CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 11-2-2019 01:57 PM | Show all posts
kalau yg mati tu salah sorang gangsta melayu tu aku x kisah sgt, ini bomba yg nak padam kebakaran plak mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-2-2019 01:20 PM
Saya lihat trak bomba diserang, bukan anggotanya, kata pegawai polis

Dikemas kini 51 minit yang l ...

Huh? Ada ke orang bodoh nk serang trak? Kenderaan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:10 PM | Show all posts
Sumber malaysiakini

Seorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpulan perusuh.

Md Eliza Mohd Noor, saksi kedua dalam inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berkata perusuh menjerit,"bomba pergi balik, jangan padam!"

Katanya, cermin hadapan trak bomba yang dipandunya kemudian dilemparkan batu dan helmet.

Md Eliza berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Hamdan Hamzah"

Md Eliza: Saya dengar orang awam jerit, "Bomba pergi balik jangan padam!"

Hamdan: Sekali atau banyak kali?

Md Eliza: Banyak kali, sambil orang awam buat isyarat tangan suruh balik.

Hamdan: Apa tindakan km?

Md Eliza: Setelah cermin pecah. Saya takut. Secara spontan saya berundur ke belakang.


Md Eliza memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam pasukannya terdiri daripada pegawai penyelia dan lima anggota pada awalnya ditugaskan dari stesen bomba Subang Jaya bagi memadamkan api untuk sebuah kereta yang terbakar dan mereka tiba di kawasan berkenaan sekitar 1.12 pagi pada 27 November 2018.

Mereka diiringi van pasukan perubatan kecemasan bomba yang mana Adib bertugas sebagai pegawai perubatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumusan Inkues Adib – Hari Pertama

(11/2/2019)
By Khairul Azri
   

1. 3 Orang saksi dipanggil dalam sesi Inkues Allahyarham Adib hari ini di Mahkahmah Shah Alam.

2. Mereka adalah terdiri daripada:

Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman
Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan, Md Elliza Mohd Noor
Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman


3. Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman berkata serangan dilakukan sejurus jentera itu tiba untuk memadamkan kenderaan yang terbakar.


Saksi 1 – Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman
“Saya nampak ia mengundur kemudian ke hadapan, mengundur lagi dan kemudian hilang daripada pandangan,” katanya.

Pada pandangannya, FRT diserang sehingga cermin hadapan jentera itu pecah.

“Saya dan anggota cuba masuk tetapi kekuatan anggota tidak mencukupi dan boleh mengancam keselamatan kami,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran lelaki India sekitar 3,000 hingga 5,000 di lokasi, jam 1 pagi pada 27 November.

“Durasi jentera diserang sekitar 10-15 minit sejurus mereka tiba,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah.

Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan
4. Saksi 2 – Pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan, Md Elliza Mohd Noor berkata, sejurus tiba, jenteranya dihampiri lebih 50 individu yang menghalang mereka menjalankan tugas.

“Sebaik tiba, saya nampak mereka menghampiri kami dan dalam lima hingga 10 saat ada ketukan,” katanya.

Menurutnya, beliau curiga melihat pergerakan kumpulan tersebut yang menyorok tangan di belakang seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

“Selepas ketukan di sebelah penyelia, objek seperti batu bata dan helmet dibaling ke arah cermin hadapan sehingga retak.

“Saya rasa sangat takut. Dengan spontan saya mengundurkan jentera.”

Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman
5. Air mata saksi ke-2 yang juga merupakan rakan kepada arwah Adib akhirnya gugur apabila memaklumkan kepada mahkamah apabila menyedari Muhammad Adib tiada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ERMS.

“Selepas sampai di Balai Polis USJ 8, seorang anggota memaklumkan Muhammad Adib tiada.

“Saya mendengar pemandu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Shahril Osman memaklumkan kepada penyelia bahawa Muhamad Adib tidak ada di dalam EMRS.

“Encik Badrul selaku penyelia pasukan meminta kami menghubungi Muhammad Adib malangnya tidak berjawab.

“Kami cuba hubungi Muhamad Adib beberapa kali tetapi tidak berangkat, namun 15 ke 20 minit selepas itu, ada orang awam menggunakan telefon Muhamad Adib menghubungi kami dan memaklumkan dalam perjalanan ke SJMC,” katanya.


6. Saksi 3- Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman berkata bahawa Muhammad Adib berada di sebelahnya memegang pintu EMRS dan sebelah tangan lagi diletakkan di atas papan pemuka (dash bord) untuk melihat FRT.

