CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3337|Reply: 11

"You Bayangkan Ikan Terbang Ke Meja?"- Respond Nabila Huda Netizen Ang

[Copy link]
Post time 15-1-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode






Gara-gara memberi respond tidak profesional kepada pelanggan yang menunggu 2 jam di Waroeng Isabella miliknya, pelakon terkenal Nabila Huda dikritik netizen. Ini kerana sudahlah pelanggan terpaksa menahan kelaparan, makanan yang diperolehi pula tidaklah seperti yang diharapkan dan cara Nabila menangani komplen sangat tidak profesional.


Ayat-ayat sarkastik yang dilontar oleh Nabila seperti 'ikan terbang ke meja' dan 'ada orang suapkan ikan' itu dianggap biadab kerana seperti memperlekehkan pelanggan.





Kredit foto: Twitter





Isu ini bermula dengan status seorang netizen yang makan di Warung tersebut dan sangat kecewa kerana ia tidak seperti diharapkan.



Kredit foto:



Bagi Nabila, ikan gurami tersebut besar, sangat berbaloi untuk harga RM15. Jadi kenapa nak komplen sedangkan harga yang sama juga boleh dibelanjakan di restoran makanan segera? Menjelaskan yang kedai makannya hanyalah bertaraf warung, jadi ada salah dan silap perlu bersabar. Jika tidak berpuas hati, perlu ke tempat yang lebih mahal. Ini kerana warungnya berkonsepkan rock, jadi semua pelanggan perlu bersabar. Sementelah lagi sebelum ini rata-rata pelanggan memberi komen positif, namun kali ini mungkin pelanggan tersebut tiada tuah.







Gambar yang diiklankan sangat cantik, jauh berbeza dengan apa yang tiba di meja makan




"Takda sapa pun kesah kenapa ikan tu dimasak selama 2 jam. Orang datang nak makan, bukannya dilayan macam tu. Kalau 2 jam baik masak sendiri kat rumah!"



Malahan netizen turut mengkritik perkhidmatan tindakan Nabila dalam menangani isu ini yang sangat tidak profesional.









Kredit foto: IG




Tetapi, ada juga yang merasakan ia adalah strategi perniagaan Nabila supaya nama warungnya menjadi lebih terkenal lalu menimbulkan keinginan ramai netizen mencuba menu di kedainya.







Kredit foto: IG




Ada beberapa isu di sini, bermula dengan pelanggan menunggu terlalu lama untuk sepinggan makanan, respond negatif daripada Nabila dan boleh jadi juga ia adalah teknik pemasaran? Apa pun, pastinya Waroeng Isabella menjadi pilihan ramai orang nanti. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:11 AM | Show all posts
x respek aku cara abil ni tangani mslh kedai laki dia. ape plk nk banding2kan "kat mekdi gmbr pun x sama ngn ape yg yg pelanggan terima"(ayat dia lbh kurang maksud mcm tu lah ygaku bc dia ig dia. Dia bengang bila org compare gmbr yg dia post ngn gmbr mknan yg diterima pelanggan.

eh hello satu lagi dia kata kalau extra nasi, kat warung dia x kena bayar. dia ni x penah makan kedai lain yg bg free tambah nasi ke mcmne eh? blmbak je resto2 n warung kecik x cas utk tambahan nasik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa tggu 2 jam
Gilalah

Gurami tu ikan apa ye
Sbb i pernah makan kt indon lagi besar dari tu
Gurami
Pastu i gugel keluar la gambar ikan hiasan la apa
Pstu pi beli ikan hiasan nama gurami tokei kedai kata itu sepat

So adakah gurami ikan sepat?

Sedap yg mkn kat indon tu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
The worst ethic nak jual makanan kedai sendiri tapi pancing public guna picture hak milik orang lain. Kalau gambar tu masa photoshoot khas ok la, tapi since yang real pun tak sama lansung, memang tak patut la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:33 PM | Show all posts
Dak Abil ni tak faham main issue kot sebab orang komplen pasal lembab tu yang dia dok tegak kan ikan besau nasi free... rasanya hidangan tak sama dengan gambor tu orang boleh letak tepi klu hidangan cepat sampai.. dulu Habah dia pun bukak restoren kan ada gak masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa: Buang masa tggu 2 jamGilalahGurami tu ikan apa yeSbb i pernah makan kt indon lagi besar dari tuGuramiPastu i gugel keluar la gambar ikan hiasan la apa ...

Gurami=ikan talapia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh mkn kt situ.mmg lama tunggu sbb belum buka gerai yg tunggu dan beratur dah panjang. Bila buka gerai jer time tu dia nk goreng ikan and bakar ayam.mmg ambik masa la. So, bawa la kudap kudapan alas perut dulu sebelum mkn.
Pasal perkerja no komen. Tp kalu laki abil, dia mmg penyabar dan layankan jer org tny kenapa lambat sgt ke apa ke.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar google ke? iols dulu pernah order nasi lemak ayam online, dlm gambar tunjuk chicken maryland. Sekali dapat ayam drumstick je. Rupa2nya seller pakai gambar google xmention pun gambar sekadar hiasan. Very deceiving. Tak beretika & secara tak lansung menipu pelanggan mcm iols ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tokio replied at 15-1-2019 02:12 PM
Gurami=ikan talapia

Tak macam talapia pun

Tapi thanks bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:07 AM | Show all posts
clarizsa replied at 15-1-2019 04:27 PM
Tak macam talapia pun

Tapi thanks bgtau

gurami ni tak salah aku ikan kaloi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:14 AM | Show all posts
2 jam giloooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurami tu ikan kekek mak iloi iloi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058739 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list