CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 19-2-2019 03:28 PM | Show all posts
Kaw tak tangkap penyamun black Dravidia yang pukul dek Adib tue siap ngkawww, kaww memang recisst!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 19-2-2019 01:54 PM
Rasanya rakaman kena pukul pun ada..tapi agak2 sape yg berani nak bagi klau yg pukul tu geng dia g ...

Betul2. Geng2 sendiri. Yg saksi ni pun mujur sukarelawan. Ada la jati diri skit. Tu kawan dia pun dia kena pujuk. And dia kata dpt ugutan kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 19-2-2019 01:22 PM
Referring to saksi 8 suresh ka sapa tu kata, org sibuk amek gambar dan video je. Tak tolong pun. T ...

Kita baru baca perkembangan terbaru ini. Mujur ada saksi yang menekankan mengenai rakaman telefon. Harap-harap keterangan saksi ini memberikan pihak polis alasan yang kuat untuk melakukan forensik digital ke atas telefon suspek perusuh yang pernah direman sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 09:41 AM | Show all posts
b_n_c replied at 18-2-2019 11:24 PM
pelik pulak..

dia sedar adib xde dalam keta waktu kejadian, tp ada knyataan kata dah sampai ke  ...

maybe dia ingat adib kuar kenderaan je, but still dengan team diorang..tapi dia tak sangka adib takde terus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 06:21 PM | Show all posts
Doktor sahkan Adib alami lebam pada dada, patah tulang rusuk

News  |  Diterbitkan Hari ini 4:49 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:49 petang



INKUES ADIB l Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya, selain patah empat tulang rusuk.

Dr M Nantha Kumeran, 39, yang bertugas di jabatan kecemasan Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) sejak 2013, berkata laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan).

"Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).”

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai pengendali inkues kematian Muhammad Adib.

Doktor berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas, berkata beliau mula memeriksa Muhammad Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal pagi 27 Nov lepas.

Zhafran: “Bagaimanakah pemerhatian kamu?”

Dr Nantha Kumeran: “Dia (Adib) mengalami kesukaran untuk bernafas, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan membuat bunyi yang tidak dapat difahami. Saya memeriksa (kadar denyutan) nadinya, ia kira-kira 145 denyutan seminit, tekanan darahnya adalah 85/46… tahap maksimum oksigen sekitar 48 peratus.”

Zhafran: “Apa lagi?”

Dr Nantha Kumeran: “Tiada baju, kasut atau sarung kaki. Dia (Adib) memakai seluar (seragam) Bomba.”

Doktor itu berkata beliau tidak boleh berkomunikasi dengan Muhammad Adib ketika itu kerana anggota bomba berkenaan hanya membuat bunyi yang tidak dapat difahami manakala dan tahap kesedarannya pula rendah.

Dr Nantha Kumeran berkata beliau kemudian mengarahkan supaya dibuat pemeriksaan X-ray, yang dilakukan pada 1.35 pagi, 27 Nov di dalam bilik pemulihan itu.

Mengenai laporan X-ray, doktor itu berkata beliau dapat melihat dengan jelas bahawa Muhammad Adib mengalami kontusi paru-paru.

“(Saya dapat lihat) tulang rusuk yang patah (dalam X-ray) tetapi lebih banyak kontusi atau lebam (paru-paru). Kecederaan paru-paru adalah lebih daripada tulang rusuk. Kontusi paru-paru adalah kecederaan pada paru-paru," katanya.

Zhafran: “Apakah penyebab kontusi paru-paru?”

Dr Nantha Kumeran: “Trauma tumpul boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru.”

Doktor itu berkata laporan X-ray menunjukkan terdapat tompokan putih di seluruh paru-paru Muhammad Adib, yang bermakna kecederaan paru-paru atau kontusi paru-pasu.

Beliau berkata sebelum pemeriksaan X-ray, intubasi iaitu proses memasukkan tiub menerusi mulut dan kemudian terus ke tenggorok, dilakukan ke atas Muhammad Adib.

