoul bagi melindungi keselamatan penunjuk perasaan, ketika perarakan anti kerajaan pada April 2015. Demonstrasi tersebut adalah memprotes polisi-polisi kerajaan Korea Selatan termasuk pembaharuan sistem pencen awam.



Jasmina Golubovska mencalit gincunya dengan menggunakan perisai seorang polis sebagai cermin di luar sebuah bangunan kerajaan di Skopje, Macedonia pada Mei 2015. Dia adalah sebahagian penunjuk perasaan yang membantah penutupan kes pembunuhan Martin Nevskovski oleh seorang pegawai polis.


Wanita ini didapati sedang bertengkar dengan beberapa orang pegawai polis yang menhadang sebuah jalan ketika perhimpunan parti pembangkang di Minsk, Belarus, Mac 2015



Seorang wanita di Paris, Perancis menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila pihak polis menghalang laluan ke sebuah jalan raya ketika tunjuk perasaan membantah akta baru undang-undang buruh pada Jun 2016.



Ieshia Evans dan polis anti rusuhan di depan Jabatan Polis Baton Rouge, Louisiana, sewaktu demonstrasi yang berlangsung pada Julai 2016 - memprotes keganasan polis hingga menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam, Alton Sterling.


Saffiyah Khan melawan seorang ahli "English Defense League" ketika mempertahankan Saira Zafar, seorang wanita Muslim yang dibuli oleh 25 orang penyokong EDL hanya kerana dia memakai hijab.



Bekas mangsa kem tahanan Perang Dunia Kedua memukul seorang ahli neo-Nazi dengan beg tangannya di Sweden, 1985.



Lucie "Lala" Myslíková, pengakap berusia 16 tahun berdebat dengan seorang neo-Nazi, dengan penuh sabar dan tenang di bandaraya Brno, Republik Czech.



Zakhia Belkhiri, mengambil gambar selfie di hadapan perhimpunan anti-Muslim di Antwerp, Belgium.



Artis seni persembahan dan aktivis, Kubra Khademi, berjalan di sekitar Kabul, Afghanistan sambil berpakaian baju besi untuk memprotes gangguan seksual ke atas wanita di negara itu.



Wanita yang tangannya berlumuran darah ini adalah salah seorang peserta protes di Charlotte, North Carolina yang cuba mendapatkan keadilan untuk kematian Keith Lamont Scott, seorang kulit hitam yang ditembak oleh seorang pegawai polis berkulit putih.


Wanita berkerusi roda yang tidak dikenali ini berdepan dengan polis anti rusuhan semasa membantah sistem kebajikan Bolivia yang tidak efisyen.



Alice Paul memperjuangkan hak mengundi bagi wanita Amerika Syarikat pada 1917



Elizabeth Eckford yang berusia 15 tahun tidak mengendahkan pekikan dan makian para pelajar rasis ketika hari pertama persekolahan di Little Rock, 1957.




Gloria Richardson menganjurkan sebuah jawatankuasa anti keganasan di bandar Cambridge, Maryland yang masih mengamalkan pemisahan warna kulit pada 1963.



Wanita ini bersama beribu-ribu orang penunjuk perasaan jelajah Springboks mempromosi anti apartheid di New Zealand pada 1981. Mereka gusar negara tersebut akan memberikan sokongan ke atas Polisi Apartheid Afrika Selatan.



Katherine Switzer ditarik oleh peserta dan pegawai lelaki dari meneruskan larian Boston Marathon pada April 1967. Pada masa itu, maraton tersebut hanya terbuka untuk lelaki sahaja.



Seorang penunjuk perasaan memberanikan diri disembur dengan meriam air oleh pihak polis, sambil melaungkan-laungkan protes ke atas pemerkosaan beramai-ramai dan pembunuhan seorang gadis berusia 15 tahun di New Delhi.



Konfrontasi di antara penduduk kulit hitam dan ahli Klu Klux Klan di Tupelo, Mississippi pada 2007.



Wanita Yahudi Ethiopia ini membantah keganasan dan perkauman dari pihak polis Israel di Tel Aviv pada 2015.



Gadis Palestin berusia 16 tahun, Ahd al-Tamimi cuba menghalau dan melawan tentera Israel dari kawasan rumahnya.


Wanita ini tidak memperdulikan pegawai polis ketika era Amerika Syarikat masih mengamalkan pemisahan warna kulit hitam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Gurl Power!!  

Pokchik harap wanita wanita diMalaysia bangkit melawan jika dikasari fizikal oleh suami suami ..

