CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 9

Pelanggan Restoran Hotpot Tersedak 'Dihidangkan' Video Aksi Panas, Sabotaj Ke?

[Copy link]
Post time 8-1-2019 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, media melaporkan IKEA di Hong Kong tidak sengaja memaparkan video porno di skrin besar pintu masuk.


Terbaru, Shanghaiist melaporkan pelanggan di sebuah restoran di China yang sedang menikmati hidangan pada malam Sabtu dikejutkan dengan kejadian tidak disangka-sangka apabila skrin besar yang sedang memainkan iklan promosi restoran itu tiba-tiba memaparkan video lucah.








Kejadian itu berlaku di restoran Haidilao, sebuah rangkaian restoran periuk panas (hotpot) di bandar Wuhan yang terkenal dengan khidmat pelanggannya yang sangat bagus.


Seorang pelayan yang menyedari kejadian segera mematikan suisnya, namun salah seorang pelanggan sempat mengambil gambar kejadian memalukan itu.


Dengan kuasa viral, imej tidak senonoh itu menjadi tular di media sosial tempatan, Weibo dan mencatatkan lebih 370 juta tontonan.


Keesokannya, pihak restoran memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka telah melaporkan kejadian kepada polis. Bagaimana video itu 'termain sendiri'? Pihak restoran juga tiada jawapannya.


Namun, netizen membuat spekulasi bahawa terdapat pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memainkan video itu menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar mereka.




Kredit foto: Shanghaiist




Oh, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada Haidilao. Tahun lalu, restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.


Tidak lama kemudian, muncul tajuk utama mengenai seorang wanita yang mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di situ.


Haidilao ditubuhkan pada 1994 oleh bekas pekerja kilang dan telah berkembang di China dengan lebih 190 cawangan. Malah, ia turut melebarkan sayapnya di seluruh dunia ke bandar-bandar seperti Los Angeles, Singapura, Seoul, dan Tokyo.


Lebih menarik, pelanggan yang menunggu meja di Haidilao ditawarkan rawatan kuku dan urutan percuma! Jadi, memang tidak hairanlah mereka dikatakan memiliki khidmat pelanggan terbaik!


Adakah kes ini bertujuan mensabotaj imej Haidilao? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 03:41 PM | Show all posts
potong selera kalau mcm ni punye vid tertengok
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedakbe         
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan sabotaj. ni pelaris
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 06:53 PM | Show all posts
sabotaj kut

aku masa zaman matrik, penah pegi makan kat satu restoran baru bukak
semua dalam tu pekerja Indonesia. masa tu baru 18, berdikari tengok dunia
dapat nasi goreng, tengah makan, waiter tu pegi bantai pasang lagu dangdut goyang-goyang separuh bogel   oh my, my innocent eyes

the first and the last aku makan situ. habis makan keluar sumpah seranah sakit hati
cukup sebulan lingkup
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 11:16 PM | Show all posts
ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultraline: ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama


Ye betul..smart tv ni u blh je cast,stream. Just download apps model smart tv tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 02:32 PM | Show all posts
MEmang boleh sabotaj pun. Tu lah bahayanya smart tv kalau tak di set kan betul betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 03:50 PM | Show all posts
Mesti rasa awkward kan lepastu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 04:55 PM | Show all posts
Dulu gi lepak dekat kedai makan tokey bukak rancangan wrestling. Tapi sekarang nie dah tukar pulak bukak citer wrestling atas katil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059281 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list