Katanya selepas merawat Muhammad Adib selama sejam, beliau berjumpa tiga lelaki India yang membawa Muhammad Adib ke SJMC untuk bertanya apa yang berlaku kepadanya.

Ketiga-tiga mereka menyatakan Muhammad Adib mungkin terjatuh daripada jentera Bomba atau mungkin telah dipukul, katanya.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts

Published 5 hours ago on 21 February 2019

By Emmanuel Santa Maria Chin


Witness Dr Nantha Kumeran attends the inquest into the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim at the Shah Alam High Court February 21, 2019. — Picture by Yusof Mat Isa


SHAH ALAM, Feb 21 — Muhammad Adib Mohd Kassim was semi-conscious and showed signs of pneumothorax, which is a collapsed lung, when he was wheeled into the Subang Jaya Medical Centre emergency department on the night of the Sri Mahamariamman temple riots in Subang Jaya last November.

Speaking at the fireman’s inquest here today, Dr MK Nantha Kumeran, 39, said the injured fireman also suffered four fractured ribs, adding that he believed the injuries could have been from a blunt force trauma.

“I examined him and noticed no marks on his face and neck, his limbs were not broken, but there were bruises on his upper right chest wall and shoulders.

“When I touched the upper right chest wall, I could hear cracking sounds, sounded like his ribs were broken, so our suspicion was that he was suffering from pneumothorax,” he said when asked by government lawyer Zhafran Rahim Hamza what triggered his decision to request for a chest X-ray.

The doctor explained that Adib had difficulty breathing, and his blood oxygen saturation levels were half of what was considered normal.

Dr Nantha Kumeran the X-rays showed the fireman’s second, third, fourth, and fifth ribs were fractured, while also showing the latter’s collapsed lungs.

“The injury to the lungs looked like it was from blunt force trauma, as his lungs appeared white in the X-ray. Normally it should appear as pitch black,” he replied when questioned by Zhafran on the probable cause of the lung injuries.

Dr Nantha Kumeran was the 12th witness to take the witness stand.

The inquest had a recess for lunch and resumed again at 2.30pm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-2-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adib’s injuries inconsistent with assault, says surgeon

Published 2 hours ago on 21 February 2019

By Emmanuel Santa Maria Chin

Witness Dr Anand Sachitanadan attends the inquest into the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim at the Shah Alam High Court February 21, 2019. — Picture by Yusof Mat Isa


SHAH ALAM, Feb 21 — Firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim’s injuries were inconsistent with those usually sustained during an assault due to an absence of defence wounds, a cardiothoracic surgeon testified today.

Dr S. Anand had examined Muhammad Adib and found injuries concentrated on the young man's chest, or the thoracic region, when the firefighter was admitted at Subang Jaya Medical Centre after getting hurt at riots at the Sri Maha Mariamman Temple in Subang Jaya last November 26.

“His injuries were consistent with that of a high impact or high velocity force or injury, a crushing injury, a fall from height, rapid acceleration and deceleration, or assault.

“But, it is unusual to have major trauma confined to one area due to assault; you would normally find self-defence wounds, which was not evident in his case,” Dr Anand said during an inquest at the Shah Alam coroner’s court into Muhammad Adib’s death.

When questioned on the probable cause of these injuries, Dr Anand explained it would be difficult to establish the mechanisms of injury given the condition of the victim.

“It is difficult to say, but from the severity, it looks like major trauma from a high impact or high velocity incident, but it is unusual for it to be localised in one area for such a case of trauma,” he added.

Dr Anand was answering queries posed by government lawyer Zhafran Rahim Hamzah, in the presence of Coroner Rofiah Mohamad Mansor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues adib: Kecederaan Adib mungkin bukan disebabkan serangan - Doktor

21 Februari 2019 9:21 PM

Anand menjelaskan kecederaan yang dialami anggota bomba itu mungkin bukan diakibatkan oleh serangan. Foto oleh Bernama

SHAH ALAM - Doktor kanan sebuah hospital swasta yang merawat Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam keterangan hari ini berkata, kecederaan yang dialami anggota bomba itu mungkin bukan diakibatkan oleh serangan.

