CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17957|Reply: 112

Siti Nurhaliza cipta rekod jualan tertinggi GoShop, rm67,000 seminit, lebih 7 ka

  [Copy link]
Post time 7-1-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddysheddy at 7-1-2019 06:50 PM

BERITA|GAYA HIDUP

Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas 'gegarkan' Go Shop

Astro Awani |Januari 07, 2019 17:40 MYT

Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama catat jumlah jualan 7 kali ganda melebihi sasaran awal! - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama oleh penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di saluran membeli-belah Astro, Go Shop sepanjang dua jam masa bersiaran.

Malah, pelancaran koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro itu boleh membuatkan Datuk Seri Siti senyum meleret apabila dilaporkan turut mencatatkan jualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Bersiaran pada Ahad, penyanyi nombor satu negara itu tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop di (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110).

Program turut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk peralatan memasak ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Semasa program berlangsung, Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Di samping itu, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’ itu.

Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour?

Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019.Jadi tiga pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM710.00 ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, peminat boleh melayari:bit.ly/DSCTxConcert

Produk ini juga boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih namun untuk tempoh terhad.

Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayariwww.goshop.com.myatau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.


Tag:Siti Nurhaliza,Go Shop,Vantage,Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour


.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Hanya dalam tempoh dua jam penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya membuat jualan Set Istimewa Vantage berjumlah RM8 juta ringgit bersamaan kira-kira RM67,000 seminit.

Rekod jualan itu dicipta menerusi platform niaga digital, GoShop, malam tadi.

MHETV melaporkan, dalam rancangan tersebut Siti Nurhaliza berjaya menjual 22,000 unit Set Istimewa Vantage yang berharga RM369 setiap satu.

Info tersebut dikongsi oleh penulis berpengaruh media sosial yang digelar Bapa Viral Kebangsaan iaitu Khairul Hakimin Muhammad yang memuat naik pada laman Facebook peribadi miliknya. – MHE TV

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok....next
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku caye x caye jer bla jual online gini tulis dah terjual ribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:28 PM | Show all posts
haruslah replied at 7-1-2019 07:21 PM
Aku caye x caye jer bla jual online gini tulis dah terjual ribu riban

strategi aka trigger utk mendapatkan lebih lagi pelanggan je...sama mcm movie pun, kata seminggu dpt 10juta (contoh) tu sebenarnya separuh je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 08:19 PM | Show all posts
caya x caya..lantak la uols... penangan cikki bernama Siti nok... retis2 lain boleh whoareyus je la...dah lebih 20 tahun...x de lagi retis dpt capai macam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng acik kepam kena kencing je yg beli
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 09:49 PM | Show all posts
ya ampon kose la chuols skrg bukak tv semua goshop n cjwow shop, blom lg masuk shop sendu kt tv2 n tv alhijrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
debab76 replied at 7-1-2019 09:49 PM
ya ampon kose la chuols skrg bukak tv semua goshop n cjwow shop, blom lg masuk shop sendu kt tv2 n t ...

Tu la segala mala shop..mcm go shop tu dah ada channel sendirik pon nak curik slot dekat astro ria, prima, naura hd...org byr tiap2 bulan bukan nak tgk home shopping channel
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:18 PM | Show all posts
Edited by debab76 at 7-1-2019 10:19 PM
pencintaABC replied at 7-1-2019 10:14 PM
Tu la segala mala shop..mcm go shop tu dah ada channel sendirik pon nak curik slot dekat astro ria ...

khuen tu paling sakit hati yach belum lagi tv9 n ntv7 content 90% cjwow shop selebihnya rancangan ulangan n berita. kose sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 7-1-2019 08:19 PM
caya x caya..lantak la uols... penangan cikki bernama Siti nok... retis2 lain boleh whoareyus je la. ...

Khen.. haha percayalahhhh kasihmu lama tersulam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
debab76 replied at 7-1-2019 10:18 PM
khuen tu paling sakit hati yach  belum lagi tv9 n ntv7 content 90% cjwow shop selebihnya ra ...


Ntv7 and tv9 tu nak buat macam mana, orang tak tengok sangat, lagipun bukan saluran berbayar. Iols kadang2 lupa pasal kewujudan 2 saluran ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah x tgk tv sbb nk mngurangkan sakit ati... dgn rncngn jual brg, dgn iklan yg ntah hapa2... drama mlyu yg x bfaedah... siaran ulangan... potong astro mmg rasa puas ati sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
woww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak tau pulak ada org yg digelar Bapa Viral Kebangsaan.. sape2 yg tau boleh bg pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm dikencingi utk hype hype. So lwbih ramai org rasa okk mak nak beli jugekklahhhh periuk ni sbb dah 22k maknusia lain beli. Tp ta sampai hati kaka nak ckp sbb kaka juga ngefans sama toksriti hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak taulah statistik boleh percaya ke.  Tapi emang pagi Ahad tu aku bangun lambat turun bawah tengok mak aku nengok muka siti goshop.  Aku pun cakap aikk siti layan goshop?  Terus mak aku cakap jom beli ni.  Haihhh aku haihhkan mak aku terus masuk dapur sarapan.

Kalau ada 22k spesis mak aku tengok goshop pagi ahad tu maka aku purrcaya jugaklah statistik berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
eddysheddy replied at 7-1-2019 11:06 PM
I tak tau pulak ada org yg digelar Bapa Viral Kebangsaan.. sape2 yg tau boleh bg pencerahan

Btol....aku pon tertarik bab ni. Sapo dio ni? Yo yo oo je bapa viral kebangsan....sape yg gelarkan tah. Mslhnye aku xkenal pon name tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
X pelik pun. Teringat fan kpop tweet kutuk dct... Terus army ctdk serang budak tu sampai tutup segala mala social media.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 7-1-2019 10:27 PM
Ntv7 and tv9 tu nak buat macam mana, orang tak tengok sangat, lagipun bukan saluran berbayar. Io ...

Tv8 lagi la rasa tak wujud dah..
Sbb chanel dia start no 7
Klu tv7 n tv9 tu masa tekan2 chanel up or down tu lalu gak nombo dia..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083497 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list