CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5578|Reply: 11

Rintis Sungai Tebak – Part 01

[Copy link]
Post time 9-1-2019 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by leblues at 9-1-2019 07:49 AM

Lokasi memancing yang dikatakan masih dara atau paling tidak pun hanya sekali sekala kena ‘romen’ memang wujud, namun ia memerlukan perancangan yang rapi untuk menerokanya.

Toman saiz bujang yang menghentam gewang handmade yang dibeli secara online oleh Naim.

Setelah saya dan beberapa rakan masuk ke Sungai Senteroh sedikit masa dulu. Inilah trip susulan yang kami lakukan untuk memancing di Empangan Linggiu. Khabarnya Sungai Tebak yang akan kami tujui ini adalah lokasi yang paling jauh dan sungai yang paling jarang dikunjungi oleh orang luar. Mendengarnya pun kami sudah bersemangat. Harap-harap trip ini akan cemerlang dengan tangkapan yang kami inginkan iaitu Toman dan Sebarau.

Toman ini menyambar jump frog Hamdan ketika keluar dari Anjung Batu.

Untuk mencapai tujuan tersebut kami membawa 2 buah bot fiber yang ditarik dengan troli berserta enjin sangkut melalui tepi kebun sayur yang jalannya agak teruk hingga ke tepi tasik. Selain itu bahan api juga perlu dibawa secukupnya.

Selain perjalanan ke Sungai Tebak yang jauh ini, kami juga perlu keluar mengilat di dalam sungai atau di kuala sungainya selain meninjau dan mencuba nasib di suak-suak yang terletak berhampiran.

Snap pin kepunyaan Naim yang terkangkang di ‘ngap’ Toman. Sekali henjut je gewang terus ghaib.

MERENTAS TASIK

Untuk pergi ke sungai tujuan kami perlukan guide yang mahir dengan selok belok empangan ini. Seperti trip Senteroh dulu kami mendapatkan khidmat Faudzi yang sudah biasa dengan keadaan tasik ini tidak kira sama ada semasa paras air tinggi ataupun rendah.

Anak Toman yang saya kira baru hendak belajar mengganas. Campak saja gewang terus diserbunya.

Setelah menempuh perjalanan selama dua setengah jam akhirnya kami sampai ke sungai yang kami tuju. Kami mencuba mudik ke lokasi yang paling hulu dengan tujuan mencari tapak perkhemahan yang sesuai. Semakin ke hulu, sungai ini menjadi semakin sempit dan permukaan sungainya pula dipenuhi rumpair yang boleh mengganggu kelancaran pergerakan bot.

Kawasan lapang di Sungai Tebak menjadi kawasan Sebarau memburu diet nya. Salim bernasib baik kerana sebarau ini menjumpai gewang yang di gunakannya.

Akhirnya kami keluar semula dan memilih tapak khemah yang kami anggap ‘asal boleh’ sahaja berhampiran kuala. Permukaan tanahnya tidak rata dan boleh menyebabkan kami sakit pinggang dan belakang jika tidur diatasnya. Tapi kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa juga berkhemah di situ.

Walaupun saiz Sebaraunya kecil, jika sudah banyak seronokjuga melayannya.

HENTAMAN SANG TOMAN

Siap saja memunggah barang dari bot dan mendirikan khemah, set pancing terus kami siapkan dan saya serta Naim dengan bot yang kecil pantas menuju ke muka kuala Tebak. Kawasan berkayu menjadi pilihan kerana dilihat berpotensi sebagai tempat Sebarau dan Toman bermain.

Lorong ini dipercayai laluan ‘orang kuat ‘ turun ke sungai. Mujur khemah kami agak jauh dari sini.

Percubaan kami di kawasan itu membuahkan hasil kerana Sebarau dan Toman bujang boleh dikatakan galak menghentam gewang dan sesudu kami. Cuma nasib Naim agak kurang baik kerana pencil Imakatsu Trairaonya hilang sekelip mata apabila Toman saiz kasar menyambarnya. Kuasa ganas hentamannya menyebabkan pin yang digunakannya ternganga sekelip mata!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 10:43 AM | Show all posts

geramnya tengok toman tu

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemancing2 ni terer berenang tak?.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagi 1...part 01 page 1 pun X penuh dah buka part 02....adehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 12:19 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-2-2019 08:02 AM
Ni lagi 1...part 01 page 1 pun X penuh dah buka part 02....adehhh

Nak tggu 100 page ke baru blh buka thread lain? Mod yg lain, smod, admin tk pernah kata gitu pun

@AceHand @admin6



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 12-2-2019 12:19 PM
Nak tggu 100 page ke baru blh buka thread lain? Mod yg lain, smod, admin tk pernah kata gitu pun
...

Dah tu hang buka lah sampai Part 10 setiap satu cerita. ...kenapa tak satu kan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2019 01:01 PM | Show all posts
Patut laaaa pra mod lagi rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 12-2-2019 01:01 PM
Patut laaaa pra mod lagi rupanya

La..awatnya dik. ..akak ckp benda yang betul....topik yang sama engkau tulis sampai buka Part 01. .part 02. ..kenapa tak sekalikan. ...dan kenapa engkau nak sentap???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik TT...hang jgn majuk dengan akak. ..meh post lagi dlm thread hang ni....akak bg kredit jangan risau. ...ceritala lagi pengalaman hang kat sg tebak ni TT. ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 11:15 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-2-2019 09:39 AM
Dik TT...hang jgn majuk dengan akak. ..meh post lagi dlm thread hang ni....akak bg kredit jangan ris ...

Taklah kak, biasa je perkara mcmtu. Sy jgk minta maaf sbb ada terlepas cakap kat post tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
leblues replied at 15-2-2019 11:15 PM
Taklah kak, biasa je perkara mcmtu. Sy jgk minta maaf sbb ada terlepas cakap kat post tu.

Ala. ..X da apalah. ..jgn risau. ..kak bukan jenis ambil serius. ..ok lah rasanya leblues ada banyak pengalaman dalam memancing. ..jgn lupa sambung cerita sg tebak dan paste gambar2 menarik ok.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:14 PM | Show all posts
masuk jalan balak ni. ranger ikut sekali ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069090 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list