CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 6

Restoran tawar pengalaman makan sambil bogel 'gulung tikar'

[Copy link]
Post time 9-1-2019 02:50 PM | Show all posts |Read mode

RESTORAN pertama dan menjadi satu-satunya restoran di Paris yang membuka peluang kepada pelanggan untuk makan sambil berbogel akan ditutup pada 16 Februari ini, hanya 15 bulan selepas pembukaannya.
Ini kerana konsep sebegitu tidak cukup 'hangat' untuk menarik perhatian pelanggan.
"Terima kasih kerana menyertai pengalaman ini dengan hadir makan malam di O'naturel," umum pemiliknya, Michael dan Stephanie Saada, pasangan kembar berusia 42 tahun.
"Kami hanya mengingati masa-masa yang baik, bertemu dengan pelanggan yang menakjubkan dan pelanggan gembira berkongsi detik luar biasa ini."


Pasangan kembar ini, yang juga bekas jurujual insurans, mula membuka O'naturel pada November 2017, dengan melihat peluang dan potensi dalam aliran nudisme yang disebarkan di kota fesyen itu. Bagaimanapun mereka sendiri memakai pakaian ketika berada di restoran itu, begitu juga dengan pelayan-pelayan.
Menurut Local, restoran itu menawarkan hiasan minimal dan masakan mewah bistro Perancis berharga 49 euro ($ 74.53) untuk makan malam tiga hidangan.


Pelanggan hanya boleh menjamu selera dengan membuat tempahan awal dan diminta untuk menanggalkan pakaian, dan menyimpan telefon dan kamera mereka di tempat khas.
Pelanggan lelaki diberikan selipar untuk dipakai manakalan pelanggan wanita boleh memilih untuk memakai kasut mereka sendiri.
Kerusi-kerusi dialas dengan kain hitam dan sentiasa ditukar. Tirai putih besar digantung di tingkap bagi menghalang pandangan orang ramai dari luar.
Sementara itu Independent melaporkan pengalaman itu terbuka kepada semua orang, sama ada ia satu 'inisiatif' atau ingin mencuba.





Terdapat kod perilaku yang ketat mengenai perilaku walaupun mereka tidak memakai pakaian ketika makan.
Stephane berkata: "Kami mungkin menolak seseorang atau menjelaskan kepadanya bahawa jika dia ingin 'pergi lebih jauh' dia sepatutnya pergi ke tempat lain."
Walaupun dengan reputasi negara sebagai kota naturalis di dunia, Local melaporkan bahawa selepas pembukaannya, orang sekeliling mempertikaikan konsep tersebut, sambil menyatakan lokasinya terletak bersebelahan pusat jagaan kanak-kanak.
"Saya tak kisah langsung dengan nudisme di pantai," kata Donatella Charter, seorang jurubahasa berusia 42 tahun.
"Tetapi makan berbogel dengan orang lain, saya tak faham."
Restoran itu mungkin menjadi lokasi pertama di ibu negara Perancis untuk makan sambil bogel tetapi pastinya bukan yang pertama di dunia.
London membuka restoran berkonsep sama, Bunyadi, pada 2016 tetapi menurut The Guardian, terpaksa mengumpul dana pada 2017 untuk terus bertahan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 02:58 PM | Show all posts
Yang gi bukak sebelah tadika tu buat hapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukurlah tutup.. Pencemaran mata jah nengok dugung2 berbogel ngan belalai x sunat depa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang selera terus
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 08:42 AM | Show all posts



syukur dah ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 08:48 AM | Show all posts
bila akal berjalan tanpa panduan agama....
jahil lembu sekandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2019 10:08 AM | Show all posts
boleh ada selera...eeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.677676 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list