Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
2742
View
70
Reply

[Tempatan] [Edisi PRK Cameron Highlands] Kuih Orang Asli pun Melayu tak beli, kata calon PH

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-1-2019 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuih Orang Asli pun Melayu tak beli, kata calon PH

https://m.malaysiakini.com/news/459559

Koh Jun Lin
9 Jan 2019, 8:40 malam (Dikemaskini 9 Jan 2019, 9:45 malam)




PRK CAMERON HIGHLANDS |


Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran percaya bahawa sekiranya BN meletakkan calon Orang Asli pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, strategi itu tidak akan berhasil.

Bagi menjelaskan hujahnya, ahli DAP itu memberikan perumpamaan berkaitan kuih.


"Ikut perkiraan BN, mereka fikir... Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.


"Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?' Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli," katanya kepada Malaysiakini.


Manogaran berkata demikian sebagai mengulas spekulasi kemungkinan BN mencalonkan bekas bekas pegawai polis Orang Asli Ramli Mohd Noor pada PRK 26 Jan ini.


Manogaran berkata Ramli juga tidak dapat meraih majoriti undi Orang Asli.


Masyarakat Orang Asli mewakili 20 peratus daripada keseluruhan pengundi di Cameron Highlands. Sementara orang Melayu mewakili 34 peratus.



Bukan cara pilih calon


"Dengan (pengundi) Orang Asli, mereka (BN) akan kata 'Dia orang kamu sendiri. Apa kata undi dia?'

"Kami perlu balas dengan kata, 'Dia Orang Asli tapidia belum pernah diuji, dia belum pernah terdedah kepada apa-apa.. Kalau dia menang pun, dia tidak akan dalam kerajaan, jadi siapa yang dapat berkhidmat apa lagi Orang Asli kini memerlukan infrastruktur asas?'


"Siapa akan beri mereka kemudahan yang mereka sangat perlukan kerana mereka sudah diabaikan begitu lama?" katanya.


Untuk menegaskan lagi hujahnya, Manogaran memetik bekas presiden MIC S Samy Vellu sebagai contoh.


"Sammy Vellu memimpin orang India selama 30 tahun. Apa yang dia beri kepada orang India? Jadi jangan guna logik itu, sokong orang yang dapat selesaikan masalah. Kempen saya akan menggunakan Samy Vellu sebagai contoh.


"Berapa banyak orang Cina rugi di bawah MCA? Jadi itu bukan cara memilih calon menjadi wakil rakyat," katanya.


Manogaran berkata, tidak seperti orang Cina dan golongan kelas menengah India, Orang Asli masih memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutuan.


"Anda perlukan kerajaan persekutuan untuk meneliti masalah anda. Jadi saya akan memanfaatkan kelebihan ini untuk kempen.


"Saya tak fikir dia (Ramli) akan dapat undi Orang Asli sepenuhnya. Saya tak rasa begitu, kerana Orang Asli akan undi kerajaan; di mana Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) diletakkan. Mereka akan lihat pada Jakoa," katanya.


Penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands akan diadakan 12 Jan ini. Sementara BN dijangka mengumumkan calon mereka pagi esok.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Korek ... Korek ... Korek .... Mulayu kan super suci, mana nak beli makanan sakai itam berkerak  
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:08 AM | Show all posts
nk tgk jugak kuat lg ke parti rasuah ni..dgr cite parti lobai pn nk letak calon..bgus jugk tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kire conclusion nya mcm sama, i help u, u help me ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Cina masih kaum ketinggalan yang sentiasa perlukan bantuan kerajaan persekutuan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 10-1-2019 10:16 AM
Bodoh. Cina masih kaum ketinggalan yang sentiasa perlukan bantuan kerajaan persekutuan

Setuju, cina sepatutnya diberikan taraf bumiputra sebab ramai yg miskin sampai kena ngunyah bijik sawit
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:26 AM | Show all posts
Melayu beli tongkat ali dgn ubi jaga je dari orang asli.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 10-1-2019 10:16 AM
Bodoh. Cina masih kaum ketinggalan yang sentiasa perlukan bantuan kerajaan persekutuan