Perunding Kardiotorasik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr. Anand Sachithanandan bagaimanapun berkata, antara beberapa kecederaan di bahagian sebelah kanan dada itu, berkemungkinan akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan atau rempuhan.

"Sebenarnya dia mengalami trauma tumpul pada bahagian dada, dan mekanisma yang mungkin membawa kepada kecederaan, mungkin akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan dan rempuhan," kata doktor itu.

Beliau berkata demikian semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR) Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai yang menjalankan inkues berhubung kematian Muhammad Adib.

Zhafran: Boleh anda bezakan sama ada dia diserang atau dilanggar?

Dr. Anand: Mustahil untuk menyatakannya dengan tepat.

"Saya dapati agak luarbiasa.. biasanya terdapat luka akibat mempertahankan diri, tapi ia tidak kelihatan di sini. katanya.

Dr. Anand juga berkata, SJMC memutuskan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mereka tidak mempunyai mesin yang boleh merawat kecederaan paru-paru.

"Kami berkongsi penemuan-penemuan kami dan memberikan maklumat kepada doktor di IJN berhubung laporan imbasan," katanya.

Semasa ditanya TPR, Fatin Haidini Khairuddin sama beliau melihat sebarang kesan lebam di bahagian dada anggota bomba itu, beliau berkata: "Tidak".

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak fokus utama saya adalah kepada kecederaan dada," katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.
Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lepas tarik dan jatuh atas tar dia pening sekejap (stun). Tambah, sekali hentakan kuat didada, terus xsedar diri. Mcm mana nak ada kesan self-defense injury. Selain fokus dekat dada, xde fokus dekat belakang kepala ke? Contusion damage? Berdasarkan forensik kecederaan dibahagian hadapan, dia mesti jatuh dalam keadaan terlentang.

Tapak kaki pun boleh consider object tumpul, tambah saksi indian sebelum ni cakap ada kesan kasut dekat dada. Adib xsedar bila dia jumpa.

Mcm mana kalau kene langgar dgn truck, xde kecederaan dekat muka, paha? Dari hadapan, lagilah ada spontaneous reaction, probability sedar dirempuh kereta bomba yg berbentuk flat dari bahagian hadapan sgt tinggi, mesti tangan akan automatik angkat utk melindungi badan.

Jadi, kecedaraan dari pelangaran truck lagi xlogik xde self defense injury melainkan arwah xsedar diri sebelum dicederakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut logik kemungkinan paling jelas kecederaan arwah Ni adalah diserang oleh perusuh keling...Aku Tak paham kenapa nak verify sbb kematian dgn kena rempuh atau jatuh tmpt tggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kerabuBiru replied at 22-2-2019 12:04 AM
Ikut logik kemungkinan paling jelas kecederaan arwah Ni adalah diserang oleh perusuh keling...Aku Ta ...

Awal2 lg pihak Bomba dah buat kenyataan media yg arwah Ni ditarik dari kenderaan oleh perusuh celaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik Adib hanya cedera bahagian rusuk


DR S Anand hadir sebagai saksi ke-13 inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


ADA beberapa faktor boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian dada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat objek tumpul ketika rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Saksi ke-13 inkues kematian Muhammad Adib, Pakar Kardiotorasik di Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center, Dr S Anand berkata, ia berdasarkan keputusan imbasan CT dan sinar-X pada anggota bomba berkenaan yang dilakukan di hospital terbabit.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan termasuk pernah memberikan keterangan dalam inkues berkata, faktor kecederaan itu mungkin berpunca akibat kecederaan akibat 'crush injuries', jatuh dari bangunan tinggi atau serangan.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang pengetahuannya bagi kes berpunca daripada serangan, kecederaan lazimnya tidak hanya tertumpu pada satu tempat sahaja dan dapat dilihat di beberapa anggota badan lain.