Beliau menegaskan bahawa Muhammad Adib berada di dalam kenderaan dengannya ketika jentera kebakaran berundur ke arah mereka semasa kekecohan rusuhan di kuil tersebut.

“Dia duduk di sebelah saya, waktu itu saya cakap kat dia, lajunya si Hazim ni,” katanya.

Menurutnya, Hazim yang merupakan anggota pemadaman dari FRT turun untuk membuka loker yang menyimpan gegelung air.

“Tetapi belum sempat Hazim capai gegelung tersebut, sekumpulan individu mula menyerbu.

“Selepas itu saya tidak nampak kelibat Hazim tetapi kumpulan tersebut melulu ke arah kiri dan kanan EMRS,” katanya.


7. Prosiding hari pertama inkues kematian Muhammad Adib ditangguhkan dan bersambung esok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:04 PM | Show all posts
Edited by haryatie at 12-2-2019 01:07 PM
SORANG pegawai polis trafik yang berada di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada malam rusuhan pada tahun lalu, mendakwa dia tidak nampak mana-mana anggota bomba dipukul perusuh ketika insiden trak bomba diserang.

isshhhh...gerammm nyaaa.....
polis pun da trima rasuah ker...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 01:30 PM | Show all posts
Inkues Adib diteruskan di lokasi kejadian

Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 12, 2019 11:06 MYT



Saksi ketiga Ahmad Shahrill Othman memberi keterangan kepada Koroner, Rofiah Mohamad. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik

SUBANG JAYA: Prosiding inkues hari kedua bagi mencari punca kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada Selasa di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya kira-kira jam 11 pagi.

Pasukan polis dan juga beberapa organisasi media telah mula berkumpul seawal jam 10 pagi sebagai persediaan untuk menantikan ketibaan pihak peguam serta kehadiran Koroner Rofiah Mohamad.

Fokus utama pada hari ini untuk melihat gambaran sebenar bagaimana insiden serangan berlaku terhadap Allahyarham Muhammad Adib.

Tiga saksi utama yang telah memberi keterangan semalam akan turut hadir bagi membantu menceritakan keadaan sebenar ketika situasi serangan berlaku.



Koroner, Rofiah Mohamad bersama barisan peguam dan juga Pegawai Pengendali Inkues tiba di sekitar perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya sekitar jam 11.15 pagi.

Kesemua mereka tiba dengan menaiki van bomba yang turut diiringi pegawai polis. Turut hadir, saksi utama kejadian yang juga merupakan anggota bomba, Md Elliza Mohd Noor dan juga Ahmad Sharill Othman bagi menceritakan situasi ketika serangan berlaku.

Beberapa lokasi turut dilawat yang masih mempunyai kesan termasuk lokasi Allahyarham Muhammad Adib ditemui dalam keadaan parah.

Lawatan seterusnya diteruskan menuju ke Balai Bomba Subang Jaya bagi melihat keadaan jentera Fire Rescue Tender dan juga kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terjejas akibat rusuhan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2019 01:31 PM | Show all posts
Inkues Adib: Zuraida sertai Mahkamah Koroner ke tapak kuil

Oleh Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my


SHAH ALAM: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan turut menyertai Mahkamah Koroner lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25.

Zuraida tiba pada jam 10 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Azmi Osman.

Selain pihak- pihak berkepentingan, Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner akan turut menyertai lawatan itu untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian.

Selain kuil, mereka dijangka akan melihat jentera pemadam (FRT) dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) yang digunakan ketika insiden rusuhan itu di kuil itu pada 27 November tahun lalu.

Insiden rusuhan itu tercetus sehingga menyebabkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera parah dan menghembuskan nafas terakhirnya selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Seramai tiga saksi, terdiri seorang pegawai polis dan dua anggota bomba sudah memberikan keterangan pada hari pertama pendengaran inkues mencari punca kematian Muhammad Adib bermula semalam.

Mereka ialah Ketua Jabatan Siasatan Trafik Subang Jaya, Deputi Superintendan Mohamad Nasir Drahman dan dua anggota bomba Subang Jaya, Md Elliza Mohd Noor dan Ahmad Shahril Othman.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Pada 27 Disember lalu, media melaporkan Peguam Negara akan mengarahkan majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak akan adukan ke office of human rights united nations! Kaw genocice etnik Melayu grrrrr!!!! Kaw recissssttt!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2019 06:43 PM | Show all posts
Adib ditarik dan dipukul perusuh
MOHD. YUNUS YAKKUB dan TAUFIK SALIMIN
12 Februari 2019 5:40 PM

Perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman didakwa memukul Muhammad Adib susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandu Ahmad Shahril. - Gambar fail

SHAH ALAM - Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban-tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.

