CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2807|Reply: 17

Mahkamah batal waran tangkap Farid Kamil

  [Copy link]
Post time 14-1-2019 04:05 PM | Show all posts |Read mode
MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, hari ini membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari selepas gagal hadir dalam perbicaraan kes dadah dihadapinya Jumaat minggu lalu.

Majistret Nor Arifin Hisham menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam mewakili Farid, Megat Syazlee Mokhtarom untuk menarik balik waran tangkap yang dikenakan terhadap pelakon watak utama filem Lagenda Budak Setan itu.

Bagaimanapun, Nor Arifin memerintahkan wang jaminan terhadap Farid, 37, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Terdahulu, Megat berkata, anak guamnya memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada prosiding minggu lalu berikutan beliau mempunyai urusan kerja di Johor Bahru, Johor.
ADVERTISING

"Saya telah memaklumkan kepada Farid berhubung perbicaraan yang perlu dihadirinya pada Jumaat minggu lalu dan beliau kemudiannya bergegas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Namun, kereta beliau rosak di Danga Bay, Johor Bahru, Johor kira-kira 4 pagi, dan kenderaannya itu ditunda ke sebuah bengkel di Tampoi, Johor," katanya yang turut memaklumkan Farid hanya dapat dihubungi kira-kira 11 pagi pada Jumaat minggu lalu kerana bateri telefonnya habis.

Dalam prosiding itu, Megat turut mengemukakan resit pembayaran kereta tunda dan gambar kereta Farid yang rosak kepada mahkamah.

Sementara itu, Farid kemudiannya memohon maaf dan tidak berniat untuk memperlekehkan masa mahkamah dan sentiasa memberikan komitmen penuh pada perbicaraan sebelum ini.

Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan yang dikeluarkan pihak pembelaan.

Alia turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa tarikh perbicaraan iaitu 11 Januari itu sememangnya sudah diberitahu sebulan lebih awal dan bukannya secara tiba-tiba seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 2:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat IGS DD ada mention yg tarikh tetiba ditukar awal beberapa hari tanpa diberitahu pada farid. Marah dia dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:35 PM | Show all posts
Pitcher plant is really an awesome plant I Really like helix jump
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:36 PM | Show all posts
Hmmmm. terlepaskah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalok ke masa hari kejadian nk ke mahkamah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 14-1-2019 04:46 PM
Dekat IGS DD ada mention yg tarikh tetiba ditukar awal beberapa hari tanpa diberitahu pada farid. Ma ...

Aah I pun nampak. Macam marah benor kena pergi tapi tak inform awal2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2019 08:53 PM | Show all posts
Alia turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa tarikh perbicaraan iaitu 11 Januari itu sememangnya sudah diberitahu sebulan lebih awal dan bukannya secara tiba-tiba seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.


Tp kat IG DD cakap x tau pun tukar tarikh. Sape putar ni?
Haish, aku dah bleh agak x kan jadi pape la die ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mssih Dato' lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi percaya DD. Sebelum ni sikit pun tak bersuara @ marah pasal kes FK. Dan aku pun kenal ramai je yang pernah terkena dgn court. Sukahati tuka date ada yang sampai kat mahkamah travel dari jauh lps tu hakim pulak sesuka hati bizi tak dapat hadir dan xde siapa pun maklumkan. Cam sia
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:51 PM | Show all posts
Lolalala replied at 14-1-2019 04:46 PM
Dekat IGS DD ada mention yg tarikh tetiba ditukar awal beberapa hari tanpa diberitahu pada farid. Ma ...

macam jarang je tarikh perbicaraan diawalkan...
biasanya ditunda lagi lambat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 14-1-2019 09:51 PM
macam jarang je tarikh perbicaraan diawalkan...
biasanya ditunda lagi lambat

Dd siap mention tarikh 14 dgn 21. Tapi haritu diawalkan diorg tak tahu dan farid di luar kawasan. Unsur sabotaj or sabotaj diri sendiri hanya mereka yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:06 PM | Show all posts
Lolalala replied at 14-1-2019 01:59 PM
Dd siap mention tarikh 14 dgn 21. Tapi haritu diawalkan diorg tak tahu dan farid di luar kawasan.  ...

DD tunjuk surat mahkamah ke uols?
sebab biasanya pihak pendakwa dan pembela akan diberi masa sekian2 untuk prepare kes macam cari bukti, kemuka saksi, etc etc
kalau diawalkan tu rare betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
FK ni retis muka xmalu sebaris ngn johan asaari..nyampah btl nengoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:08 AM | Show all posts
Lolalala replied at 14-1-2019 09:59 PM
Dd siap mention tarikh 14 dgn 21. Tapi haritu diawalkan diorg tak tahu dan farid di luar kawasan.  ...

dah tukar kerajaan pun masih kena sabotaj ka? nak merempan apa pulak kaki stone si parit ni lepas ni? nak salahkan kerajaan terdahulu lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:09 AM | Show all posts
ye lah sgt tukar tarikh..ingat senang2 ke nak tukar tarikh..nak membongak budak darjah 2 buleh la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:28 AM | Show all posts
dia kan appoint lawyer kan..
biasanya kalau ada pertukaran date, lawyer mesti la tahu dulu..
pertukaran date bisanya berlaku bila hakim or pendakwaraya ada hal yg bertindih atau hal yg lebih penting
tapi sebelum sebarang pertukaran date, lawyer pembela akan diberitahu dulu dan dipersetuju baru ler keluar date tu..
bukan main keluar jer date tu bila2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
DPP kata Tarikh dah fixed sebulan awal
So mana yg betulnya
Dan klu ada pertukaran Tarikh mahkamah mesti ensure both parties are free on that date,
Apa2 ajelah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:04 PM | Show all posts
iyeeeee la tukar tarikh awal... ke miscomm between lawyer & anak guam?

tak pernah dengar lagi laa court cepatkan date
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072395 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list