CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6017|Reply: 52

Bila Suami Tak Boleh Move On, Wajar Tak Namakan Anak Sempena Bekas Kekasih?

[Copy link]
Post time 7-1-2019 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Orang kata cinta pertama susah dilupakan. Kalau sudah berkahwin, tak boleh dilupakan juga ke?


Itu okey lagi. Lebih sadis, apabila pasangan anda mahu menamakan anak sempena nama bekas kekasih. Argh, pasti remuk hati!


Lapor METRO, sepasang suami isteri berdepan perceraian apabila si suami bertekad menamakan anak mereka yang bakal lahir dengan nama bekas kekasihnya.




Kredit foto: GoMama247




Menerusi sebuah laman yang membincangkan mengenai perhubungan, wanita berusia 23 tahun ini bertanya kepada orang ramai sama ada wajar atau tidak untuk menamakan anak mereka sempena bekas kekasih suaminya.


Sebaik mengetahui anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan, suaminya mahu menamakan bayi itu dengan nama bekas teman wanitanya.


Difahamkan, hubungannya dengan bekas teman wanita terbabit adalah yang paling lama bertahan dan paling disayanginya.

"Dia (suami) tidak pernah menyembunyikan perasaannya itu dan saya menyangkakan kasih sayangnya terhadap mantan kekasihnya kian pudar apabila wanita berkenaan sudah tiada dalam hidupnya.

"Namun, saya silap kerana kini, dia mahu menamakan anak kami dengan nama wanita itu, sementara saya boleh menamakan anak kedua kami," ujarnya.


Suami wanita itu mengakui dia mahukan sesuatu untuk terus mengingatkannya kepada bekas kekasihnya.




Kredit foto: WallpaperCave




Adakah ini bermakna, setiap kali lelaki itu memandang atau memanggil anaknya ia akan mengingatkannya kepada bekas teman wanita dan bukan isterinya?


Kalau sebab namanya indah dan cantik, mungkin boleh diterima pakai. Tapi tidak, dia mahu menggunakan nama bekas teman wanita untuk anaknya kerana mahu terus mengingati wanita yang telah mematahkan hatinya itu!


Eh, ada juga yang orang seperti ini? Langsung tidak memikirkan perasaan pasangan! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni da pnh jadi 40 tahun dulu. Isteri dah pasrah ikut je kehendak suami nak bagi nama sempena ex gf tercinta. Sepanjang ank tu membesar mak ni lepas geram. Ank tu dipukul, kepala direndam air dlm baldi. Kene maki segala perkataan yg x elok. Mental da isteri tu tp tetaplah sayang kt laki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu kawin dia sbb terpaksa jelah kiranya ni kan. Haihh bertabah lahh. Semoga depa dpt jln penyelesaian dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak wajar. More harm than good
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:21 PM | Show all posts
x kosa aihh nk trima, mcam xde nama lain
nmpak sgt perasaan dn hati dia masih kat ex gf tu
buat sakit jiwa jerk bersuamikan lelaki mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa kawen dgn lelaki mcm ni..masa bersama dgn isteri mcmana pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tu bodoh..kalau rasa xleh move on ngn ex,tlg jgn cari org lain..sila mereputzzzz dg angau kt ex tu..not just guys ye,y gegels pun sama..

Kalau dah kawin ngn org lain sila belaja sayangkn org y depan ko,jgn duk angau taik anjing kt ex tuh!

Emo lak ptg2 ni!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:59 PM | Show all posts
dulu aku ada sgt rapat dgn sorg ni... honestly aku suka kat dia. org igt kami kapel tp sbnrnya x. tiba2 something gone wrong. call, sms, emel semua x balas. few months lps tu dpt kad jemputan kawen... dia nak kawen dgn cainis ni, nama islamnya sama dgn nama aku...cuma tambah 1 perkataan... kejamnya rasa masa tu..tak payahlah hantar kad kat aku kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
langsung tak wajar, bini susah2 mengandung dan melahirkan, sedap2 bagi nama ex girlfriend yang entah apa kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Uih... kalu ai, mmg x kan approved la nama anak ai letak ex-gf husband... dulu masa pregnant anak boy, husband ai nak letak nama aqil... laju je ai reject sbb dkt dgn nama ex-gf dia... "aqilah".. puiii..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Heh. Kalau akak , akal.tempeleng laki ku itu. Kekdahnya hasil percintaan kita kau namakan dgn ex gf mu. Dasarrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki: Lelaki tu bodoh..kalau rasa xleh move on ngn ex,tlg jgn cari org lain..sila mereputzzzz dg angau kt ex tu..not just guys ye,y gegels pun sama..Kalau d ...

Dik xbaik mencarut bodoh atau stupid atau idiot atau jantan sundal atau bongok atau menantu jahanam atau laki xmove on atau celaka?  Ini hanya contoh sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:37 PM | Show all posts
kalau dpt baby girl jgn bagi laki bagi nama ahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:41 PM | Show all posts
Untuk elakan sebarang isu eloklah guna nama lain je.  Banyak je nama lain yang boleh digunakan demi kebaikan kedu2a pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah henjut..dah cret...dh buat bunting...dah beranak..tetbe kau tk.leh move on..and nk nama kan anak dengan nama ex... Mohon pupus jantan mcm ni...masa main leh plak move on tk ingt lak ex...bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ada srg pompuan dinamakan sempena nama skandal bapak dia..mak dia x tahu pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa bersama agknye laki tu terbayang2 exgf tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok je...ltk nme anak ikut name ex... pasangn ak pun no hal...jji nme ank sodappp
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam xda nama lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bodohnya jantan tu.. Takde sensitivity langsung.. Kalau tak move on lagi jangan kawen dulu la hanett.. Kesian bini kau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082623 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list