Pendedahan tersebut dilakukan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

"Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.

"Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shahril membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya (Badrul) berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil itu di dalam prosiding inkues tersebut.

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bersabarla kawan2 bomba arwah.
Ikut keadaan skrg mmg geng2 jahanam tu semua akan salahkan bomba & pusing jd kes Adib cederakan diri sndiri. Selamat binatang2 perusuh utk protect kuih haram depa. Lgpun suhakam + siti kassim akan defend geng binatang ni sehabis mungkin.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ye si siti kassim tu dok back up keling2 perusuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
3000-5000 orang tu mustahil tak seorang pun merakam di mana posisi arwah Adib pada ketika itu. Sedangkan kejadian trak bomba berundur pun ada keratan rakaman. Pasti ada yang membuat rakaman penuh.

Harap polis sita telefon kesemua perakam video arwah Adib. Barangkali ada lagi rakaman lain yang disimpan untuk melindungi pihak-pihak tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 12-2-2019 01:01 PM
Rumusan Inkues Adib – Hari Pertama

(11/2/2019)

Sedihnya membayangkan rasa ralat bila sampai balai polis baru sedar Adib takde dalam van. 20 minit yang membezakan hidup dengan mati
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii..geramnya iols baca....mcm nak bom ja puak2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:35 PM | Show all posts
Ramai yg follow case Adib ni.... hopefully keadilan dapat ditegakkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:11 PM | Show all posts
Inkues Adib: Ditarik dan dipukul perusuh
MOHD. YUNUS YAKKUB dan TAUFIK SALIMIN
12 Februari 2019 5:40 PM



Perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman didakwa memukul Muhammad Adib susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandu Ahmad Shahril. - Gambar fail

SHAH ALAM - Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban-tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.

Pendedahan tersebut dilakukan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

"Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.

"Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shahril membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya (Badrul) berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil itu di dalam prosiding inkues tersebut.

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2019 01:12 PM | Show all posts
Saya tidak nampak Adib ditarik' - Saksi kelima
Fareez Azman, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 13, 2019 19:04 MYT

Badrul Hisyam mendakwa, dia hanya tahu Adib tiada bersama mereka ketika tiba di Balai Polis USJ18. - Astro AWANI/Fail

SHAH ALAM: Saksi kelima Prosiding Inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Badrul Hisyam Salim@ali menjelaskan beliau tidak nampak rakan sekerjanya itu ditarik keluar dari jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ketika mereka dipercayai diserang oleh orang awam.

Jelas Badrul Hisyam, beliau hanya mengetahui ketiadaan Adib ketika tiba di Balai Polis USJ18 Subang Jaya pada awalnya untuk membuat laporan polis berhubung serangan terbabit.

"Berdasarkan report memang saya buat, beliau (Adib) telah mengalami kecederaan parah akibat ditarik dan dipukul oleh perusuh.

"Kejadian saya tidak nampak sama ada Adib ditarik atau dipukul tapi daripada cerita bagaimana pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman mengatakan, pintunya cuba ditarik sekumpulan orang awam. Saya pun beranggapan pintu arwah Adib pun mengalami perkara sama seperti PB (Pegawai Bomba) Shahril," katanya.

BACA: Sebelah tangan kawal stereng, sebelah lagi kawal pintu - Saksi ketiga

Jelasnya, ketika membuat laporan polis di Balai Polis SS17 selepas itu, beliau hanya beranggapan Adib mengalami kecederaan parah ekoran maklumat yang diterima oleh orang awam melalui panggilan telefon bahawa beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

"PB Shahril maklumkan dia tidak nampak Adib turun dan dipukul tapi berdasarkan PB Shahril, saya beranggapan PB Adib dipukul.

"Ketika saya buat report (laporan) saya tidak nampak Adib ditarik. Saya ada maklum pada beliau (anggota polis) yang mengambil keterangan saya, adakah report (laporan) ini boleh diubah yang mengatakan Adib ditarik dan tidak sempat menyelamatkan diri sebab kami tidak nampak, beliau mengatakan boleh.

"Masa dia cetak (laporan polis) itu, saya cakap kami tidak nampak arwah Adib ditarik," katanya.

Ujarnya, perkara terbabit telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Selangor ketika keterangannya diambil.

