CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8956|Reply: 157

[Tempatan] Sistem beraja sudah kuno, tidak boleh dipertahan, kata aktivis PH

  [Copy link]
Post time 11-1-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BANGI, 25 Syawal 1439H, Isnin – Seorang peguam, Fadiah Nadwa Fikri hari ini mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.

Beliau yang juga sorang aktivis Pakatan Harapan (PH) berkata, kewujudan sistem pemerintahan di bawah seorang raja atau sistem monarki sudah lapuk ditelan zaman.

Malah, katanya, sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu pemikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani,” katanya menulis dalam laman Facebook Malaysia Muda yang turut disiarkan dalam blog pergerakan itu.

Malaysia Muda adalah gerakan berasaskan kebudayaan dan pendidikan yang terdiri dan menjurus kepada anak muda di Malaysia yang berusaha untuk memajukan kesedaran mengenai isu sosial, ekonomi dan politik, dalam mencapai kesatuan nasional dan menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang bermakna.

Matlamat dan visi kerja pemberdayaan dan penyusunan ini akhirnya untuk menegakkan dan meniupkan panji keadilan sosial, pembebasan dan demokrasi bagi masyarakat Malaysia yang lebih baik dan bermakna.

Dalam tulisannya, Fadiah merujuk kepada perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pertemuan di Johor Bahru, baru-baru ini.



Mengulas mengenainya, Fadiah berkata, apa yang meresahkan mengenai perlakuan yang diabadikan dalam gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampaikannya.

“Dalam melawan lupa, kita perlu diingatkan bahawa rata-rata di dunia, kewujudan monarki telah lama lapuk ditelan zaman. Sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tatkala masyarakat terus bangkit merampas kembali makna kebebasan dan martabat insani dalam dunia yang penuh dengan kekuasaan yang menindas, konsep perhambaan yang tidak lagi boleh dipertahankan ini menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dirungkai.

“Mengapa golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka yang dipaksakan kepatuhan kepada golongan itu mempunyai hak keistimewaan tersendiri? Mengapa golongan yang memerah hasil keringat mereka yang bersusah payah berjuang untuk terus hidup dan mencari kehidupan yang manusiawi perlu diberikan layanan dan pemujaan persis tuhan?

“Mengapa golongan yang dikurniakan secara mutlak mengikut budi bicara sendirinya kuasa besar dan kekayaan yang dirampas daripada mereka yang diperhambakan, kebal daripada kepertanggunjawaban?,” katanya.

Katanya, jawapan kepada persoalan ini membawa kita kepada satu kesimpulan jelas iaitu bukan sahaja monarki antidemokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia.

“Tatkala penyokong peninggalan kuno ini menghujahkan bahawa monarki sebagaimana wujudnya pada hari ini hanyalah perhiasaan perlembagaan yang neutral, realiti menunjukkan sebaliknya.

“Kita harus melihat melampaui apa yang tertulis di dalam Perlembagaan untuk memahami politik yang diamalkan institusi ini, kepentingan siapa yang ia wakili, dan di pihak mana ia berada,” katanya.

Fadiah turut mengulas kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang meminta rakyat Johor untuk tidak menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika itu.

Beliau berpendapat kenyataan TMJ sebelum PRU14, tatkala masyarakat terbanyak dirasuk kemarahan, bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri daripada situasi menindas sekian lamanya, adalah sesuatu yang dirancang.

“Perlakuan ini jelas dilaksanakan atas dasar ketakutan kepada sesuatu yang tidak diketahui – ketakutan hilangnya keistimewaan dan kuasa yang diberikan oleh kerajaan yang menindas yang mana turut bersubahat dalam memperhambakan masyarakat, sekiranya perubahan kerajaan berlaku.

“Perlakuan seperti ini bukanlah sesuatu yang terpencil dan ia adalah bukti bahawa institusi ini tidak pernah berlaku neutral. Jelas sekali bahawa ia tidak pernah memihak kepada masyarakat terbanyak.

