CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7745|Reply: 58

“Syinta dah serik…” - Safiey Ilias dilema jemputan Mufti WP

  [Copy link]
Post time 8-1-2019 08:32 AM | Show all posts |Read mode

(Kiri) Penampilan terbaharu Safiey Ilias. (Kanan) Safiey Ilias semasa berpakaian lelaki.

SELEPAS tiga hari berdiam diri, usahawan kosmetik, Safiey Ilias akhirnya bersuara memberi respons mengenai jemputan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk mengadakan pertemuan bersama.
Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias lebih menekankan tentang jangkaan yang bakal dihadapinya selepas pertemuan tersebut.

“Bukan tak nak jumpa mufti, tapi nanti masyarakat suka 'expect too much'. Balik jumpa mufti mesti berubah jadi laki.
“Lepas tu benda lain lagi orang akan cakap, (strategi) pemasaran tu nak keluar lagu baharu, produk baharu, atau satu lagi (dilabel sebagai) penunggang agama," katanya menerusi perkongsian di laman sosial Instagramnya pada Isnin.


Safiey memberi repons berhubung jemputan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi posting di Instagramnya.

Safiey turut meramalkan dihujani kecaman dan kritikan sekiranya tidak memutuskan untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki selepas pertemuan dengan mufti.
“Pastu lagi satu, bodoh la dia ni memang hati hitam dah jumpa mufti masih tak berubah. Syinta (gelaran buat Safiey) dah serik dah hahaha.
“Jumpa Ustaz Ebit hari tu pun korang jangka macam-macam. Salah ke nak pergi belajar ilmu agama tambah ilmu. Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah tiga hari," katanya merujuk penyertaannya dalam program dakwah bersama pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Safiey Ilias pakai bikini, Mufti WP tulis surat terbuka ajak 'mengeteh'
Zulkifli pada Jumaat malam lalu menerusi surat terbukanya menjemput Safiey ke pejabat beliau untuk berkongsi pandangan dan luahan bagi membolehkannya membantu usahawan muda itu untuk kebaikan bersama.


Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ia susulan beberapa gambar Safiey yang tular baru-baru ini, dipercayai memakai bikini selain pakaian wanita sewaktu percutiannya ke Pulau Langkawi yang dikongsi di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Safiey yang sebelum ini pernah menjadi sebutan kerana keputusannya untuk berhijrah daripada seorang mak nyah untuk kembali kepada fitrah, disifatkan oleh mufti sebagai satu perkhabaran yang gembira.
“Semasa saudara mengumumkan untuk ‘berubah’, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.
“Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan ‘imej baharu’. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan," kata Zulkifli sambil menambah beliau melihat Safiey benar-benar berusaha untuk keluar dari segala permasalahan tersebut.


Safiey Ilias berbikini semasa bercuti di Pulau Langkawi, baru-baru ini. Foto Instagram safieyilias94
Safiey sebelum ini juga dilaporkan pernah menjalani pembedahan bagi membuang implan payu dara selain menunaikan umrah, sebagai usahanya untuk kembali ke pangkal jalan.Usahawan berusia 25 tahun itu bagaimanapun kembali tampil berpakaian wanita, sekali gus mengejutkan banyak pihak.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, Safiey menjawab pertanyaan seorang netizen sama ada telah berjumpa Mufti Wilayah Persekutuan itu.
”Tak nak jumpa nanti orang cakap nak berubah. Penunggang agama, pemasaran dan macam-macam lagi lah," kata Safiey membalas pertanyaan pengguna instagram @syima_amanda.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyah ni mmg dah salah tp pngikut2  yg duk sokong duk follow tu mmg hangjeng sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols x nak berubah.. TITIK.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:40 AM | Show all posts
pangai dia mmg lain drp yg dulu
molot leh tahan tahap longkangnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
La 25tahun ke dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tetek dia yang baru ni ke atas sangat. Nasib x bercantum dgn clavicle bone/collarbone

Pelik tengok tetek dekat sangat dgn leher. Kalau ada baby, baby menyusu lalu esofagus agaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 09:01 AM | Show all posts
kira untung la mufti nak jumpa~~~ ingat senang ke nak dapat undangan mufti. Nak jemput bagi ceramah pon kena tunggu turn ye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:02 AM | Show all posts
terang terangan dah...

tapi jangan risau safiey...ada jer macai free akan backup ko dengan ayat

"Kau pulak sape nk suruh dia ikut kehendak kau? Abang dia? Bapak dia? Kalau bukan aku rasa sedara mara dia sndr pun boleh buat kerja menegur dia tu. Family ko,sedara mara ko semua tu dah bertudung litup tutup aurat sempurna? Kalau belum pegi suruh family sndr dulu sebelum sibuk nak betulkan hidup org lain yg lansung x kenal ko pun."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 09:05 AM | Show all posts
Nak berubah kena ada sokongan. Masalahnya dia duduk dalam dunia Serba Tech sekarang. Dulu kalau makcik bergosip depan pintu pagar, depan tangga, so takde sangat echo dia. Sekarang Gosip dah tahap Gaban.  So maybe this safiey imannya belum cukup kuat nak menepis cobaaaannnnn!!!  Tapi betul jugak, mulut tu kena jaga. Tak boleh terlalu laser merah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:09 AM | Show all posts
joy_ah replied at 8-1-2019 08:59 AM
Tapi tetek dia yang baru ni ke atas sangat. Nasib x bercantum dgn clavicle bone/collarbone

Pelik  ...

baru2 mmg duduknya ke atas sikit... mcm ala2 masih pejal gitu..
nanti lama2 sikit di turun ke bawah, baru nampak normal...
kena sering di uli2 gitu, biar lembut dan jatuh bawah sikit...
gitu uollls....

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:11 AM | Show all posts
so kenapa tak tangkap jer mangkuk ni? apa bezanya dia dgn pondon2 lorong lain?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:28 AM | Show all posts
Kan orang dah kata "Hangat-hangat Safiey Alias"
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mufti tu mesti dia rasa x amanah plak ngan jawatan die sbb tu terpaksa panggil si sapi ni wlau pun byk isu lain yg lebih berat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:52 AM | Show all posts
joy_ah replied at 8-1-2019 08:59 AM
Tapi tetek dia yang baru ni ke atas sangat. Nasib x bercantum dgn clavicle bone/collarbone

Pelik  ...

Hahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:52 AM | Show all posts
joy_ah replied at 8-1-2019 08:59 AM
Tapi tetek dia yang baru ni ke atas sangat. Nasib x bercantum dgn clavicle bone/collarbone

Pelik  ...

kopek pelsu apa nak heran sis

esok esok leh adjust lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hairi kawan dia tu elok je berubah..dia ni mmg xmakan saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 10:09 AM | Show all posts
Pondan2 Malaysia nak mendunia jugak la nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:18 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 8-1-2019 09:09 AM
baru2 mmg duduknya ke atas sikit... mcm ala2 masih pejal gitu..
nanti lama2 sikit di turun ke baw ...

sape nak uli tu? dia masih dgn bf dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau dgn pandangan netizen...ape punye jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:32 AM | Show all posts
Y-Nots! replied at 8-1-2019 10:18 AM
sape nak uli tu? dia masih dgn bf dia ke?

ala2 da clash kan... tapi ramai aja tu jantan2 gersang yg tertarik dengan spesis mcm nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.083313 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list