CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 7

Comelnya! Pasangan Korea Rakam Lagu 'Original Sabahan' Tarik Perhatian Netizen

[Copy link]
Post time 18-1-2019 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Usaha dua orang pelancong Korea Selatan, Eun Ho Lee Hoya, 28, dan teman wanitanya, Minji Kim, 22, untuk menghafal dan merakamkan lagu Original Sabahan menarik perhatian netizan apabila video tersebut menjadi tular di laman sosial.





Kredit foto: NSTP





Digelar pasangan KPop, mereka memilih untuk menyanyikan lagu kumpulan Atmosfera itu dan merakamkan video berdurasi lebih 7 minit itu berlatarbelakangkan pemandangan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sambil memegang bendera Sabah dan Jalur Gemilang.





Memberitahu NSTP, Hoya berkata mulanya mereka ingin menyanyikan lagu Sayang Kinabalu tetapi bertukar kepada Original Sabahan kerana ianya lebih baru. Hoya yang boleh berbahasa Melayu gembira kerana video itu menjadi tular di kalangan sahabatnya di Korea dan Sabah. 'Kami buat video itu sebagai jambatan untuk rakyat Korea mengenali Malaysia' tambahnya.  







Kredit foto: Facebook







Mengambil masa tiga hari untuk menghafal dan dua minggu untuk merakamkan, pasangan dari Busan itu berharap lebih ramai rakyat Korea mengenali Malaysia seperti rakyat Malaysia meminati KPop. 'Kami bercadang untuk merakam lebih banyak lagu MPop' katanya lagi.





Kredit foto: Sabah Post







'Kami suka cuaca panas di sini berbanding cuaca sejuk di Korea dan bercadang untuk tinggal lebih lama memandangkan bapa saudara saya mempunyai perniagaan di sini dan kami juga bercadang untuk melawat KL dan Johor selepas ini' tambah Hoya.






Kredit foto: Facebook



Kredit foto: Facebook



Kredit foto: Facebook






Nampaknya ada juga rakyat Korea Selatan yang minat muzik Malaysia, ingatkan hanya remaja kita yang gilakan KPop.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 11:23 AM | Show all posts


Lagu asli
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:52 AM | Show all posts
Tak mustahil sebab ramai je Korean yang suka bercuti ke Sabah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 12:44 PM | Show all posts
Korea yg datang kebanyakannya kata suka laut dan pantai di Sabah,

Lagipun flight banyak dari sana ke KK
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:51 PM | Show all posts
dulu pegi makan ikan bakar dekat namdaemun, owner kedai cite kt kitaorg yg dia pegi honeymoon kt sabah. seronok dia kt sabah tu, ckp lawa sume
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:32 PM | Show all posts
bestnya kk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2019 11:24 AM | Show all posts
They did it again

Kali ini nyanyi sayang kinabalu


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
So?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067591 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list