“Mereka yang percaya bahawa institusi kuno ini adalah satu simbol penyatuaan, dengan memihak kepada penindas sementara masyarakat terbanyak dinafikan hak untuk kehidupan yang baik dalam negara yang dibina atas dasar kekuasaan, ketidaksamarataan, dan eksploitasi hanya akan membangkitkan satu penyatuan: penyatuaan dalam penindasan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, untuk bebas bukan dan tidak boleh bermakna bahawa kita hanya bebas daripada dinding penjara konkrit yang jelas di mata.

Kebebasan, katanya, mestilah bermaksud kita secara kolektif bebas daripada batas dinding yang telah lama dibina untuk merampas martabat insani kita, batas-batas dinding yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Untuk bebas, kita perlu bersama tanpa lelah bangkit dan melawan segala bentuk kekuasaan yang menindas,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 08:48 AM | Show all posts
menjadi etis, feminis dan social justice warrior pun dah tak cool dan dianggap penyakit sosial...sebab tanya asai usui manusia tak boleh jawab...depa pi mengaku hasil bestialiti dengan beruk...contohnya kat sini......kat US pulak feminis dan social justice warrior selalu kena bahan dengan Ben Shapiro...wakakakkakaakkaka

pelik kenapa padiah nadwa tak nak fight limguanjeng sebab selama ni ceramah pasai hutang negara berjuta trillion tapi masa belanjawan buat bajet defisit...inilah yang berlaku bila hangpa ada sekeping ijazah tapi tidak mahu membaca buku dan menggunakan internet untuk menyelongkari ilmu2 lain yang hangpa tinggaikan kononnya nak fokus untuk satu bidang sebab there is nothing to stop you from using the internet to gain more knowledge and stop being an ahcai for that fuggin sepet...kawan2 semua jangan jadi seperti padia nadwa ni...tau...wakakakakkaakakkaa

its not democracy, monarchy, theocracy or whatever bullshit the government model is that makes a nation prosper but who is the leader you LEND your support....tengok ja India....harap padia nadwa selaku ahcai pakatan haramjada boleh travel ke banyak negara bukan untuk sightseeing or hunting for a husband but to observe the socio economic scene of the other countries she would visit in near future....wakakakakakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:03 AM | Show all posts


Aii tak ada masalah pun dgn sistem beraja ni kalau raja raja memainkan peranan masing masing dan tak menyusahkan rakyat.  Yang tak suka bila raja raja (anak anak mereka terutamanya) berpeel mcm zaman 70 an & 80 an.

Kalau semua raja mcm Raja Nazrin (bijaksana dan tak pung pang pung pang mcm tin kosong) teruskan jer sistem beraja. Dah Qadar & Qada dia dilahirkan jadi Sultan. Terima jerlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 11-1-2019 08:48 AM
menjadi etis, feminis dan social justice warrior pun dah tak cool dan dianggap penyakit sosial...seb ...

Hakikat sebenar

Mereka yg bersembunyi mengupah anak Melayu haprak sebagai jurucakap.
Bila jadi heboh mereka berdiri di belakang.
Melayu memang mudah di kambing hitamkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Madey pun kebal dari undang2 dgn kuasa AG hingga boleh kebalkan kroni2 tapi aktivis tak komplain pun walau darah merah madey dan kroni2 sama dgn manusia lain....raja2 melayu tak ada nanti tok sami and the geng pula bermaharajalela.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:20 AM | Show all posts
sejenis manusia yg xder akal... betul ke die nie asal malaysia...? kalau nenek moyang nye idup mesti keciwa ngan prangai hanat cucunye ni..

respect la org2 lama yg bergadai nyawa pertahankan tanah melayu.. institusi yg mempertahankan tanah melayu tatkala xder bangsa2 asing waktu itu berjuang sekali...

jgn skrg sebb atas nama ativis dan lawyer ko memperbodohkan pengorbanan nenek moyang ko... dasar hanat..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2019 09:23 AM | Show all posts

Zaman Dulu Raja Yang Buat Duit

DARSITA replied at 11-1-2019 09:03 AM
Aii tak ada masalah pun dgn sistem beraja ni kalau raja raja memainkan peranan masing masing dan ...
The money was minted dalam istane tu la.  So their function was clear becoz takde pehak lain yang berkuase buat duit.

