CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1340|Reply: 17

[Tempatan] Tiada arahan larang hiasan babi sempena Tahun Baru Cina.

[Copy link]
Post time 16-1-2019 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Tiada arahan larang hiasan babi sempena Tahun Baru CinaAdam Abu Bakar -

January 16, 2019 3:44 PM





PETALING JAYA: Tiada larangan ke atas hiasan babi sempena Tahun Baru Cina di Wilayah Persekutuan, kata Menteri Khalid Samad, selepas ketiadaan gambar anjing dan babi dalam sambutan tahun lepas menjadi perbualan internet.

“Adakah lukisan babi juga haram?” katanya kepada FMT.

Tinjauan FMT di sekitar KL mendapati haiwan itu tidak kelihatan dalam hiasan Tahun Baru Cina, yang akan disambut 3 minggu dari sekarang iaitu pada 5 Februari.


Takwim Cina dibahagikan kepada kitaran 12 tahun dan setiap tahun bertemakan 12 haiwan terpilih, bermula dengan tikus dan berakhir dengan babi. Sambutan kali ini menandakan tahun terakhir dalam kitaran itu.


Tahun lalu, langkah sebuah pasaraya menjual baju kemeja T zodiak Cina menjadi perbualan pengguna media sosial kerana ia menggantikan gambar anjing dan babi dengan aksara.

Tidak diketahui kenapa 2 haiwan itu tiada dalam rekaan baju itu, tetapi pihak berkuasa sebelum ini pernah melarang atau mengehadkan produk yang dikaitkan dengan anjing dan babi.


Pada 1995, Malaysia mengharamkan filem komedi “Babe” kerana menonjolkan seekor babi sebagai watak utama, walaupun penerbitan DVD diluluskan beberapa tahun kemudian. Pada 2016, watak seekor babi dikeluarkan daripada poster promosi untuk filem Hong Kong “The Monkey King 2”.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata lambang haiwan dalam takwim Cina tidak perlu dijadikan isu, selaras dengan “fiqh ta’ayush” atau kebersamaan dalam masyarakat majmuk.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/16/tiada-arahan-larang-hiasan-babi-sempena-tahun-baru-cina/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 08:25 PM | Show all posts
binatang yg comel... bijak...
anyway tanpa imej binatang ini pn masih boleh sambut jah
di china town new york pn selalu mereka sambut ok jah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi juga disalahkan.. apalah nasib si babi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rilek2 je dpt plushies oink2 kat office
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 16-1-2019 09:46 PM
Babi juga disalahkan.. apalah nasib si babi

Babi kata penat weii jd babi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah tak habis2 paranoid dgan babi hanjeng. Tpi bila tgok TV pompuan seksi lurah tetek segala tayang, aman2 jah kau capmelan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku pnh terbeli beg corak babi. Xperasan, beg tu hitam putih. Konon nk ltk labuci kat hidung babi tu bg x nmpk sgt. Tp x rajin la plk, babi tu byak sgt kecik2
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg i takde masalah pun. Bukan nya dia gantung or di letak babi hidup di kawasan perhiasan tu . Byg kanla ada babi hidup di shopping mall
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt kalendar pun gambar babi ditukar kepada perkataan. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:49 PM | Show all posts
letak je sorg forumer  tu... setel problem... bkn ade beza pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:56 PM | Show all posts
comel pulak gambar babi yang disusun guna lilin tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tahun ni tahun babbi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:42 AM | Show all posts
beruk woiii, teruk kau kena bodoh kat thread lambang salib tu kan beruk
bahahaha





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian babi anjing, hiasan  je pun bukan binatang hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 16-1-2019 08:25 PM
binatang yg comel... bijak...
anyway tanpa imej binatang ini pn masih boleh sambut jah
di china ...

Babi sejenis haiwan yg makan taik sndiri. Itu yg ko kata bijak? Nmpk benor kepala otak ko level2 babi jahh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:19 AM | Show all posts
Tak payah nak sindir orang fobia pasal babi la, yg fobia nombor 4 kerabat kaum liberal jumud taknak pulak bising mengamuk. Liberal pilih kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 06:35 AM | Show all posts
pasal apa nak larang pulak? dah cina memang akrab dengan makluk babi ni. orang cina makan babi dan ada tahun babi dalam calendar cina. biarlah orang cina nak lukis gambar babi sempena tahun babi ini. kebabian apakah ini? isu gambar babi pulak yg dimainkan. babi sungguh mereka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:37 AM | Show all posts
sqlite3 replied at 17-1-2019 06:35 AM
pasal apa nak larang pulak? dah cina memang akrab dengan makluk babi ni. orang cina makan babi dan a ...

aku tunggu video khalid samad and da geng buat ucapan kat babi pulak... macam dulu dia buat ucapan kat ayam ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.343067 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list