Sejarah mungkin berulang,
Walau engkau kumaafkan, oh kekasih,
Tapi mungkin hanya sementara,
Keinsafan di hatimu.
Siapa yang lahir tahun 90-an pastinya tahu lagu ini, Sejarah Mungkin Berulang. Lagu inilah peneman tatkala sedang bergaduh dengan pasangan atau mereka yang sedang putus cinta.
Lagu yang dikeluarkan pada 1999 ini merupakan salah satu lagu yang paling digemari para peminat.
Sumber Gambar: iTunes Apple
New Boyz yang pernah dibarisi Tomok, Syuk, Jay, Lan dan Along ini menjadi kegilaan ramai dahulu. Setelah hampir 20 tahun dalam industri, Tomok menyatakan dalam akaun rasmi instagram-nya (@tomokofficial) bahawa New Boyz akan buat comeback! Ya, comeback!
Sumber Gambar: Instagram Tomok
"Kami plan nak buat showcase atau konsert, berikan lokasi sesuai". Tomok juga ada menyatakan bahawa New Boyz mahu membuat konsert di sempena ulang tahun 20 tahun mereka dalam industri.
Apalagi? Nantikan pengumuman rasmi tarikh dan lokasi konsert itu,jangan terlepas pula!
Sumber Gambar: Instagram Tomok
Bukan senang kumpulan yang sudah lama tidak beraksi sekali untuk buat comeback, jadi jangan lepaskan peluang anda. Pastinya lagu-lagu lama yang menjadi peneman dikala putus cinta akan dinyanyikan semula. Excited bukan?!
Share artikel ni biar ramai yang tahu New Boyz dah buat comeback okay! - CARI |