CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4839|Reply: 48

Cadar hanya guni beras! Nenek daif tak jemu tunggu bantuan walau ‘setiap kali pe

  [Copy link]
Post time 9-1-2019 08:52 AM | Show all posts |Read mode

Che Munah kini menyara hidupnya dengan menjual asam keping di Pasar Besar Siti Khadijah.


“Allah, nak menangis masa dia beritahu dari semalam tak makan nasi.”
Begitu luahan perasaan seorang penolong pegawai penyediaan makanan, Mohd Zamri Ismail, 30, ketika bertemu dengan seorang warga emas yang kelihatan serba daif sewaktu dia berkunjung ke sebuah pasar di Kota Bharu, Kelantan.

Pemuda yang berasal dari Kelantan itu bertemu dengan Che Munah Che Man, 80, di Pasar Besar Siti Khadijah pada Isnin sebelum bergerak pulang ke Sabah untuk mencari rezeki.



Beginilah keadaan rumah Che Munah yang serba daif.
“Saya memang selalu ke Pasar Besar Siti Khadijah kalau balik kampung. Kadang-kadang kalau nampak mak cik (Che Munah) ni, saya akan beli asam keping yang dijualnya,” kata Mohd Zamri ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Perkongsian Mohd Zamri mengenai pertemuannya dengan Che Munah kali ini menjadi tular sehingga ia dikongsi lebih 17,000 kali selepas dimuat naik ke Facebook pada petang Isnin.
Lelaki yang bertugas di Hospital Lahad Datu itu berasa sayu setiap kali dia melihat warga emas berkenaan gigih menjual asam keping, biarpun dia kelihatan lemah untuk berniaga.


Tempat tidur Che Munah yang menggunakan kotak beralas guni beras dan dilapikkan dengan tikar plastik di atasnya.
Tambah lelaki berusia 30 tahun itu, Che Munah tidak pernah meminta-minta kepada mereka yang lalu-lalang untuk membeli barangan jualannya.
“Dia tak meminta orang yang lalu-lalu di situ untuk beli asam keping. Dia hanya tunduk je, kadang-kadang bila tengok orang sekadar lalu, dia senyum je,” ujarnya.
Tambah memilukan, pemuda tersebut tersentuh hati apabila Che Munah memberitahu dia belum menjamah nasi dan bertanya kepada Mohd Zamri sekiranya dia sudi membelikannya beras dan budu untuk dimakan.



Antara barang dapur yang dibelikan oleh Mohd Zamri untuk Che Munah.
Tanpa berfikir panjang, Mohd Zamri menawarkan untuk membeli barangan dapur dan menumpangkan warga emas itu pulang ke rumahnya di Selising, Pasir Putih yang terletak lebih 30 kilometer (km) dari pasar tersebut.
“Mak cik tu naik bas selama 40 minit untuk berniaga di pasar. Tambang bas RM3.50, tapi katanya kadang-kadang pemandu bas tidak mengambil bayaran tambang daripadanya.
“Saya tumpangkan mak cik tu balik naik kereta saya dan sempat bersembang... dia kata, suaminya dah meninggal dua tahun lepas dan dia tiada anak,” jelas Mohd Zamri.



Mohd Zamri sering membeli asam keping daripada Che Munah setiap kali pulang ke kampung halamannya.
Sewaktu tiba di kediaman Che Munah, Mohd Zamri terkejut melihat keadaan rumahnya yang serba kekurangan.
“Sampai di rumah dia, sebak rasa sebab sangat daif. Dia tidur di atas kotak beralas guni beras.
“Pasal bantuan saya tak pasti macam mana. Dia cakap ada terima bantuan RM300 sebulan, tapi setiap kali ke bank untuk ambil duit, duit tak masuk-masuk,” ujarnya.
Menurut pemuda itu lagi, Che Munah sempat berpesan kepadanya: “Cucu, walaupun kita susah, kita jangan mencuri. Hati-hati bawa kereta.”