Bangkit melempang balik jika sistur sistur dilempang oleh teman lelaki (jongos)..

Bangkit melawan dan melindungi jika anak anak didera oleh suami...

Bangkit menuntut hak nafkah anak anak  jika tidak dipedulikan oleh bekas suami...Bangkit tuntut sampai bekas suami tersungkit bontot!!

Sesungguhnya....lelaki sejati adalah Adam yang melindungi Hawa nya..

You Go Gurls !!!!

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 31-12-2018 06:16 PM
Go Gurl Power!!  

Pokchik harap wanita wanita diMalaysia bangkit melawan jika dikasari fizikal ol ...

wah bagusnya pokcik..lebih ramai lelaki seperti ini diperlukan dalam malaysia..
Happy New Year 2019 pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 31-12-2018 06:16 PM
Go Gurl Power!!  

Pokchik harap wanita wanita diMalaysia bangkit melawan jika dikasari fizikal ol ...


Masalahnya rmai ore tino meleis skrg duk pegang konsep asal berlaki pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 31-12-2018 09:02 PM
Masalahnya rmai ore tino meleis skrg duk pegang konsep asal berlaki pokcik

Kito cari lah hok molek....nikoh denger laki juruh.. Kalu tulok AbeGong doh jadik hok Mek Oks... ado rama lagi hok juruh

Sek sek tino kito keno doh jadik bengih... acu selalu gak keno dero ... keno main palo denge jate jate tok guno nih..

Slamak tahun baru deh.... mugo Mek Beauti sukses taung depe nih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 31-12-2018 09:30 PM
Kito cari lah hok molek....nikoh denger laki juruh.. Kalu tulok AbeGong doh jadik hok Mek Oks... a ...

Ya ammporn mengeja satu2 bc komen pokcik neh haa...

Tengkiu lah pokcik smoga pokcik sukses jugok duk kt umah jah ni sesambil flip telekung siti khadijah vietnam smpai kul12 ahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2019 12:36 AM | Show all posts
Edited by system_failure at 1-1-2019 12:39 AM

Wanita besi dlm hidup sy selain mak sy ialah isteri sy..
Masuk tahun ke 7 kami hidup berjauhan.

Seorg diri dia membesarkan anak di pendalaman nengiri gua musang.

Tiada waktu yg terhenti melainkan bersama dia.

Tiada masa yg berundur melainkan bersama dia.

Tiada harapan mendatang melainkan bersama dia.

Inilah takdir yg paling menyakitkan.. Life must have its mysteries..










Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Love this!
Good article TT.
Moga wanita-wanita dan gadis-gadis Malaysia juga terus bangkit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2019 12:52 AM | Show all posts
PristineOne replied at 31-12-2018 06:16 PM
Go Gurl Power!!  

Pokchik harap wanita wanita diMalaysia bangkit melawan jika dikasari fizikal ol ...

Wahh... terima kasih atas kata2 semangat itu, pokcik btw Happy New Year
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 12:55 AM | Show all posts
system_failure replied at 1-1-2019 12:36 AM
Wanita besi dlm hidup sy selain mak sy ialah isteri sy..
Masuk tahun ke 7 kami hidup berjauhan.

beruntung Encik System dpt isteri setabah itu. Semoga rumahtangga kekal bahagia sampai bila2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 01:00 AM | Show all posts
knnk replied at 1-1-2019 10:16 AM
Love this!
Good article TT.
Moga wanita-wanita dan gadis-gadis Malaysia juga terus bangkit!

Thanks, knnk!
Diharap tahun baru 2019 ini, lebih ramai wanita Malaysia semakin berani mempertahankan diri dan melawan sebarang penindasan.


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 31-12-2018 09:02 PM
Masalahnya rmai ore tino meleis skrg duk pegang konsep asal berlaki pokcik

Setuju weh.. Dan most of them pun kahwin tanpa fikir lagi 10 tahun ke hadapan.. Konsepnya dok meratib rezeki tu ada rezeki tu Allah dah janjikan lepas kahwin. Tengok2 laki kahwin lagi satu ha ambik kau tu rezeki jugak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 31-12-2018 09:30 PM
Kito cari lah hok molek....nikoh denger laki juruh.. Kalu tulok AbeGong doh jadik hok Mek Oks... a ...

Hok molek rare loni.. Kalau ikut prof muhaya, ada 4 ciri kena consider kalau nak pilih : fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. I setuju semo2 ni. Sebab tu pah loni dok bujey lagi kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.083677 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list