CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [HATI-HATI] Perubahan cuaca punca ular keluar dari habitat, UPDATED #57 Ular ma

  [Copy link]
Post time 7-1-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-1-2019 12:45 PM
Eh....samalah kita. ....

Hahaha.

Ular memang tak boleh naik ikut tangga, tp, mungkin dia boleh menyusur / belit belit ikut besi2 tingkap?

Seramnya memikirkan. Harap2 anak cek juga laci meja dia.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-1-2019 01:02 PM | Show all posts
Euwww scary pandai ia menyorok dalam laci meja
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Meremang tgk ulor tu..eeuuuwww
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq Syd. Yg jenis kedua tu aku seriau. Minta dijauhkan tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehhhh..menakutkan lerrrr...dah ler kawasan rumah sy tu ada history ular berkeliaran..takutnye lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-1-2019 11:54 PM
ular ni pun bahaya.....

Gapa dio ni

Seram..tak,berani belek lama2

Ulaq,kembaq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So skeri oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
euwww takut ular!

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 10-1-2019 12:53 PM | Show all posts
Kes membabitkan ular dijangka meningkat - APM

Oleh Zuliaty Zulkiffli
cnews@nstp.com.my

ALOR SETAR: Kes tangkapan ular dijangka meningkat terutama mulai Mac ini berikutan perubahan cuaca panas yang mula melanda menyebabkan reptilia itu keluar mencari perlindungan.

Berikutan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah bersedia menghadapi ancaman ular yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacob, berkata pihaknya menjangkakan Mac antara paling banyak kes ular disebabkan ketika itu musim panas.

Beliau berkata, setakat ini banyak kes tangkapan ular oleh anggotanya direkodkan terutama di sekitar Baling, Kota Setar, Padang Terap dan Kuala Muda.

“Berdasarkan statistik tahun lalu, sebanyak 6,187 ekor ular pelbagai spesis ditangkap di negeri ini dan kemudiannya diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

“Daerah Kota Setar mencatatkan tangkapan paling tinggi iaitu 1,243 ekor ular pelbagai spesis diikuti Kuala Muda (1,125), Kubang Pasu (778), Kulim (710), Baling (689) manakala Padang Terap (685),” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Awang Askandar berkata, daerah lain seperti Sik mencatatkan tangkapan 273 ular pelbagai spesis, Langkawi (255), Pendang (243) dan Yan (186).

Beliau berkata, antara persediaan yang dilakukan setakat ini adalah dengan mengadakan latihan dalam kalangan anggotanya supaya lebih mahir menangkap reptilia itu.

“Antara ular yang paling banyak ditangkap adalah jenis sawa batik, tedung senduk, tedung selar dan rusuk kerbau.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak menangkap sendiri ular terutama yang berbisa kerana ia boleh mengancam keselamatan dan nyawa mereka,” katanya.

Awang Askandar berkata, ular biasanya akan masuk ke rumah penduduk untuk mencari perlindungan dan mendapatkan sumber makanan.

Katanya, reptilia itu akan berlindung di tempat sejuk terutama di bilik air, timbunan pakaian, bawah katil dan sofa manakala ular sawa pula duduk di reban ayam atau haiwan peliharaan.

“Ular hanya akan mematuk atau menyerang mangsanya jika rasa terancam dan akan bertindak agresif apabila berasa manusia akan menangkapnya,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 12:54 PM | Show all posts

ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar yang cuba memasuki rumah penduduk di Baling baru-baru ini. - Foto Ihsan APM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 12:56 PM | Show all posts
Edited by Syd at 10-1-2019 12:57 PM

Di Sarawak beberapa hari lepas.

cc @aHoi83

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 12:59 PM | Show all posts
Tedung selar atas siling rumah

JITRA: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu mengambil masa hampir dua jam untuk mengesan pergerakan ular tedung selar yang mengejar biawak di rumah penduduk di Kampung Wang Tepus di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, reptilia sepanjang kira-kira empat meter itu dikesan masuk melalui bahagian dapur rumah penduduk, Mohd Fikrie Din, 40, yang kemudian menghubungi APM Kubang Pasu.

Ketua Skuad Charlie APM Kubang Pasu, Sajiri Kassim, berkata seramai empat anggota terbabit dalam operasi mengesan ular berkenaan dan mereka terpaksa menyelongkar bahagian dapur rumah pengadu.

Bagaimanapun katanya, ketika usaha mengesan sedang dilakukan, mereka terdengar bunyi pergerakan di bahagian siling rumah dan mengesyaki reptilia itu berada di bahagian bumbung.

“Seorang anggota kami kemudian ternampak bahagian badan ular berkenaan, namun apabila menyedari terancam reptilia itu masuk semula ke bahagian siling.

“Anggota kami berjaya menemui ular tedung selar itu di bahagian penjuru kiri siling tandas rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sajiri berkata, ular tedung selar itu bertindak agresif dan cuba menyerang anggotanya sebelum reptilia itu berjaya ditangkap.

Katanya, terdahulu mereka turut menangkap seekor biawak di atas siling yang dipercayai menjadi sumber makanan ular berkenaan yang mengejarnya sebelum kedua-dua haiwan itu ditangkap.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa, menasihatkan orang ramai yang menemui ular berbisa seperti itu atau apa juga spesis ular supaya menghubungi pihaknya untuk membantu menangkapnya kerana mereka mempunyai kemahiran selain bimbang keselamatan terancam.

Beliau berkata, ular biasanya mencari tempat perlindungan yang sejuk seperti kediaman manusia untuk mencari sumber makanan seperti biawak, ayam dan kucing.