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah sedihnya. Harap pihak berwajib bantu kalau ada tempat boleh la tempat kan di rumah2 kebajikan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:37 AM | Show all posts
mohon kerajaan negeri kelantan proaktif ye tgk kebajikan rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ermmmm mata masuk habuk lak baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan dari mana yang tak masuk masuk tuh ? Sprm perlu siasat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:37 AM | Show all posts
x silap bantuan JKM skrg ni kena review blk every year so pemohon kena pi hantar or kemaskini maklumat kat JKM.. cara ni ada flaws skit bg aku sbb x semua penerima bantuan JKM aware psl ni esp mcm kes nenek ni yg xde org blh tlg uruskan utk dia.. maybe org JKM kena buat something utk pastikan xde kes kritikal mcm ni berulang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 10:41 AM | Show all posts
eh.. allahu.. sedehnya.. panas berair mata rasa nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada bank acct klu nk sedeqah kt makcik ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 11:11 AM | Show all posts
rumah nenek tua uzur ni boleh pulak kemas & lapang..tapi nampak lah barang2 lama.kesian...
yg kes dulu tu muda sehat beranak byk rumah cam alam flora
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 11:21 AM | Show all posts
Meiizu replied at 9-1-2019 11:11 AM
rumah nenek tua uzur ni boleh pulak kemas & lapang..tapi nampak lah barang2 lama.kesian...
yg kes d ...

masa memula tengok org share ni pun,
i bgtau benda sama. kemas je..
dan kucing2 tu pun nampak terjaga elok
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 11:59 AM | Show all posts
Sebab tu pentingnya pihak yang berkenaan sentiasa turun padang untuk memastikan kebajikan golongan sebegini terjaga.  Bila dah terlalu susah kadang mereka tak tahu kemana nak minta bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 12:51 PM | Show all posts
dalam dia sendiri bergelut untuk hidup
rumah still kemas bersih berjaga lagi
bela kucing pulak tu

semoga dipermudahkan urusan makcik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga nenek cepat mendapat bantuan supaya dapat hidup dengan lebih baik dan selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
samsurfer replied at 9-1-2019 10:50 AM
Ada bank acct klu nk sedeqah kt makcik ni?

Aku ada acc dia. Pm tepi nom tel ko.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada acc dia. Smlm dpt dr grup wssp. Tp xleh upload plak. Screenshot pn xleh nk upload gak. Nate beruk btul. Sape2 yg ikhlas nk derma kt nenek tu pm nom tel korang. T aku wssp.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 9-1-2019 11:11 AM
rumah nenek tua uzur ni boleh pulak kemas & lapang..tapi nampak lah barang2 lama.kesian...
yg kes d ...

Betul. Mase dpt news ni kt wssp group smlm,terlintas kt kepala benda sama mcm ko pikir. Yg sihat2 gundu pemalas nk mmpus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber dari fb

KISAH VIRAL MAKCIK MUNAH PENJUAL ASAM KEPING

Baru-baru ini kita telah dikejutkan satu berita viral kisah di laman  facebook tentang seorang warga emas yang menjual asam keping.

Makcik Che Munah bt Che Man menjual asam keping bagi menampung keperluan harian meminta sedikit sumbangan beras dan budu telah mendapat perhatian masyarakat di laman sosial.

Che Munah yang berasal dari Kg. Banggol, Pak Esah, Pasir Puteh Kelantan turut mendapat perhatian daripada pihak Baitulmal MAIWP merakamkan rasa kesedihan dan simpati atas kesusahan makcik Munah.

Pihak Baitulmal telah menghubungi individu yang mendakwa jiran makcik Munah mengesahkan bahawa makcik Munah sememangnya berasal daripada Kampung tersebut. Beliau tinggal bersama suami dan seorang anak tirinya.

Walau bagaimanapun berita ini telah dipanjangkan kepada pihak berwajib dan wakil rakyat setempat di DUN Selinsing iaitu YB Tuan Mohd  Saripudin. Selain itu JKM dan Baitulmal Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan turut dilaporkan.
__________________________

Sedikit makluman yang diterima dari jiran makcik Munah,akaun FB Nasir Seligi:

Memang Nek Munah ada menerima bantuan JKM RM350 dan sumbangan anak sedara dia tapi suami dia Usof lama dah tak bekerja...dan anak suaminya seramai 7 orang pun orang yang tidak mampu juga dimana anak suaminya yang bernama Ije seorang ibu tunggal anak 8 yang tinggal sebalah rumahnya ... tidak bekerja setelah kematian suami...

rumah Nek Munah belakang rumah mertua saya... dan ini gambar rumah dia siang  tadi kiriman anak saya...

siang tadi juga anak saya dapatkan bil elektrik rumahnya ... ada seorang HAMBA ALLAH yang minta...

Bil elektrik untuk rumah Nek Munah yang tertunggak sebanyak RM466.15 sudah dijelaskan oleh seorang HAMBA ALLAH tersebut dan masih berbaki RM533.85 dalam acc TNB untuk bulan-bulan berikutnya... SELAIN pada itu HAMBA ALLAH ini turut transfer RM500.00 kedalam acc Nek Munah..

