CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 922|Reply: 3

Silap 'orang', pencuri dibelasah atlet wanita UFC

[Copy link]
Post time 8-1-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG
pencuri cedera dibelasah atlet wanita UFC (Ultimate Fighting Championship) selepas cuba mencuri telefon bimbitnya.
Pejuang profesional Polyana Viana berkongsi gambar lelaki yang cuba mencuri telefon bimbitnya, namun malang buat pencuri itu apabila menerima 'habuan' tanpa diduga.
Viana antara bintang UFC yang semakin dikenali selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan pada penampilan pertama dalam UFC tahun lalu.
Insiden berlaku di Rio de Janeiro Sabtu malam lalu walaupun ketika itu lelaki tersebut mendakwa dia mempunyai senjata.


"Apabila dia nampak saya melihatnya, dia terus berdiri di sebelah saya. Dia bertanyakan saya, dan saya jawab saya nampak dan dia tidak mahu beredar.
"Jadi saya telah merampas telefon bimbit dan letaknya di pinggang. Dan dia  berkata, 'berikan pada saya telefon itu. Jangan cuba bertindak kerana saya ada senjata'. Dan selepas itu dia acukan tangan (pistol) ke arah saya , namun saya sedari ia  terlalu lembut.
"Dia berada terlalu dekat dengan saya. Jadi saya fikir, jika betul itu pistol sudah pasti tidak ada masa lagi. Saya bertindak dengan menghayunkan dua tumbukan dan menyepaknya.
"Dia jatuh dan saya terus menangkapnya. Saya duduk di atasnya dan berkata 'sekarang kita tunggu polis'," jelasnya.
Presiden UFC Dana White berkongsi gambar tersebut di Instagramnya dengan '#badf******idea'.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wanita2 Malaya patut tumbuk suami mereka sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:26 PM | Show all posts
Mendapat sudah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:55 PM | Show all posts
ko samun pro ufc fighter
memang berkicap darah la dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.099401 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list