CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3721|Reply: 5

Terjumpa ‘Pari-Pari’ Saat Cabut Rumput – Rupa bentuk , cara memanjat macam manus

  [Copy link]
Post time 7-1-2019 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Pengalaman bertembung makhluk pelik mentadak serupa manusia, yang dilalui Anna Cottage ketika membersihkan laman depan rumahnya benar-benar memberi kejutan. Kejadian berlaku pada 20 Mac lalu dicatatkan dalam status facebooknya. Dua hari selepas itu barulah dia mendapat jawapannya.


“Tak tahu nak kata apa. Dan apa petanda yang nak ditunjukkan. Pada mulanya dah nak masuk rumah. Hari dah mula panas, kepala pula rasa pening nak muntah.
“Bila terpandangkan rumput dalam pasu kertas, mulalah duduk dan cabut-cabut rumput dalam pasu. Ambil pula gunting, guntinglah pucuk yang dah gugur bunga.
“Tiba-tiba terselak dahan bunga kertas. Terkejut nampak seperti mentadak tapi macam bentuk manusia. Badannya.. matanya besar. Pandang ke arah ku.”


Hatinya tertanya-tanya, makhluk apakah itu? Tak pernah seumur hidupnya melihat makhluk sedemikian. Badan Anna menggigil sejuk.
“Tengok je menatang tu, kuatkan diri nak tahu apa bendanya. Kuis dengan gunting. Tiba-tiba tangannya menahan gunting tu seolah-olah dia takut kita nak bunuh dia.
“Matanya berkedip memandangku. Dia bergerak seperti manusia panjat pokok.”
“Ya Allah! Apa benda ini?” Ana menjerit cepat-cepat panggil anak kecilnya, Danish.


Terkejut Sampai Terjelepuk Depan Pergola
Minta ambilkan handphone untuk dia merakamnya. Tapi makhluk itu terus terbang ke pokok kertas besar depan pergola.
Aku kuatkan diri bangun ikut tapi cari-cari makhluk itu dah tak ada. Tak nampak dah dia terbang ke mana.Gegar-gegar dahan dah tak ada.Aku hairan terus terjelepuk depan pergola.
“Sejuk macam air batu badanku. Rasa tak berdrah. Dalam fikiranku, apakah bendanya itu. Rupa bentuk macam manusia. Cara memanjat macam manusia.”
“Kalian mungkin tak percaya. Tapi itulah kejadian pagi ini yang menjadi pertanyaanku. Makhluk apa itu dan apa yang Allah nak tunjukkan padaku.”
Tubuhku masih menggigil lagi ketika ini. Jantungku laju seperti baru lepas berlari

Selepas 2 Hari Temui Jawapan Makhluk Mentadak Serupa Manusia Ini Wujud
Persoalan yang bermain-main di fikiran Anna akhirnya terjawab apabila anak buahnya menunjukkan gambar yang digoogle di Internet. Seperti yang disahkan, itulah rupa makhluk yang dilihatnya ada di laman garden rumahnya.
“Akhirnya terjawab sudah. Memang benar makhluk Allah ini wujud rupanya.”
Hari ini ada kelas di rumah awah ibu. Seperti biasa setiap hujung minggu, kami ada kelas untuk famili. Habis je kelas, anak buah ku tanya.
“Acik benda apa yang acik nampak hari tu?
Aku pun ceritalah apa yang aku nampak dan gambarkan apa yang ku lihat.


“Ooo.. Acik benda itu memang ada kat oversea. Dia macam pari pari.”
Aku kata tak. Dia bentuk rupa badan macam manusia, kepak macam mentadak.
Ya.. Rupanya Sama
“Ya cik! Ada kat sana. Ada wujud kehidupan tu. Nanti orang google. Macam ini kan?” terperanjat aku melihat gambar tu.
“Ya Allah.. ya lah sama sebijik macam yang Acik nampak tu. Cuma kepaknya macam mentadak, mata besar tapi memang sama bentuk badan dengan muka dia,”
Sejuk seluruh tubuhku. “Betul-betul ada.. rupanya ya. Acik ingat ada benda yang tak baik nak jadi kat Acik or petanda apa la nak dibagitau kat Acik”
“Memang terkejut betul aku bila melihat apa yang aku alami benar-benar wujud.”Buat sahabat semua, inilah rupa benda yang aku lihat dipokok bungaku kejadi pada pagi Selasa lalu. Cuma beza kepaknya seperti mentadak dan matanya besar terjojol
Semoga apa yang berlaku hanya untuk pengetahuanku tentang adanya kehidupan lain di muka bumi ini.
Persoalannya , mmg wujudkah pari pari diats muka bumi ni?

Memetik laporan dari Astro Awani , seorang Wanita dakwa berjaya rakam gambar pari-pari.
Seorang wanita di Northampton, United Kingdom, mendakwa pari-pari yang biasa dilihat dalam drama TV dan kartun sebenarnya wujud di dunia sebenar.
Lisa Wildgoose, 42, seorang jurugambar dan pemilik kedai fotografi, membuat dakwaan berkenaan selepas sekeping gambar yang diambilnya memperlihatkan sejenis haiwan yang menyerupai makhluk alam fantasi itu.
Gambar itu diambil Lisa ketika sesi fotografi bersama sebuah keluarga di taman purba, Bluebell Woods, yang menempatkan pelbagai spesis bunga-bungaan.


Perkara tersebut hanya disedari Lisa apabila gambar tersebut dimuat naik ke komputernya selepas pulang dari sesi fotografi berkenaan.
Lisa kemudiannya memanggil dua anak kembarnya, Mia and Madison, 5 tahun, untuk melihat gambar tersebut dan reaksi pertama mereka ialah “Itu Tinkerbell!”
Menerusi carian youtube , terdapat rakaman yang merakam saat terserempak pari pari.

Fake ke betul ni? Apa kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya.
Sumber :
1. Real Merah
2. Astro Awani
3. Youtube

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 01:17 PM | Show all posts
Cantik garden rumahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:35 PM | Show all posts
apa..ni nak promote homestay ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar pari2nya?
Aku rasa org yg diri ngan org yg duduk tu bkn pari2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Halaman rumah tu cantik. Pandai akak tu deko .
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:36 AM | Show all posts
betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064305 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list