Meskipun sudah lima saksi tampil memberi keterangan, bagaimanapun sehingga kini punca kematian Muhamad Adib belum dapat dipastikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:13 PM | Show all posts
Sebelah tangan kawal stereng, sebelah lagi kawal pintu - Saksi ketiga
Fareez Azman, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 13, 2019 13:11 MYT



SHAH ALAM: Prosiding Inkues bagi mencari punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disambung dengan keterangan saksi ketiga Ahmad Shahril Othman.

Dalam keterangannya ketika ditanya peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kamaruzaman Wahab Ahmad Shahril menjelaskan ketika kejadian beliau yang juga pemandu kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) hanya dapat mengawal stereng ketika mengundur dan sebelah lagi tangannya mengawal pintu di untuk mengelakkan perusuh menyerang.

“Dalam keadaan mengundur tangan sebelah kanan saya mengawal stereng dan sebelah lagi mengawal pintu untuk elak perusuh membuka pintu dan menyerang," katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Ketika jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) dan ERMS berundur jelas Shahril, beliau menyedari bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah tiada di dalam kenderaan terbabit dan orang ramai di lokasi kejadian mula bersorak.


“Ketika kenderaan berundur saya dapati adib sudah tiada dan saya hanya cuba cari dia dari dalam (kenderaan) tetapi saya tidak keluar,” jelasnya.

Bagaimanapun ekoran keadaan yang berbahaya beliau mengambil keputusan untuk kekal berada di dalam kenderaan terbabit.

Turut diceritakan, yang mana terdapat sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian lebih awal dan dihalang oleh orang ramai untuk memadam kebakaran. Namun kumpulan terbabit jelas Ahmad Shahril tidak diserang.

“Sebelum kenderaan kami diserang, terdapat pasukan sama dari kumpulan kami yang hadir lebih awal turut diserang, dan dihalang orang ramai untuk memadam kebakaran tetapi keadaan terkawal tanpa sebarang serangan,” ujar Ahmad Shahril.

Dalam keterangan itu, turut digunakan kereta mainan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Turut dipanggil memberi keterangan pada hari ini merupakan saksi awam, Amirul Adli yang juga menceritakan gambaran ketika kejadian.

Hadir sama dalam prosiding itu, Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Azmi Osman serta abang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Muhammad Asyraf Mohd Kassim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 01:14 PM | Show all posts
Inkues Muhammad Adib: 'Dia kena bantai', saksi awam imbas kembali insiden
Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 13, 2019 15:06 MYT


Sesi prosiding inkues Muhammad Adib kini berlangsung di Mahkamah Koroner, Shah Alam.

SHAH ALAM: "Saya nampak (seorang) anggota bomba duduk di bahu jalan dalam keadaan melunjur sambil memeluk tubuh seperti dalam kesakitan".

Demikian kata saksi keempat, Amirrul Adli M Yussli, 26, yang merupakan saksi awam ketika memberi keterangan semasa sesi prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Koroner Rofiah Mohammad pada Rabu.

Amirrul menceritakan keadaan seorang anggota bomba yang dikelilingi orang ramai, sambil diberitahu salah seorang daripada mereka mengenai keadaan bomba yang cedera itu, ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada November lalu.

"Dia kena bantai," kata seorang lelaki India kepada Amirrul, ketika dia bertanya mengenai keadaan anggota bomba yang ditemuinya.

Kenderaan Amirrul juga terjejas akibat dilanggar jentera Fire Rescue Tender (FRT) ketika berlakunya insiden kekecohan itu. Menceritakan keadaan persekitaran ketika itu katanya, terdapat ratusan individu sedang berkumpul dan ada sebahagian daripada mereka sedang minum arak.

"Sebaik sahaja jentera FRT dan kenderaan (EMRS) tiba, ada kumpulan dari arah kuil menuju ke arah jentera sambil menjerit menghalang untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Jentera FRT turut dicucuk dengan objek besi serta dibaling botol kaca sehingga menyebabkan cermin hadapannya pecah, jelas Amirrul.

Pada awalnya, Amirrul bersama seorang rakannya memaklumkan dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya di Putra Height sekitar jam 12.30 pagi pada 27 November sebelum melalui kawasan rusuhan itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kenderaan bagi melihat sendiri suasana kecoh itu.

Prosiding inkues berhenti rehat pada jam 1.30 tengah hari sebelum bersambung semula pada sebelah petang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinkan kes neh, mod Noraidil mohon bantuan sissturr!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.492702 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list