CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 7

Wanita Cina tidak mahu bayar di kaunter Melayu pakai tudung , tak sangka ini pun

  [Copy link]
Post time 7-1-2019 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Mulianye hati dia


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kita sering mendengar pelbagai cerita perkauman yang disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan situasi membimbangkan serta menyemakkan fikiran.
Jarang kita terjumpa kisah yang menginsafkan dan memberi inspirasi kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara ini.
Bagaimanapun kisah seorang “aunty” Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang kosong, tetapi sanggup berbaris di kaunter lain kerana melihat gadis penjaga kaunter itu memakai tudung, tular di media sosial menyentuh perasaan saya.
Sangat jarang Utusan Online akan menyiarkan kisah viral di media sosial kerana kami sentiasa menjaga integriti selaku portal berita arus perdana.
Bagaimanapun saya berasakan kisah ini perlu dikongsi supaya memberi kesedaran kepada semua.
Di sini saya panjangkan kisah yang dikongsi oleh Abd Halim Benloo Hj Omar.
Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.
Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.
Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini
Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.
Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.
Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.
Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.
Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir
Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma
Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?
Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.
Aku: Okay I faham.
Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.
Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.
Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.
***info
10 golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak:
1.Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya
2.Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.
3.Orang yang meminum arak
4.Orang yang membawa arak
5.Orang yang minta dihantarkan arak.
6.Orang yang menuangkan arak
7.Orang yang menjual arak
8.Orang yang membeli arak
9.Orang yang makan hasil jualan arak
10.Orang yang minta dibelikan arak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Well done Aunty. Sangat hormat perihatin dan peka dgn agama dan bangsa lain. Tahniah sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 01:13 PM | Show all posts
Ada je jenis mereka yang perhatin sebegini tapi jarang jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:38 PM | Show all posts
mesti  auntie ngan uncle ni resah gelisah tunggu nak bayar, takut2 pulak kena paksa suroh masuk line yang kosong ngan staff..haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 03:25 PM | Show all posts
Bagusnya, kena ramai orang macam ni.

Baru bahagia Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa kat pasaraya ada dedicated section for alcoholic drinks dengan cashier non muslim jaga. kat econsave takde ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 7-1-2019 03:39 PM
biasa kat pasaraya ada dedicated section for alcoholic drinks dengan cashier non muslim jaga. kat ec ...

Hahahaha ni dia reka cerita a la chicken soup kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 7-1-2019 03:39 PM
biasa kat pasaraya ada dedicated section for alcoholic drinks dengan cashier non muslim jaga. kat ec ...

Xjugak.mcm tesco alcohol ada dua tmpat.satu kt dlm non halal section.yg tin2 kt luar.customer kdg2 g byr je kt kaunter biasa.kalau econsave xpasti pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068346 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list