Semoga HAMBA ALLAH tersebut dimurahkan lagi rezekinya..

Amin!
_________________________

Lagi maklumat dari JKM:

Assalamualaikum, YB/YBhg. Dato’ /Tuan/ Puan.

Merujuk kepada viral facebook melalui akaun facebook Zamri Ismail bertarikh 7hb Januari 2019 adalah dirujuk.

Warga emas yang dimaksudkan ialah Che Munah binti Che Man, no kp: 390730-03-5034, berusia 80 tahun. Semakan awal di dalam sistem e-Bantuan didapati penama merupakan penerima bantuan kebajikan masyarakat JKM di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350.00 sebulan sejak Januari 2014 hingga kini. Penama juga pernah menerima bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Kelantan sebelum menetap di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.

Penyelaras Unit Kebajikan Produktif Jajahan Pasir Puteh, Hasliza binti Mohd Sidek telah membuat lawatan ke rumah bersama pegawai kes En. Mohd Asrul Izzat bin Mohamad Asari, gred S19 dan Cik Nurul Nadiah bt Nordin gred S19 di alamat Kg Banggol Pak Esah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Telah temubual bersama penama dan suaminya.

Penama telah berkahwin sejak 6 tahun yang lalu dan tidak mempunyai anak. Penama tinggal berdua dengan suaminya.  Selain daripada bantuan JKM, penama turut menerima sumbangan tetap setiap bulan dari anak saudara yang bekerja di Pahang dengan kadar RM300.00 sebulan melalui akaun CIMB. Manakala bantuan JKM disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Penama juga berjaja asam gelugur di pasar pagi sekitar Pasir Puteh dan Kota Bharu dengan purata pendapatan sebanyak RM100.00 sebulan. Bekalan asam gelugur diperolehi dari pasar Jelawat dengan kos RM150.00 dan dibungkus secara kecil-kecilan sebelum dijual. Menurut penama, ianya adalah minat dan kesukaan penama untuk berjaja kerana inginkan wang dari hasil usahanya sendiri walaupun sumbangan JKM dan anak saudara telah mencukupi.

Suami penama, Abdullah bin Jusoh, no kp: 551230-03-5243, berusia 64 tahun. Menurut suami penama, bekerja sebagai buruh binaan dengan kadar purata pendapatan sebanyak RM350.00 seminggu (anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM1200.00 sebulan). Suaminya mempunyai 7 orang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

Menurut suami penama bahawa penama tidak pernah memasak dan hanya membeli makanan di kedai. Manakala suami penama akan memasak nasi dan lauk apabila tidak keluar bekerja.

Penama dan suami tinggal di rumah milik sendiri yang dibina sejak 6 tahun yang lalu. Rumah tersebut dibina sendiri tanpa kos upah kerana suami penama mempunyai kemahiran bertukang. Rumah kediaman mempunyai sebuah bilik, dapur dan bilik air. Keadaan rumah tidak terurus kerana penama tidak berminat untuk mengemas rumah.

Rumah penama dilengkapi dengan bekalan air paip dari sumber Air Kelantan Sdn Bhd namun telah dipotong bekalan air kerana tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Kadar purata bil air sebanyak RM4.00 sebulan. Pada masa kini, penama dan suami menggunakan sumber air dari rumah anak tiri yang bersebelahan kediaman penama.

Justifikasi pendapatan bulanan penama sekeluarga ialah RM350.00 sebulan bantuan JKM, RM300.00 sebulan sumbangan tetap daripada anak saudara, RM100.00 sebulan hasil jualan asam gelugur dan anggaran RM1200.00 sebulan pendapatan suami.  Keseluruhan pendapatan penama termasuk bantuan sebanyak RM1950.00 adalah mencukupi untuk keperluan asas penama dan suami.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

HASLIZA BINTI MOHD SIDEK
Penyelaras Unit Kebajikan Produktif
Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Kelantan
Tarikh: 8hb Januari 2019
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 9-1-2019 10:37 AM
x silap bantuan JKM skrg ni kena review blk every year so pemohon kena pi hantar or kemaskini maklum ...

Owh.... Patut ada waris murid bg tau td dah 2 bulan tak dapat duit bantuan dr jkm
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
annadellia replied at 9-1-2019 08:32 PM
Sumber dari fb

KISAH VIRAL MAKCIK MUNAH PENJUAL ASAM KEPING

Plot twist kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 9-1-2019 09:36 PM
Plot twist kah?

Ni link fb.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1176821532496652&id=123635471148602
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.104530 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list