CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2292|Reply: 12

Pimpin tangan 'uncle Cina' & muat naik gambar di Twitter - Gadis nafi nak 'f

  [Copy link]
Post time 8-1-2019 08:43 AM | Show all posts |Read mode

Nur Aenil sempat merakam gambar dirinya memimpin tangan seorang lelaki Cina berusia 50-an untuk menuruni tangga monorel, Jumaat lalu.

TANPA berfikir panjang, seorang wanita secara spontan menghampiri seorang lelaki Cina berusia lingkungan 50-an selepas melihat lelaki itu sukar menuruni tangga di stesen monorel NU Sentral.
Dalam kejadian pada tengah hari Jumaat, wanita berkenaan, Nur Aenil Iskandar, 24, baru sahaja selesai menghadiri temu duga di sebuah syarikat swasta di ibu negara dan secara kebetulan berada di stesen yang sama untuk pulang ke Puchong.

"Saya perasan ada seorang kakak asyik panda ke arah uncle tersebut yang berbangsa Cina. Jadi, saya pun melihat ke arahnya juga dan nampak dia macam susah nak turun tangga tu.
"Saya terus menuju ke arah uncle tu dan tanya sama ada dia nampak atau tidak? Dia juga tak pakai cermin mata atau tongkat orang buta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.


Wanita yang berasal dari Mentakab, Pahang itu memuat naik tentang insiden tersebut ke laman Twitter dan tidak menyangka ia meraih pelbagai reaksi, kebanyakannya positif dalam kalangan netizen.


Posting Nur Aenil tular di Twitter.
Setakat ini, posting berkenaan menerima lebih 21,000 ulang kicau (retweet) dan mendapat lebih 13,000 tanda suka (like) di Twitter.
Jelas bekas pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, itu lelaki yang dibantunya mengalami masalah penglihatan kabur dan hanya boleh melihat bayang-bayang untuk berjalan.
Tambah wanita yang mesra disapa Nelly itu, dia sempat berbual dengan uncle tersebut untuk bertanya serba sedikit tentang latar belakang dirinya.
"Uncle tu kata dia bukan buta sepenuhnya dan mula mengalami masalah penglihatan selepas ditimpa kemalangan.
"Saya tak pasti bila kemalangan tu berlaku, tapi katanya insiden itu terjadi selepas dia sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak," ujarnya.


Nur Aenil terharu dengan sikap rakyat Malaysia yang prihatin.
Menjawab beberapa tuduhan negatif terhadap dirinya, Nur Aenil menjelaskan dia bukan ingin mencanangkan kebaikan yang dilakukannya, tetapi terharu dengan sikap prihatin rakyat Malaysia yang turut menghulurkan bantuan kepada lelaki Cina tersebut.
Wanita yang kini bekerja sebagai kerani di Shah Alam itu memberitahu, terdapat beberapa orang awam berbangsa Cina, Melayu dan India tampil memberikan bantuan setelah melihat dia memimpin tangan lelaki itu.
"Saya bukan nak famous, tweet tu sebenarnya nak sampaikan mesej yang kita masih amalkan perpaduan antara kaum dan hidup aman damai.
"Sebenarnya, isu perkauman ni menjadi-jadi di media sosial sahaja kerana di situlah terdapat isu-isu negatif yang dikongsikan oleh netizen.
"Bila dah banyak perkara negatif, lama-lama kita akan terpengaruh dan mula menokok tambah. Tapi realitinya, kita tidak begitu," kata Nur Aenil.
I was on my way back to Puchong from Nu Sentral. Then dah keluar monorel dekat tangga aku perasan ada satu uncle cina ni macam mengalami kesusahan utk turun pic.twitter.com/J3Kfog6lbr


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 08:47 AM | Show all posts
Edited by jazaa100 at 8-1-2019 08:49 AM

Bagus budak ni....

Tapi cara kau pegang tgn tu,blh buat uncle bergetar tulang rusuk kiri dohhh...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeewwwweee bbnu
Semua nak snap pastu canang.. gila batak like
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:36 AM | Show all posts
kalau buat baik tak tayang kat socmed tak voleh ke sis

nampak sangat batak viral
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:58 AM | Show all posts
dia sendiri pimpin, pastu sambil tu sendiri snap ker
lain la kalau org lain yg snap, dia x sedar pastu tahu2 da viral ..
sbb tu ada jerk yg bersangka buruk..
apa2 lah dik oiii..
ok la tu berbuat kebaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 11:52 AM | Show all posts
fushimi replied at 8-1-2019 09:36 AM
kalau buat baik tak tayang kat socmed tak voleh ke sis

nampak sangat batak viral

Orang sekarang ni kalau tak post kat socmed memang tak sah kan. Semua benda nak bagitau orang. Pastu kalau kita kata dia batak viral start la keluar hujah2 kona baring dia nak justify kenapa dia post. Eh menyampah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 12:12 PM | Show all posts
Kalau aku ada socmed, agaknya pensil aku patah pun aku post. Syukur sgt daku tak ada socmed
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:24 PM | Show all posts
Sebab tu tak perlu semua benda pun nak ditularkan apatah lagi bila buat kebaikan.  Niat untuk dijadikan contoh mungkin akan disalah ertikan orang yang membaca dan melihat.  Takut feedback positif yang diharapkan jadi negetif pulak jadi sia2 menularkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 12:56 PM | Show all posts

patut ko suruh la member ko snap curi2 dik
then post kat pesbuk @ twidddeeerrr

ni ko pimpin, ko snap, ko post
memang mengundang laaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 04:59 PM | Show all posts
dalam nak tolong tu sempat lagi snap gambo post kt media sosial...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 07:32 AM | Show all posts
fofuler replied at 8-1-2019 11:52 AM
Orang sekarang ni kalau tak post kat socmed memang tak sah kan. Semua benda nak bagitau orang. Pas ...

kalau berjimak tu boleh upload masing2 akan tunjuk kehebatan masing.
tinggal lagi tak boleh je..kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
putribonda replied at 9-1-2019 07:32 AM
kalau berjimak tu boleh upload masing2 akan tunjuk kehebatan masing.
tinggal lagi tak boleh je..k ...

Yang ni ada susah kot sebab lelaki melayu aversge size kote berwpa inci saja? Dan rasanya ramai yang canang hebat tu in real life macam hampeh je. Tengok saja porn melayu. Aduh sungguhlah layu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 02:30 PM | Show all posts
Post yang boleh mengundang bawang terkopek sebanyak 1000 biji ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062878 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list