“Bagaimanapun, saya rasa agak luar biasa dalam kes ini apabila kecederaan hanya di bahagian rusuk,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelapan prosiding inkues berkenaan di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, saksi sama berkata, dia mendapat panggilan memaklumkan kejadian daripada Doktor Bahagian Kecemasan di hospital berkenaan, Dr M Nantha, 39, kira-kira 2 pagi, pada 27 November 2018.

Beliau berkata, sebaik tiba di hospital, dia melihat keadaan Muhammad Adib agak kritikal dengan tekanan darah rendah dan kadar denyutan nadi laju serta tahap oksigen berkurangan.

“Mula-mula sekali saya ada membuat penilaian dan melihat mangsa dengan keadaan bengkak yang melampau pada bahagian kanan (badan) kerana pengumpulan udara," katanya.

Beliau kemudian mengarahkan mangsa dihantar ke unit radiologi untuk sinar-X dan imbasan CT.

“Ujian mengesahkan bengkak pada tubuh mangsa disebabkan pneumotoraks (kebocoran paru-paru), patah di beberapa tulang rusuk dan 'pulmonary contusion' iaitu lebam antara tisu paru-paru di samping keadaan paru-paru tidak normal.

“Saya dengan dibantu doktor lain membantu menstabilkan tekanan darah mangsa yang rendah," katanya.

Menjawab soalan lain diajukan Zhafran, Dr Anand berkata, keputusan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) hanya kira-kira 7 malam selepas perbincangan antara pakar dari institusi berkenaan dan wakil keluarga mangsa.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan mesin khas bagi rawatan lanjut anggota bomba berkenaan hanya didapati di dua lokasi di negara ini termasuk satu daripadanya di IJN.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin ini.

Ia bagi memberi laluan kepada keputusan permohonan dua pihak di Mahkamah Rayuan, Putrajaya yang mahu menjadi pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:36 PM | Show all posts
Inkues Adib: Prosiding tetap diteruskan minggu depan

Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 22, 2019 13:50 MYT

Mahkamah Rayuan pada Jumaat memutuskan prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan minggu depan.

PUTRAJAYA: Prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diteruskan seperti biasa minggu depan.

Perkara itu diputuskan pihak Mahkamah Rayuan selepas permohonan pihak Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 untuk menangguhkan prosiding inkues pada minggu depan ditolak.

Tiga Hakim Mahkamah yang diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata, pihak jawatankuasa kuil perlu menyatakan kedudukan pihaknya jika benar mereka merupakan individu berkepentingan untuk menyertai prosiding itu.

Dalam pada itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak kuil untuk menangguhkan prosiding inkues itu buat sementara waktu yang telah berlangsung selama dua minggu.

"Inkues itu bersifat kepentingan umum, dan ia tidak sepatutnya ditangguhkan dan harus diteruskan seperti biasa", katanya kepada peguam, M. Visvanathan yang mewakili pihak kuil.

Bagaimanapun permohonan pihak kuil untuk menjadi sebahagian pihak berkepentingan untuk mengikuti prosiding inkues itu akan didengar semula pada 4 Mac depan.

Pada 31 Januari lalu, Mahkamah Koroner menolak permohonan jawatankuasa itu untuk menyertai pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut atas alasan tidak mempunyai kepentingan nyata, substansif dan munasabah.

Kuil tersebut kemudiannya memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi namun turut ditolak dan bersetuju terhadap keputusan Mahkamah Koroner.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:39 PM | Show all posts
Gelabah, takut lepas teksi dilanggar FRT

MyMetroMutakhir

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


SEORANG saksi memaklumkan kepada Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, dia tidak melihat orang ramai menyerang jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya, pada 27 November 2018.

Pemandu teksi, K Arumugam, 66, berkata ia berikutan perhatiannya tertumpu sepenuhnya terhadap jentera FRT yang secara tiba-tiba mengundur sebelum melanggar teksi Proton Exora dipandunya.

