Peruntukan dua buah SKJC tersebut dapat membantu 46 buah sekolah di luar bandar lengkapkan dan baik pulih kemudahan infrastruktur.
Semalam Teo Nie Ching sekali lagi mengumumkan peruntukan sebanyak RM12 juta akan diberi kepada SKJC Persendirian.
Malah pada 11 Januari lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan cek RM2 juta kepada New Era University.
Semakin lama semakin seronok DAP membelanjakan wang negara kerana Lim Guan Eng menguasai MOF.
Apakah Maszlee Maleek tidak malu melihat Timbalan Menteri Pendidikan lebih ke depan berbanding Menteri Pendidikan.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek hanya mampu buat pengumuman tukar kasut hitam, perkenal silibus belajar berenang, mahu kaji warna stokin.
Selain itu hanya mencari kesalahan kerajaan terdahulu seperti mendedahkan kehilangan susu untuk pelajar sekolah yang mana sebenarnya susu itu tidak hilang.
Saya perhatikan Timbalan Menteri Pendidikan begitu komited menjalankan tugas tapi hanya ke SJKC, SJKC persendirian.
Pendek kata peruntukan pendidikan kini dibelanjakan seperti duit bapa sendiri.
Jika dahulu bab umum peruntukan biasanya dibuat oleh PM, TPM dan Menteri.
Sekarang Timbalan Menteri boleh umum pada bila-bila masa untuk serahkan peruntukan khas kepada mana-mana pihak.
Syabas Maszlee Maleek!