Madey kata melayu Malas, ko Tu melayu ko Tu paling Malas botak sedo lah diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah org Melayu makanan orang Kelantan jual pun depa taknak beli, inikan pula kuih sakai jakun semua tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat Assan yg nak benau tanding di Cameron Diaz Higlands nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:33 AM | Show all posts
Sekarang sembang tadak guna juga macha... Kita tengok la nanti melayu undi sapa... Sekarang lu sembang la selagi boleh sembang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 10-1-2019 02:31 AM
Madey kata melayu Malas, ko Tu melayu ko Tu paling Malas botak sedo lah diri

Mahathir penjilat ludah pun kata semua orang malaysia pemalas macam dia gak. Ertinya semua kaum di malaysia dia kata pemalas termasuk dia sendiri. Sekarang engko sambung berkhayal jadi orang kedua paling kaya di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cikgu asli tu, suami dia buka kedai mkn kt sini..memang tak laku..akhirnya pasrah tutup kedai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 12:05 PM | Show all posts
bowdow punya rentung sembang pasai undi dok kira beli kuih.....bowdow punya rentung ...wakakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts

Kenyataan Melayu tak beli kuih Orang Asli - Manogaran mohon maaf


10 Jan 2019, 12:02 tengahari (Dikemaskini 10 Jan 2019, 12:04 tengahari)

A A
PRK CAMERON l Calon Pakatan Harapan M Manogaran memohon maaf berhubung kenyataannya ketika mengulas keputusan BN yang akan mempertaruhkan calon Orang Asli pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

"Saya memohon maaf kepada semua berhubung kenyataan saya.

"Saya sedari bahawa itu kesilapan besar dan saya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Maaf sekali lagi dan saya menyesali tindakan saya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Semalam, Manogaran memberitahu Malaysiakini bahawa strategi BN untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis kanan Orang Asli sebagai calon tidak akan dapat meraih undi Melayu.

"Ikut perkiraan BN, mereka fikir... Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.

"Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?

"Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli," katanya kepada Malaysiakini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru naik calon dah nampak biul tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 02:12 PM | Show all posts
penah mkn kat kedai org asli roti canai telur special marvellous kota aor
ada plak org asli mcm terbekenan kt aku plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Persepsi itu salah & perlu diperbetulkan.
Pulak dah  ?

Please pakai otak baru nak cakap. Orang asli pun lebih bijak dari dia ni

Perumpamaan kuih Orang Asli: Saya cuma petik persepsi orang, kata calon PH
Koh Jun Lin
9 Jan 2019, 9:38 malam (Dikemaskini 9 Jan 2019, 9:55 malam)

A A
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands M Manogaran menjelaskan bahawa beliau hanya memetik persepsi orang ramai ketika mengulas kemungkinan BN meletakkan calon Orang Asli dengan memberi perumpamaan kuih.

Manogaran menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan "persepsi" itu dan ia perlu diperbetul.

"Itu apa yang orang kata, tapi itu persepsi yang salah dan perlu diperbetul [...]

"Apa persepsi orang ramai, saya perlu tahu. Saya tidak bersetuju. Ia perlu diperbetul.

"Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah jika BN fikir mereka boleh dapat undi dengan meletakkan calon dari kalangan kaum tertentu, itu tidak betul," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Manogaran memberikan perumpamaan kuih ketika mengulas kemungkinan BN meletakkan Ramli Mohd Noor dalam PRK 26 Jan ini.

Ramli merupakan Orang Asli beragama Islam dan merupakan pesara polis.

BN dispekulasikan akan meletakkan Ramli untuk menarik undi Orang Asli yang mewakili 20 peratus pengundi Cameron Highlands.

Manogaran berkata strategi BN meletakkan Ramli sebagai calon PRK tidak akan berkesan kerana "orang Melayu tak beli kuih pun dari gerai Orang Asli"

Beliau juga berkata bahawa Orang Asli akan mengundi calon dari kerajaan kerana ia akan memudahkan mereka mendapatkan kemudahan asas yang diperlukan.

Penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 12 Jan ini, sementara BN dijangka mengumumkan calon esok pagi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 02:57 PM | Show all posts
bacul punya rentung

tak sampai sehari dah mengelupur sujud mintak maaf kat melayu





Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-1-2019 10:31 AM
Sesetengah org Melayu makanan orang Kelantan jual pun depa taknak beli, inikan pula kuih sakai jakun ...

ye betul ni
rasis gila...aku bg pun kdg2 depa tak mau
depa kata tak reti makan
@dua_chazy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097756s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list