CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 12

"Mohon Lepaskan Pencuri Kerbau Tersebut"- Netizen Syor Lebih Banyak Ke

[Copy link]
Post time 14-1-2019 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Memetik sumber FB Urang Sabah, polis mengesahkan telah menahan dua orang lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri lembu dan kerbau di sekitar perkampungan Laya-Laya , Daerah Tuaran pada 12.10 tengah malam semalam.




Kredit foto: Facebook








Kereta yang dinaiki oleh dua suspek itu telah ditahan oleh polis peronda daripada IPD Tuaran dan daging kerbau yang telah dipotong-potong dijumpai di dalam kenderaan Proton Wira mereka Menurut siasatan, kedua-dua pencuri ini giat menjalankan aktiviti haram mereka di daerah Kota Belud dan Tuaran.







Kredit foto: Facebook









Kredit foto: Facebook







Kredit foto: Facebook







Bagaimanapun, selepas laporan itu diunggah di internet, netizen yang geram dengan kejadian lembu jalanan menghalang dan mengakibatkan banyak kemalangan menggesa kedua-dua pencuri itu dilepaskan dan mencadangkan lebih banyak lembu-lembu terbiar dicuri.





Kredit foto: budak bakong







Antara komen yang diutarakan termasuklah kegagalan pemilik lembu mengawal haiwan ternakan mereka. 'Kalau lembu dilanggar mati, semua nak minta ganti rugi tapi kalau pemandu mati pemilik lembu berpakat tidak mengaku' kata seorang netizen.






Kredit Foto: Harian Metro







Tidak cukup dengan itu, pengguna jalan yang geram dengan kawanan lembu liar juga mencadangkan di area mana pencuri-pencuri lembu perlu beraksi. Antara yang dicadangkan termasuklah dareah Tambunan, Kota Belud, Kiulu, Tuaran, Pitas dan Keningau.







Kredit Foto: Berita Harian







Sekiranya membaca suratkhabar tempatan, memang betul banyak kes kemalangan maut terjadi di kawasan-kawasan yang disebut di atas. Mungkinkah ini luahan rasa geram netizen terhadap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg satu pantai barat sabah tu ke lembu2 tu berkeliaran? Teruk tul pemilik lepaskan mcm tu..

Btw comel tul slang sabah bila di tulis haha...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Exactly, kalo ada kes kemalangan maut langgar haiwan ternakan xder tuan nk ngaku....

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 04:41 PM | Show all posts
kawan aku excident langgar kerbau..tak pasal2 patah riuk, mujur tak mati. sampai skrg dia berdendam dgn kerbau2 di kawasan sekitar dia excident tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2019 04:50 PM | Show all posts
cousin aku pun sama juga eksiden langgar kerbau

remuk kereta dia tapi kerbau tu selamba je berlenggang kangkung
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembu sekor tu macam relaks je duk tengah jalan ala tengah bersantai di tepian pantai gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong. Pencuri semua sila rembat saja lembu di jalan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:45 AM | Show all posts
PBT tak buat apa2 ke? Rampas je lembu2 yg berkeliaran tu kemudian buat jualan lelong. Boleh jugak buat bayar hutang negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 09:12 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 14-1-2019 04:50 PM
cousin aku pun sama juga eksiden langgar kerbau

remuk kereta dia tapi kerbau tu selamba je berlen ...

kebal lembu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:41 AM | Show all posts
bukan nak sokong atau aper.. tapi memang patut pun.. geram.. selalu balik kampung bom jerangkap samar ni bersepah2.. plss lahh duit korang nak taik lembu bagi sepah2.. lagi satu kalau dah balik tengah malam.. binatang ni pulak duduk tengah jln kan ker bahaya.. sometimes tak tahu lah nak ckp aper.. dengan manusia macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:12 AM | Show all posts
sama la kat kg mertua aku... kekadang  dengar bunyi berdengus je kat tepi tingkap...abis perangkap samar dia pasang keliling umah... ari tu aku dah geram sangat.. hampir-2 aku nak jentik telor dia... tp takut aku lak yg dia jentik ngn kaki dia.. so, bertabah laa..cuma abis la pokok-2 dia ngap.. nak tanam ulam2 pon takut..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:17 PM | Show all posts
kalau lembu kene racun pandai plak owner ni masuk paper
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:55 PM | Show all posts
Dua2 pihak bersalah dalam hal ni.  Yang mencuri dah sah salah sebab mencuri tuan punya pun bersalah sama sebab biarkan saja bebas merayau bukan nak sediakan kandang elok2.  Bila gah kena curi baru nak kecoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.083057 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list