Ketika disoal Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah sama ada saksi ke-11 inkues itu ternampak sesiapa turun atau naik jentera FRT ketika itu, Arumugam menjawab ‘saya rasa gelabah dan takut selepas teksi dilanggar...saya tidak ingat apa yang berlaku’.

Terdahulu, saksi itu dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia berada di tempat kejadian kerana mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan kuil itu selain laluan berkenaan tidak perlu membayar tol.

ZHAFRAN: Jadi, perhatian kamu di mana ketika FRT sedang mengundur?

ARUMUGAM: Perhatian saya sepenuhnya terhadap pengunduran FRT ketika itu.

ZHAFRAN: Ketika pemerhatian kamu, ada nampak sesiapa turun atau naik FRT?

ARUMUGAM: Saya rasa gelabah dan takut selepas van dilanggar... saya tidak ingat apa yang berlaku.

ZHAFRAN: Sebelum perlanggaran itu?

ARUMUGAM: Tak nampak.

Arumugam berkata, selepas dia dilanggar FRT, dia tidak dapat mengingati apa-apa mengenai kejadian itu disebabkan berasa pening dan takut.

ZHAFRAN: Selepas dilanggar jentera FRT, kamu ada nampak tak van EMRS?

ARUMUGAM: Tidak kerana saya sudah pening kepala.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Syazlin Mansoor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Arumugam berkata, dia turun dari keretanya yang dilanggar jentera FRT hanya selepas orang ramai membantunya.

“Saya turun dari teksi selepas dilanggar FRT untuk melihat kerosakan pada kenderaan sebelum masuk semula ke dalam,” katanya pada hari ketujuh inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

ROFIAH: Berapa lama kamu duduk dalam kereta selepas dilanggar sebelum dibantu orang ramai?

ARUMUGAM: Lebih kurang 20 ke 25 minit.

ROFIAH: Kamu buat apa dalam kereta?

ARUMUGAM: Pening dan duduk sahaja.

ROFIAH: Duduk sahaja? Pandang ke mana?

ARUMUGAM: Duduk sahaja. Pening-pening...hanya sedar selepas pintu kereta dibuka orang ramai.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Prosiding inkues bersambung Khamis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishy betul ummah yenna ni. Takpelah. Sebab ni la nanti PH akan jatuh. Eat ur own shit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde guna melayu sokong ph.. mana pkr??.mana pan??. Mana bersatu?? Knpa korang tak desak sungguh2 gomen percepat proses menangkap pesalah?? Knpa korang mcm ni ye ph??knpa?? semoga nasib arwah adib terbela.. ameen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde guna melayu sokong ph.. mana pkr??.mana pan??. Mana bersatu?? Knpa korang tak desak sungguh2 gomen percepat proses menangkap pesalah?? Knpa korang mcm ni ye ph??knpa?? semoga nasib arwah adib terbela.. ameen
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat kotoq. Kotoq sekotoqnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:58 PM | Show all posts
Edited by brego at 22-2-2019 09:00 PM

kalau polis berkawal di sekitar kuil,
lepas rusuhan malam pertama,
tak jadi benda ni semua.
macam mana boleh ada repeat rusuhan malam ke dua,
sampai beribu chola berkumpul di tempat yg sama?
adib di bunuh malam yang ke dua.
mana pegi polis dan FRU semua?

selain dakwa chola yang terlibat, aku tuntut pihak atasan polis bertanggungjawab.
polis ada tempoh 24 jam untuk take action, but they failed big time !
polis lemah n lemau, stupid madafaka

bila ada group melayu datang melawat dengan aman di malam ke 3,
pandai pulak berkawal dan tangkap terus.
dasar polis damacai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Adib meninggal dunia akibat masalah pernafasan
Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli

Dr Mohamed Ezani hadir bagi inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib. FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA
ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, meninggal dunia disebabkan oleh sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS).

Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik Institu Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata, ARDS adalah kegagalan paru-paru berkait rapat dengan kegagalan beberapa fungsi organ lain, termasuk buah pinggang.

Saksi ke-14 inkues kematian Muhammad Adib itu berkata, sepanjang 21 hari mangsa dirawat di IJN juga, keadaan buah pinggang mangsa juga tidak pulih meskipun menjalani dialisis.

Selain itu, katanya, fungsi paru-paru dan jantung lelaki juga tidak kembali normal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-9 inkues di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

FATEN HADNI: Kamu beritahu sebelum ini, kamu ada banyak pengalaman dalam kes seperti ini. Pada pandangan kamu, apakah yang menyebabkan kematian mangsa?

DR MOHAMED EZANI: Akibat pukulan objek keras ke dada yang menyebabkan trauma di bahagian dada.

FATEN HADNI: Apakah objek keras itu?

DR MOHAMED EZANI: Saya tidak boleh beri spekulasi. Ketika pesakit dibawa dari Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center ke IJN, keadaannya amat kritikal. Kami ingat dia tak akan selamat. Kecederaan dialami mangsa terlampau teruk.

Terdahulu, ketika menjawab soalan lain Faten Hadni, saksi sama berkata, Muhammad Adib hanya sempat menjalani fasa kedua rawatan daripada fasa empat yang dirancang pihaknya, berikutan keadaan pesakit itu yang terlalu lemah.

Menurutnya, fasa pertama adalah mangsa bergantung kepada Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), mesin khas bagi menyokong fungsi paru-paru dan jantung mangsa.

Katanya, fasa kedua apabila pesakit tidak lagi bergantung kepada mesin berkenaan dan fasa ketiga adalah menentukan rawatan lanjut termasuk pembedahan.

“Bagaimanapun pada 14 Disember, keadaan dia semakin letih dan sukar bernafas tetapi berupaya mengekalkan tahap oksigen.

“Pada 15 Disember, keadaannya semakin merosot dan kami terpaksa menggunakan semula ECMO memandangkan tekanan darahnya semakin tidak stabil.

“Pada 16 Disember, keadaannya kritikal, meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh kami. Dia (Muhammad Adib) kemudian meninggal dunia 17 Disember,” katanya.

Ditanya Faten Hadni mengapa pembedahan tidak dilakukan selepas fasa kedua apabila Muhammad Adib tidak bergantung kepada ECMO, Dr Mohamed Ezani berkata, keadaan pesakit tidak mengizinkannya.

“Jika kita membuat pembedahan, ada kemungkinan besar pesakit mengalami pendarahan yang kami tidak dapat kawal.

“Selain itu, tahap kesihatan pesakit perlu berada pada tahap terbaik, termasuk memiliki paras protein yang mencukupi dan mempunyai kekuatan otot dan beberapa parameter lain," katanya.

Pada prosiding sama, saksi itu memberitahu Muhammad Adib dipantau secara rapi oleh sepasukan kakitangan perubatan, sepanjang 21 hari menerima rawatan di IJN.

Katanya, selepas hari keempat, keadaan anggota bomba itu dilihat ada perkembangan memberangsangkan apabila lebih sedar dan memberi tindak balas kepada nama dan arahan.

“Apabila kami panggil namanya, dia membuka mata dan boleh beritahu bila kami suruh gerakan bahagian lengan.

“Dia faham dan tahu berada di hospital dan mengecam ibu bapanya. Tetapi, disebabkan tiub di dalam mulut, dia tidak bercakap.

“Kami berikan dia papan putih dan pen untuk dia menulis. Dia juga diberikan telefon bimbit sebab dia meminta telefon bimbitnya,” katanya.

Dr Mohamed Ezani juga berkata, pada satu ketika selepas tidak bergantung kepada ECMO, keadaan Muhammad Adib menjadi lebih baik apabila berupaya menggerakkan bahagian tangan dan selepas dibantu, anggota bomba itu dapat duduk atas kerusi.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Lagi berita berkaitan Inkues Adib
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 3:37 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069936 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list