So bila timbol demokrasi yang konon2nye beraje ini the power memang fall to the people la.  

Jugak macam pedigree pets, berape jurang beze dengan yang biase2 je kat cat shows ke dog shows ke.  Becoz their lineage can be traced back siap ade surat beranak atok nenek gitu..  Same thing applies to humans.  Juz that kekadang tu manusia ni tak sedar diri je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah madey nak absolute power yg corrupt absolutely ? Tanpa raja2 adakah peluang terbuka luas utk madey bolot 100% kekayaan negara utk semua kroni2 tanpa halangan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wassap replied at 11-1-2019 09:19 AM
Madey pun kebal dari undang2 dgn kuasa AG hingga boleh kebalkan kroni2 tapi aktivis tak komplain pun ...

Gilo hang dia nak bersuara. Sifu depa sume suci aih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-1-2019 09:23 AM
The money was minted dalam istane tu la.  So their function was clear becoz takde pehak lain yang be ...


The power falls to some ppl only who control the government of the day while the rest can only exercise their power during voting time .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyo lah

Pemimpin kesayangan depa anwar tunduk  cium tangan sultan  johor. Maka sistem perlu dihapuskan. Tapi kalau Raja tunduk pada pemimpin mereka  tak perlu buat apa apa

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 11-1-2019 09:26 AM
Gilo hang dia nak bersuara. Sifu depa sume suci aih

Atau sifu and the geng perguna dia utk bersuara?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:35 AM | Show all posts
tak terkejut dari lawyer fadiah

idea fadiah xkan berakhir dengan keputusan yg baik mcm yang diusahakan oleh TAR
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ini dah ada raja atau anak raja yg luahkan rasa tak suka pada cara PH handle isu2 berbangkit...PH rasa tercabar dan risau kalau raja yg naik jadi agung bertindak menghalang kuasa PH utk berbuat sesuka hati nanti ? Atau PH nak wujudkan sistem presiden tanpa raja mcm singapura kerana DAP cadang begitu?  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Wassap replied at 11-1-2019 09:31 AM
The power falls to some ppl only who control the government of the day while the rest can only e ...

Exactly.  Spesis mamak bendahare ni le yang patot dipancong rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-1-2019 09:44 AM
Exactly.  Spesis mamak bendahare ni le yang patot dipancong rakyat..


Kuasa PM dan AG yg perlu dihadkan dgn wujudkan check and balance agar penyalahgunaan kuasa oleh kedua2 mereka dapat dihentikan totally . Itu yg perlu diusahakan sekarang ini. Tapi siapa yg mampu buatnya? Anwar sendiri tak mahu usaha ke arah itu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 09:53 AM | Show all posts
kesemua aspek  'tiang seri' disentuh ye sejak menang?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 11-1-2019 09:53 AM
kesemua aspek  'tiang seri' disentuh ye sejak menang?

Adakah DAP dan sewaktu dgnnya salahkan sistem beraja yg menyebabkan malaysia tak boleh jadi negara semaju singapura?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:01 AM | Show all posts

Absolute Power Corrupts Absolutely

Edited by tumpanglalu74 at 11-1-2019 10:02 AM
Wassap replied at 11-1-2019 09:48 AM
Kuasa PM dan AG yg perlu dihadkan dgn wujudkan check and balance agar penyalahgunaan kuasa oleh  ...
Sudah dibuktikan baru2 ini itu yang kita takuti..

Per the MV kes (yang for whatever reason belakang tabir yang rakyat tak tau) terpakse dibuat sesuatu ke atas reign beliyau.  MRR deserve an applause from the rakyat.  Itupon dorang tak tahu & tak compute langsung dalam kepale hotak dorang yang dangkal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:12 AM | Show all posts
sis ni tim yg kalah bar council election haritu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.330059 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list