Oleh Zuliaty Zulkiffli
cnews@nstp.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 01:03 PM | Show all posts
macam banyak kes ular kat utara sekarang nih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkapan ular meningkat sebab cuaca panas - Bomba

Oleh Zuliaty Zulkiffli
cnews@nstp.com.my

LANGKAWI: Panggilan khidmat khas menangkap ular di daerah ini sejak awal bulan ini meningkat setiap hari berikutan cuaca panas yang menyebabkan reptilia itu keluar mencari perlindungan.

Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi, Pegawai Bomba Kanan II, Fisol Abd Kadir, berkata dalam sehari sekurang-kurangnya enam kes panggilan membabitkan ular diterima dan dijangka akan meningkat pada sekitar bulan depan hingga Mac.

Beliau berkata, berdasarkan rekod tahun lalu, lebih 100 ekor ular ditangkap dalam tempoh sebulan ketika cuaca panas sekitar bulan Januari hingga penghujung Mac.

“Kebanyakan ular yang ditangkap adalah spesis tedung selar, senduk dan sawa kerana pulau ini mempunyai kawasan bukit bukau dan hutan menyebabkan ia keluar mencari perlindungan terutama di kawasan sejuk.

“Sebagai langkah persediaan, kami melakukan latihan menangkap ular bersama anggota di balai ini untuk memantapkan lagi kemahiran menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas yang ada termasuklah pencakuk, hoop dan topi keselamatan bomba, ” katanya ketika ditemui di BBP Langkawi semalam.

Fisol berkata, selain itu, anggotanya juga turut mempelajari cara memberi rawatan awal dipatuk ular oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) supaya anggotanya lebih cekap dan mahir.

Beliau berkata, rawatan awal itu dapat melambatkan pergerakan bisa ular dalam badan ketika mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menyelamatkan nyawa mangsa.

“Latihan dan tunjuk ajar ini dibantu jurulatih yang juga anggota kami sendiri iaitu Noorizun Kechik yang mahir dalam mengendalikan kes menangkap reptilia berbisa itu.

“Ular yang ditangkap biasanya akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk dan ada juga ular dibawa pulang ke balai untuk demonstrasi ketika latihan menangkap ular untuk anggota kami,” katanya.

Sementara itu, Noorizun berkata, ular amat tertarik dengan benda yang bergerak dan amat sensitif dengan sebarang objek berwarna hitam dan ia akan mengikut pergerakan itu.

Katanya, sekiranya terkena patukan ular, mangsa dinasihatkan supaya tidak panik kerana bimbang bisanya akan merebak dengan cepat terutama mereka yang mempunyai masalah jantung, darah tinggi dan penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa mereka.

“Ular biasanya gemar menyorok di tempat sejuk terutamanya dalam kasut, almari, bawah katil, bilik air dan ada juga di dalam enjin kereta.

“Ada juga kes yang kami terima banyak di kawasan pulau ini yang membabitkan ular masuk dan bersembunyi dalam hotel dan chalet untuk berlindung,” katanya.

Noorizun menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri menangkap ular terutama tedung selar kerana ia boleh mengancam nyawa mereka.

 Author| Post time 19-3-2019 03:03 PM | Show all posts
Kes tangkapan ular meningkat

SUNGAI PETANI: Kes tangkapan ular di sekitar daerah Kuala Muda meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (Pertahanan Awam), Azahar Ahmad, berkata jumlah kes pada Januari dan Februari tahun lepas ialah sebanyak 174 kes, meningkat 34 kes pada tahun ini kepada 208 kes.

“Kita dapati antara faktor peningkatan kes membabitkan tangkapan ular ini ialah keadaan cuaca yang terlalu panas, selain faktor sampingan seperti habitat mereka diganggu, diceroboh atau dimusnahkan.

“Kes-kes yang diterima pula kebanyakannya membabitkan ular sawa batik serta ular berbisa seperti tedung selar,” katanya, ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Azahar turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada pada setiap masa selain memastikan kawasan rumah bersih daripada sampah yang boleh menjadi ‘rumah’ kepada reptilia terbabit.

“Berhati-hati semasa hendak memakai kasut serta semasa menggunakan tandas kerana dibimbangi reptilia terbabit berada di situ untuk menyejukkan badan atau berteduh.

“Sentiasa pastikan tingkap, pintu rumah atau lubang pada pintu bertutup bagi mengelakkan ular menyusur masuk ke dalam rumah, serta periksa bahagian enjin kereta yang merupakan tempat ular sering menumpang teduh,” katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 20-3-2019 06:07 PM | Show all posts
Remaja perempuan terkejut tidur diganggu ular sawa 3.3 meter

MOHD. AZLI ADLAN
20 Mac 2019 5:28 PM

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan panik apabila tidur lenanya diganggu dengan kehadiran seekor ular sawa seberat kira-kira 26 kilogram di rumahnya, Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, terselamat apabila terjaga daripada tidur selepas merasai satu objek lembik sedang bergerak sedang melingkari lehernya.

"Pergerakan pada leher itu membuatkan saya segera tersedar daripada tidur. Biar pun bilik tidur agak gelap, saya dapat melihat kepala ular itu mahu menghampiri leher saya sambil lidah terjelir keluar.

"Saya yang terkejut bingkas bangun dari katil dan terus membuka lampu bilik tidur. Saya tidak tunggu lama terus berlari meninggalkan katil sambil menjerit ketakutan apabila menyedari kelibat ular sawa batik sepanjang kira-kira 3.3 meter di bawah katil," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nor Alia Aqilla berkata, jeritannya itu disedari semua ahli keluarganya yang menetap di tingkat 14 PPR Hiliran tersebut sebelum ibu saudaranya, Nor Elida Khaidir, 27, bertindak menghubungi bomba untuk meminta bantuan. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 06:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 06:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 20-3-2019 06:08 PM

Tingkat 14..tu macam ular belaan terlepas je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.082690 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list