CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2480|Reply: 1

Unik! Pengantin Kristian Dan 6 Pengapit Berhijab Buat Netizen Terpukau

[Copy link]
Post time 11-1-2019 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Minggu lalu tular di media sosial mengenai kisah perkahwinan seorang jejaka berketurunan India dan  kesemua pengapit lelakinya keturunan lelaki Melayu yang juga sahabat baiknya.







Kredit foto: Facebook







Kini sebuah lagi perkahwinan unik dengan pengapit berlainan bangsa, kali ini berlaku di Sarawak melibatkan perkahwinan sepasang pengantin Kristian, Sylvester Voon dan isterinya di gereja dan 6 orang pengapitnya, kesemuanya wanita Melayu berhijab.







Kredit foto: Facebook







Menurut jurugambarnya, Ariffin Hussain perkahwinan itu berlangsung pada penghujung tahun 2018 lalu di mana pengantin wanita telah memilih kesemua sahabat baiknya, wanita Melayu dari Semenanjung Malaysia sebagai pengapitnya pada hari bersejarah itu.





Kredit foto: Facebook







"erkahwinan ini sangat unik, jarang disaksikan, ianya berlaku di sebuah gereja tetapi kesemua pengapitnya wanita Muslim berhijab," tulis Ariffin.


"engantin wanitanya orang Sarawak dan para pengapitnya dari Semenanjung Malaysia, walau berbeza kaum dan agama tidak menghalang persahabatan mereka memeriahkan hari bahagia kawan baik mereka," tambahnya lagi.



Kredit foto: Facebook







Gambar-gambar yang dimuatnaik Ariffin di Facebooknya mendapat pujuan ramai. Ramai yang memuji kerukunan dan sifat saling hormat-menghormati seperti yang ditunjukkan. Malahan Ariffin berharap gambar-gambar itu akan tular dan semangat 1Malaysia akan bersemarak dan menyatukan ramai lagi rakyat Malaysia.





Kredit foto: Facebook





Semoga perkara ini dipandang oleh pelbagai pihak dari sudut positifnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 11:57 AM | Show all posts
Thread dah pernah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055041 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list