CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27029|Reply: 175

[Tempatan] Edisi Plot Twist: Tengku Mahkota Pahang Bakal Naiki Takhte? [#119 Daulat Tuanku!

  [Copy link]
Post time 8-1-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 11-1-2019 11:01 PM



http://twentytwo13.my/issues/tengku-abdullah-next-agong/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 08:51 PM | Show all posts
plot twist auta rentung lagu ni pulak ceq...wakakakkakakakakkaa


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:56 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 8-1-2019 08:51 PM
plot twist auta rentung lagu ni pulak ceq...wakakakkakakakakkaa

aku  malu tengok video budak  equal wealth saksama ni  ....malu sebab dia gigih nak dipuji hebat ,walaupun tempang masih datang kerja kahkahakha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:01 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 8-1-2019 08:56 PM
aku  malu tengok video budak  equal wealth saksama ni  ....malu sebab dia gigih nak dipuji hebat , ...

zaman viral ceq....mungkin syed soddoq lupa yang lakonan auta rentung dia pun boleh diviralkan...wakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:07 PM | Show all posts
Apooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Share
Share

Tweet

Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hanya boleh ditabalkan sebagai Sultan Pahang sekiranya ayahandanya, Sultan Ahmad Shah turun takhta dengan reda hati sendiri.

Berdasarkan kepada Perkara 9 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Raja Pemerintah iaitu Sultan Ahmad Shah boleh turun takhta dan melepaskan hak serta kuasa diraja jika baginda ingin berbuat demikian dengan reda hati sendiri dan perlu menandatangani Surat Perintah.

“Jika pada masa turun dari takhta, Raja Pemerintah itu bersemayam dalam negeri ini (Pahang), maka perintah mengesahkan turun dari takhta hendaklah dijalankan dengan suatu Surat Perintah ditandatangani baginda dan diletak cop Mohor Negeri.


“Surat Perintah berkenaan hendaklah disaksikan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan yang kedua-duanya hendaklah hadir bersama-sama pada masa Raja Pemerintah menurunkan tandatangan pada Surat Perintah itu,” mengikut kandungan tertulis dalam dokumen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Ia turut menerangkan sekiranya Raja Pemerintah atau Sultan Ahmad Shah tidak bersemayam dalam negeri ketika turun takhta, perintah mengesahkan turun takhta itu hendaklah dibuat dengan Surat Perintah dengan diletak cop Mohor Negeri ditandatangani Menteri Besar Pahang dan Setiausaha Kerajaan Pahang.

“Selepas selesai disempurnakan Surat Perintah turun takhta, maka Raja Pemerintah hendaklah disifatkan bukan lagi Raja Pemerintah dan menarik diri daripada hak-hak dan tuntutannya ke atas negeri.

“Surat Perintah turun takhta itu hendaklah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dan dihebahkan kepada penduduk-penduduk negeri dengan seberapa segera,” mengikut dokumen berkenaan.

Portal, twentytwo13.my hari ini dipetik sebagai berkata, kemungkinan Tengku Abdullah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Memetik sumber dekat Istana Pahang, portal itu melaporkan ada perbincangan bagi tujuan itu dan sekiranya berjalan lancar Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya dalam masa terdekat.

“Ia berkaitan masalah kesihatan... untuk menjadikannya, baginda perlu ditabal sebagai Sultan (Pahang) oleh ayahandanya (Sultan Ahmad Shah) untuk mengambil alih dan pertabalan harus diadakan secepat mungkin,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.

Tengku Abdullah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember 2016.

Sementara itu, sumber rapat dengan Tengku Abdullah dan Pejabat Sultan Pahang di Pekan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Difahamkan, Tengku Abdullah dijangka kembali ke tanah air Jumaat ini dan kini berada di London untuk menghantar anakandanya, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Mengikut tradisi giliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan adalah Pahang diikuti Johor dan Perak, namun keputusan pemilihannya akan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun Sultan Ahmad Shah dikatakan sedang gering dan Tengku Abdullah boleh ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI sekiranya baginda dilantik sebagai Sultan Pahang.

Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Ahad lalu, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng jeng jeng. Awat SJ kecut ka belum jumpa che det lg khuensss xkan da kecut takmo jd YDPA
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:37 PM | Show all posts
setakat bagi jawatan je kan....

harta simpan dulu sebab masih hidup....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 09:42 PM | Show all posts
jeng jeng jeng

baru macam movie
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 8-1-2019 09:42 PM
jeng jeng jeng

baru macam movie

Game of thrones versi malaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
YDPA mana jatuh kepada yang paling junior...calon2 ,Selangor,Perak,Johor,N.S
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 8-1-2019 09:34 PM
Jeng jeng jeng. Awat SJ kecut ka belum jumpa che det lg khuensss xkan da kecut takmo jd YDPA

Knp sj kecut pulak?...

Kau tau dulu sultan ismail ayahabda sultan iskandar, tak ingin pun jadi agong....sama juga dgn ayahanda sultan ismail sir ibrahim.....sbb dulu kerabat johor harta byk...tak pandang pun elaun jadi agong tu...

Bila sultan iskandar setuju jd agong, kitorang frust gak.....kira mcm pecah tradisi lah....
.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
so porumer cari bakalan permaisuri agong btw sultan yg turun takhta nak panggil gelaran apa? ayahanda sultan moscow pon kebanyakan ummah masih panggil sultan ismail
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Logic ke ni.. tmp x pernah jadi sultan... tetiba terus nak naik kan jadi Agong?Maybe jadi Timbalan Agong jer and Raja Nazrin yg Agong sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:42 PM | Show all posts
menggelupur ke tak oren?oren mana oren? menikus je...dah balik m'sia ka
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:44 PM | Show all posts
boksit neh tagteam najib.takyah la pemuja mamak bendahara happy sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 8-1-2019 10:40 PM
Logic ke ni.. tmp x pernah jadi sultan... tetiba terus nak naik kan jadi Agong?Maybe jadi Timbalan A ...

Bole je. Yng xboleh klai xikot tututan saper jd agong melainkan ade yng nk lepaskn giliran
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam terhegeh hegeh jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat isu bauksit tu mmg akak xleh terime set2 ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.119152 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list