CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1829|Reply: 7

Hendak Ajak Bertaubat, Mufti Ajak Safiey Mengeteh. Tapi Ini Jawapan Syinta..

[Copy link]
Post time 9-1-2019 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak cerita berkaitan golongan Mak Nyah, 'perempuan jadian' atau lelaki lembut menjadi tumpuan di media sosial. Sebab itu jugalah, beberapa individu daripada golongan ini tiba-tiba menjadi terkenal akibat 'meletup' dengan promosi percuma yang diberikan netizen.


Dalam pada itu, sudah pasti ramai yang sudah rimas dan mual dengan pelbagai isu atau kontroversi ditimbulkan oleh golongan tersebut.


Namun begitu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang terkenal sebagai pendakwah mesra media sosial, hari ini seperti kelazimannya dalam menangani isu-isu keagamaan semasa, telah menghantar posting di Instagram bagi mengajak jutawan kosmetik yang juga seorang Mak Nyah, Safiey Illias untuk mengeteh bersama beliau.


Jom mengeteh! mesej ringkas beliau di IG yang turut memaparkan gambar Safiey yang berkopiah.


  




Bukan itu saja, Dr. Zulkifli turut mengutuskan surat terbuka kepada Safiey menerusi IG stories.


Menerusi surat tersebut,Dr. Zulkifli berkata, beliau telah menerima beberapa keping gambar Safiey yang ditularkan beberapa hari lepas.


"Sejujurnya, saya tidak pasti samada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain," tulisnya dalam surat tersebut.


Beberapa tahun lalu, nama Safiey Ilias tiba-tiba menjadi sebutan kerana keputusannya untuk berhijrah daripada seorang Mak Nyah untuk kembali kepada fitrah.


Malah, keputusannya itu disambut baik dan disokong penuh seluruh rakyat Malaysia hingga menjadi viral.


Namun, penghijrahannya tidak bertahan lama apabila Safiey mengakui dirinya telah kembali menjadi pondan dan telah penat untuk menjadi baik.


Sementara itu, surat terbuka seperti ini bukanlah yang pertama diutuskan oleh Dr. Zulkifli kepada golongan Mak Nyah, kerana beliau juga pernah mengutuskan surat terbuka kepada Muhammad Faiz Roslan yang merupakan seorang “instafamous” yang sering memuatnaik gambar dengan berpakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.







Berikut ialah surat terbuka yang diutuskan oleh Dr. Zulkifli kepada Safiey:


Assalamualaikum WBT


Kami menerima beberapa keping gambar saudara yang ditularkan beberapa hari lepas. Sejujurnya, saya tidak pasti samada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain.


Saudara Safiey,


Entah mengapa pada petang Jumaat yang mulia ini selepas Asar, hati saya terdetik untuk menyampaikan surat terbuka kepada saudara Safiey Ilias walaupun sebelum ini sudah ada niat untuk berjumpa tetapi saya merasakan perlunya sebuah perkongsian dengan saudara dalam memahami haqiqat al-hayah.


Saya berharap saudara dalam keadaan yang sihat sejahtera, berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Semasa saudara mengumumkan untuk “berubah”, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.


Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan “imej baru”. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan. Saya nampak saudara betul-betul berusaha untuk keluar daripada segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.


Saudara Safiey,


Sejujurnya, saya katakan saudara adalah antara insan yang istimewa dengan pelbagai kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan kepada anda. Alangkah baiknya anugerah tersebut disyukuri mengikut neraca syariat seperti ajaran Nabi SAW.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ


Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”


Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”


Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. Riwayat al-Bukhari (7507)


Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini jelas pada sisi pendalilannya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/128)


Saudara Safiey,


Saya tidak pasti samada ruang yang tersedia ini sesuai atau tidak. Namun, saya dengan rendah hati menjemput saudara ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk kita bertukar-tukar pandangan, berkongsi rasa hati dan mungkin ada sudut yang boleh saya bantu untuk kebaikan bersama.


Pada dasarnya, saya cuba memahami perasaan dan kehendak saudara. Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua. Saya tunggu jawapan saudara.


Akhukum fillah,


S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Terbaru, Safiey yang juga membahasakan dirinya sebagai Syinta membuat jawapan balas kepada ajakan mufti itu menerusi laman Instagramnya.


  



Katanya, dia sudah serik. Apa pula pendapat anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata mufti2 ni dan sape2 jer pun stop layan manusia2 macam safiey, Sajad, faiz roslan dan yg sewaktu dgn nye. Just stop!!! Ramai lagi umat Islam yg perlu kan bantuan anda so focus on helping them bukan pondan2 ni. {:nose
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 04:52 PM | Show all posts
Geli aku dengau "Syinta" habah dia lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:03 PM | Show all posts
bukan syinta tp syinler

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98: Apa kata mufti2 ni dan sape2 jer pun stop layan manusia2 macam safiey, Sajad, faiz roslan dan yg sewaktu dgn nye. Just stop!!! Ramai lagi umat Islam y ...


Dah tu ada pulak yang komen mana mufti mana setat2 malaysia takmau komen ka isu macam ni {:stress
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pakai pampers budak ke tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2019 12:19 PM | Show all posts
ada sorang kat ig sapi kata sapi ada komen bunyi lebih kurang camni"tak perlu jumpa mufti..dia bukan tuhan pun" and then sapi delete..tapi dia kata sempat ss..i dok tunggu jugak ni..tak kisah la nak memondan ke hapa..tu hak dia..dosa dia tanggung, kita dah nasihat pun taknak dengar nak buat camna..tapi menyampah bila dia menunggang agama utk bisnes produk timbang kilo tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:45 PM | Show all posts
biarkan je pondan ni, nanti karang flip flop jantina makin menjadi2 pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.641129 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list