CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16525|Reply: 103

TAHNIAH! BELLA DALLY SUDAH BERTUNANG DGN AHLI PERNIAGAAN & BAKAL BERKAHWIN T

[Copy link]
Post time 16-1-2019 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Badigol at 16-1-2019 01:35 AM

Bella Dally mengaku sudah bertunang
   Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my



PELAKON Bella Dally mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34, pada Sabtu lalu di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.
“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Bella, majlis itu diadakan secara tertutup membabitkan kedua belah keluarga dan kenalan rapat.
Dalam masa sama Bella berkata, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya itu kerana masih dalam fasa pertunangan.

“Cukup untuk saya kongsikan apa yang patut saja. Lagi pula, saya tak suka nak berahsia. Lambat laun orang akan tahu juga. Jadi, lebih baik saya bercakap jujur.
“Apa yang penting, saya ingin peminat tahu saya kini dalam fasa gembira dan bahagia. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya.
Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Bella berkata dia merancang untuk bernikah tahun ini, namun belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkannya jatuh cinta, menurut Bella jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu seorang yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab.

“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram.
“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan ‘gentle’.
“Alhamdulillah, kedua belah keluarga merestui hubungan kami. Macam keluarga saya, mereka sentiasa sokong keputusan saya asal saja saya gembira,” katanya.

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.
Perkahwinan mereka itu tidak dikurniakan cahaya mata.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2019 09:34 AM | Show all posts
Edited by Badigol at 16-1-2019 01:47 AM

TAHNIAH BELLA!!


cepat bella ni move on ye....lepas 5bulan berkawan terus bertunang..semoga jodoh hingga pelaminan!


  

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:35 AM | Show all posts
Dah tunang?? Baru komen kat benang sebelah, ingatkan masih dalam fasa berkawan. Rupanya dah tunang. Tahniah la Bella! Semoga kebahagiaan milik chuols.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat benang sebelah tamai je ckp mamat tu mcm sesuatu.. tgk kat sini, bertunang sudaaa.. good luck!!! Harapnya mamat ni normal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:40 AM | Show all posts
cantik nya dia taniah



Expect the unexpected and trust your journey. Accept whatever befalls you 💛
.
.
.
Assalamualaikum everyone, I got engaged on 12.01.2019. I would like to thank all of you for your prayers, love and support.
It is true, Allah’s timing is perfect. ✨💍💛



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:42 AM | Show all posts
wah.. tahniah bella. cantik dan menawan. semoga berjodohan sehingga ke jannah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 09:43 AM | Show all posts
Bagus btul dia, move on jer trus dapat penganti.
You are not alone Bella! Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:48 AM | Show all posts
tahniahh!! harap2 yang baru ni bukan kunyit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Untung la set2 kwn el ni berjodoh dgn org have2 semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 16-1-2019 09:38 AM
Kat benang sebelah tamai je ckp mamat tu mcm sesuatu.. tgk kat sini, bertunang sudaaa.. good luck!!! ...

Kalo sesuatu jgk maknanya taste Bella mmg gitu la kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:55 AM | Show all posts
Cuma, dia baru tahu saya selebriti.



dulu2 jawapan cliche retis2 mcm ni lah. pasangan x tahu pun deols selebriti. boleh caya ke langsung x tahu? atau maybe mcm ni, dia dh tahu Bella bpisah ngn ex suami cuma bila kenal depan2 x perasan pl laaaa ni ke Bella. haaa gtuh speku aku.


Btw, iols doakan u bahagia. U deserve it Bella. hrp btl2 lelaki kali ni. cantik sgt bella ngn pakaian kaler kuning gtu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahhnniiaaahhh dik Bella!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:01 AM | Show all posts
"nak tengok cincin tunang.." - makcik bawang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats Bella! Harap2 yg ni berpanjangan
la. Cantik color kuning tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 16-1-2019 09:55 AM
dulu2 jawapan cliche retis2 mcm ni lah. pasangan x tahu pun deols selebriti. boleh caya ke lan ...

Bkn cliche.. artis/selebriti tu xpopular sbenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah bella!!!! Org cantik snng je dpt jodoh.. Muga berkekalan dikk ngn fiancee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 10:17 AM | Show all posts
“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram"

Iya ke tak kenal? Dah kata lelaki tu kenalan sepupu, kawan-kawan. Mustahil laaaa di zaman IG, FB, segala media sosial lelaki ni guna dia boleh tak tahu Bella ni siapa? heheeeheeeee
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:18 AM | Show all posts
Tahniah la Bella dan tunang
lawa baju kuning ni, memang dia ni ada taste tak macam kawan dia tu heheeee
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
So mana gamba laki tu? Apa IG laki tu? Kompem acik2 bawang nak jalankan siasatan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 16-1-2019 09:55 AM
dulu2 jawapan cliche retis2 mcm ni lah. pasangan x tahu pun deols selebriti. boleh caya ke lan ...

Aku pun pelik. Nmpk naw artis tu sendu.
Ataupun psgn tu mmg x ambik tau pkembgn industri seni Msia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.198380 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list