CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 12

[Tempatan] Baju jenama 'YB Shaid Rosli' pula...

[Copy link]
Post time 16-1-2019 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Baju jenama 'YB Shaid Rosli' pula...

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412857/baju-jenama-yb-shaid-rosli-pula

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 8:20 PM

Faliq Lajim
cnews@nstp.com.my


MOHD Shaid menunjukkan baju kurung yang disumbangkan kepada murid, hari ini.  FOTO Ihsan pembaca.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang dikecam netizen selepas gambar penyerahan beg sekolah memaparkan wajahnya tersebar melalui media sosial, baru-baru ini, sekali lagi mencetuskan kontroversi.


Kali ini, beliau menyumbangkan pakaian tertulis jenama ‘YB Shaid Rosli’ pada kolar 10,000 helai pakaian seragam ke sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.


Mohd Shaid berkata, pakaian seragam sekolah itu adalah sumbangan ikhlasnya bagi membantu murid dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.


“Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri, ‘YB Shaid Rosli’ yang tertulis pada kolar baju.


“Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka, namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar.


“Alhamdulillah, pagi ini saya menyerahkan sumbangan pakaian sekolah ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3 iaitu sebanyak 1,600 helai. Jumlah keseluruhan yang akan kita edarkan di semua sekolah di DUN ini adalah 10,000 helai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, terdapat 10 buah sekolah rendah akan menerima sumbangan baju kemeja untuk murid lelaki dan baju kurung bagi murid perempuan.


“Sebelum ini saya mengedarkan beg sekolah kepada murid di DUN Jeram sehingga bantuan ikhlas itu menjadi bahan yang dipolemikkan di media sosial.


“Beg sekolah sebelum ini diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina di DUN Jeram bertujuan membantu ibu bapa meringankan beban persekolahan anak mereka.


“Saya menyedari penduduk di DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan mencukupi. Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti ape dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:32 PM | Show all posts
rebrand dari vietnam ke dik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 09:34 PM | Show all posts

Parti Pribumi Bersatu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 16-1-2019 09:34 PM
Parti Pribumi Bersatu....

Ooo..  Patot la batak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:04 PM | Show all posts
Mohd Shaid berkata, pakaian seragam sekolah itu adalah sumbangan ikhlasnya bagi membantu murid dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.


Kalau ikhlas idok le letak nama sendiri tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwww bodohnya kau sial! Apa takde akal ke buat benda2 terkutuk sebegini?! Aku pon naik menyampah tgok perangai batak sial kau sebegini. Gi mampos!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kualiti bagus sedap pakai aku amik je. Lps tu gunting la label tu apa susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:13 AM | Show all posts


Tak ada masalah pun. Bukan label tu terpampang dpn baju. Lagi pun ini duit dia bukan guna duit govt. Biarlah orang nak menderma. Yang sentap sangat ni ngapa/

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:44 AM | Show all posts
siapa yang dapat sumbanagan tu bersyukur lah
tak kisah cap ape pun
yang penting dapat jimat duit beli baju sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:59 AM | Show all posts
yb kawasan aku ni... walopun pelik sikit mcm suka cari glamer  tp aku berpuashati dgn dia ni. cepat jugak amik tindakan atas aduan2 rakyat. tu pun ada lg yg x puas hati.. kalo parti yg aku undi menang pun x dpt buat keje mcm dia kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:01 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 16-1-2019 10:15 PM
Euwww bodohnya kau sial! Apa takde akal ke buat benda2 terkutuk sebegini?! Aku pon naik menyampah tg ...

biasalah parti kera baru dapat pangkat/kedudukan...mcm tu...puakatan harapan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
gampang  .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.616150 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list